Selamat Petang..jom layan menu minum petang kononnya.. harap2 sempatle semua yang takde kat rumah ni balik dapat rasa sama2..Hannah dok pulun kek ni, sedap la tu..eh memang sedap yuu..takleh tahan nak makan, makan le sikit, pastu ambik sikit lagi..erkk..pastu stop dulu sebab teringatkan ada ramai lagi yang diperlukan untuk berkongsi merasai keenakan kek ini..hehe
Kali ke 2 cuba buat kek ni, kali pertama haritu kek tak masak ke apa tak tahula..hampa hati masa tu, tapi hepi balik sebab walau apa kejadiannya anak-anak makan sampai habis..hehe...Kali ni Alhamdulillah berjaya dengan jayanya....*cam tak betul je ayat..Soryle, gambar blurr lak..sambil ambik gambar, sambil tepis tangan Hannah yang dok sibuk nak makan..hehe..
Jom layan resepi Onigiri@myr @ dalam erti kata mudahnya Ros@jintanmanis..hehe..dipopularkan oleh Hasue, Izahdaut, Kak NorSG dan ramai lagi yang dah buat kan..kita je takut2..pasni tak takut dah..InsyaAllah..
Terima kasih penyumbang resepi & yang mewar2kan..kita kongsikan kat sini pulak..halalkan eik..pasni leh cuba resepi olahan Hasue pulak..
SLICE CHEESE CAKE
Sumber : Ros@jintanmanis
Copy : Izahdaut
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
Cara tambah blueberry paste (ikut HaSue & Izahdaut)
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling *yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)