08 Julai, 2011

Angel Hair Goreng Pedas Berempah

Assalamualaikum..
Lewat masuk dapur maya, tapi kat dapur realiti dah berkecah pun..hehe..kesibukan menguruskan anak-anak & macam2 benda dalam rumah, sambil2 rehatkan diri, komputer pun tak ON, bimbang pulak terlepas entry2 kawan2 yang harus dilihat..kepada yang sudi menyinggah jutaan terima kasih diucapkan walau tuan rumah dah agak suam2 kuku nak meng'online'kan diri. Nak duduk lama-lama tak selesa, jadi kepada yang berkunjung amat2lah dihargai. 

Salam Jumaat yang penuh berkat, harini masak biasa2 je, cerita2 pun biasa je, takde yang luar biasanya..hihi, cuma nak kongsikan perihal makan malam semalam je, tetiba teringin nak makan selain nasi, dah hari2 telan nasi, sesekali tukar menu seronok gak kan, nak masak pun simple je. Angel hair ni dah dkt 2 minggu beli, teringin jugak bila tengok Kak Nor, Mas, Zalienda asyik kata sedap je...kita pun nak gak cuba..tapi tersilap pulak, kita rasa nak makan, tapi terlupa ada budak2 kecik yang nak makan juga, terpedas lah al-kisahnya ni..kesian anak-anak yang makan, sambil bersulam air..hehe..

Angel hair Goreng Pedas Berempah

Bahan:
                                   Cajun (imej dari google)
  • 200 gm angel hair
  • 150gm daging kisar
  • 3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
  • 1/3 biji capsicum merah *
  • 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong panjang)
  • 1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt 
  • 1/2 sudu besar cajun
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 cawan air rebusan makaroni
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • garam
  • sedikit gula
  • daun sup ~ dihiris
  • minyak
Angel Hair (imej dari google)
 Cara:
  • Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
  • Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
  • Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  • Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
  • Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  • Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
  • Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
  • Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

07 Julai, 2011

Ayam Goreng Berempah Cajun

Menu ringkas petang semalam..diperap tah berapa lama..hehe..sedap rasa rempah tu..Jom cuba..kena ada cajun la ek..Resepi dari dapur Kak Nor yang femes dengan cajun tuh..


AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1 sudu besar cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu teh madu
  • 1 sudu besar jus limau nipis *Ana guna jus lemon
  • 1 sudu besar air
  • garam
  • minyak

Cara:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak dan gaul hingga sebati.
  • Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
  • Hidangkan panas2.
SELAMAT MENCUBA...sedap ni tau..

**maaf..tak sempat meng'online'kan diri lama2 dpn komputer..t.kasih singgah & komen, akan dibalas nanti InsyaAllah**

ROTI KENTANG

Assalamualaikum

Jom Sarapan...Roti kentang, ni kali ke 2 Ana buat, sedap & lembut sangat..sebelum ni dah buat kat SINI, resepi dari LemariResepi & diceduk dari dapur Pn.IzahDaut..


Kali ni disertakan sekali lagi resepinya..yuk..kita meroti..hihi..Layaaannn...


ROTI KENTANG

Bahan:
  • 300 grm tepung roti
  • 100 grm tepung gandum
  • 100 grm kentang, kukus/rebus, haluskan
  • 15 grm susu tepung *tak letak
  • 2 butir telur *Ambil sdkt kuning telur untuk gliss nanti
  • 75 grm gula pasir
  • 2 sdt yis segera
  • 77 grm margarine
  • 1 sdt garam
  • 100 ml air sejuk dari peti sejuk
Bahan olesan:
1 btr kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata *Ana guna lebihan kuning telur dari adunan tadi


Cara membuat:
  1. Campur tepung, gula, susu, kentang, yis, kacau rata, ketepikan.
  2. Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
  3. Tambahkan marjerin, uli hingga elastik, rehatkan doh lebih kurang 30 minit.
  4. Kempiskan/tumbuk2 doh bg keluar angin, timbang 50 grm setiap satu, rehatkan 10 minit.
  5. Bentukkan ikut citarasa, biarkan doh naik 75 minit/ naik 2 kali ganda.
  6. *Paipkan kastard atas doh sebelum bakar, Ana juga masukkan kastard tadi dalam doh roti yang diletakkan dalam paper cup.
  7. Sapu bahan olesan, bakar 190 C selama 12 minit *Ana bakar 175 C lbh kurang 20-25 minit
CARA ANA BUAT :

*Masukkan semua bahan dalam Bread Maker dan ON, biarkan menguli sampai habis. Kemudian teruskan ke langkah no.4 & seterusnya hingga siap.

Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar/1/2 cwn susu cair + air
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla

CARA :

  1. Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

SELAMAT MENCUBA

05 Julai, 2011

ROTI MAYONIS II...angin roti dah kembali..

Assalamualaikum

Bersua kembali, semoga semua berada dalam keadaan sihat walfiat & sentiasa dalam lindungan-Nya..insyaAllah. 

Roti lagi..lagi-lagi roti..sedap kan makan roti..nak roti? Pergi buat roti..*peraduan teka berapa bnyk perkataan ROTI* pemenangnya akan dapat gambar Bread Maker..roti yang korang kena beli sendiri...haha..bila dah mula buat roti, semakin seronok nak buat lagi, kiranya angin 'meroti' dah kembali dalam diri..hehe..
Roti yang sama buat sebelum ni, resepi Yani tu..cuma kali ni buat guna sedikit bahan berbeza, takdela beza mana pun, tapi dah guna bahan lain, letak 'II' tu kt nama ia..konon-kononnyala..jangan marah Yani yer..semalam Mas & Kak Anymz pun dah buat & maklumbalas terhadap kesedapan roti ni cukup baik..oh..Nieza pun dah tayang tadi..
Kali ni Ana guna tepung gandum, bukan sengaja pun, masa sukat bahan, tepung gandum dok bertenggek tepi tu, lepas buat water roux kan, terus je tuang masuk BM, bila dah ON BM baru perasan, cepat2 tambah mayonis, takut gak terkeras ke apa, sebab guna tepung gandum ni kan faham-faham jela..hasilnya Alhamdulillah roti tetap gebu, lembut, sedap sangat2 walaupun dah sejuk (sebab buatnya malam tadi untuk sarapan pagi ni). Adam & Akmal bawa bekal ke sekolah lagi..siap ada inti sardin & juga kaya madu..yang dalam cup ditabur sosej & paipkan mayonis ala-ala keju gitu.

Resepi sekali lagi letak kat sini. Terima kasih Yani yang sudi kongsikan hasil tangannya, jgn lupa cipta lagi resepi lain yang best2 & senang yer..hehe

ROTI MAYONIS II
Sumber asal :Yani@Deco Choco

Bahan-bahan:
  • 300g tepung gandum/tepung roti
  • 110g air suam
  • 50g water roux
  • 50g mayonis +20g lagi *tambah sdri
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung *tak letak 
masukkan doh dalam paper cup ni,biarkan doh naik,tabur sosej yg dicelur & paipkan mayonis kemudian bakar, dah hampir masak, keluarkan & paipkan sos cili & mayonis lagi jika suka*idea dari dapur ibundo nih*

Cara-cara:-
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON. (kalau brand Cosway tu pilih no.7 ye, 1 jam 30 mnt)
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik *Ana timbang 30g stp doh
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit *Ana bakar api bawah dulu 10 minit, kemudian teruskan hingga masak guna api atas bawah.

JOM SARAPAN..(^_^)

04 Julai, 2011

DONUT BALL

  

2 singgit..2 singgit..cepat-cepat..panas-panassss...!!!

Hehe...donut yang mudah nak buat sebab Ana dah ikut apa yang Kak Nor ejas, tak lembik & tak keras..sedang-sedang ajer..kiranya memang untungla kan kita yang buat lewat2 dari orang lain kan, boleh ikut je mana yang dah di'ejas' bagi memudahkan diri kita nak buat..ramai sangat yang dah cuba menu nih, siap berpandan-pandan lagi tu..rajin kan orang-orang itu..hihi....

Resepi yang Ana letak kat sini adalah yang Kak Nor dah ubah, jadi ikut jela..tapi jutaan terima kasih buat Kak dayang yang kongsi resepi ni..


Donut Ball
Bahan-bahan:
  • 2 1/4 cawan tepung gandum @ tpg high protein*Ana campurkan ke 2 jenis tepung tu
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung *tak letak
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 caw. air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :

  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

* K.Nor humban semua dalam BM tapi part campuran yis dan 1/4 cawan air tu mmg K.Nor bancuh dulu. *Sama macam Kak Nor, cuma kita tak humban semua tu, kita masuk perlahan2 je dalam BM..ngeheheee..

ROTI MAYONIS

Assalamualaikum

Sarapan pagi Ahad, dah agak lama En.BM bercuti, dah berhabuk pun, sian ia kan..bila tengok ramai kawan2 yang baru beli Bread Maker (BM), tergerak hati nak uli roti..hehe..maklumle, teringat kita masa mula2 dapat BM dulu, hari-hari buat roti @ donat..kiranya takde hari cuti bagi En.BM itu..bekerjalah ia sekuatnya..*sila nyanyi sikit ala2 lagu patriotik yer*
Kelmarin nampak Pn.Yani tayang roti Mayonis, bahan yang mudah, kebetulan water roux yang buat untuk letak dalam pau masih berbaki & akan luput kegunaannya haritu (water roux tak boleh simpan lebih dari 3 hari kan), maka terhasillah ini roti..bab mayonis ni kat rumah memang sentiasa ada stok, rasanya tak pernah putus Mayonis Jasma ni..Memang sedap roti ni, petang semalam pun masih lembut tak jejas sikit pun, sedap tau..kawan2 mesti cuba, doh nampak macam lembik tapi bila kita nak bentukkan takde masalah pun, kenyal je.

Meh kita tengok cemana nak buat..eh..salin resepi dulu ye..takde En.BM sila uli pakai lengan tangan eh..harap maklum. Terima kasih buat Yani, simpan resepi kat sini lak aih..hallalan toyyiban yer puan..hehe

ROTI MAYONIS

Bahan-bahan:
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung *tak letak
Cara-cara:-
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON. (kalau brand Cosway tu pilih no.7 ye, 1 jam 30 mnt)
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik *Ana timbang 30g stp doh
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit *Ana bakar api bawah dulu 10 minit, kemudian teruskan hingga masak guna api atas bawah.
  6. *Selepas dah masak, Ana sapu sedikit marjerin atas roti
**Disebabkan masa uli roti ni, dah agak lewat malam, jadi nak cepatkan doh naik, Ana letak loyang roti dalam oven, apit di kiri kanannya dgn cawan berisi air panas, biarkan ia meruap dalam oven tu, cepat je naik & boleh bakar..*JGN LUPA KELUARKAN CAWAN AIR TU SEBELUM ON OVEN YE..hehe..kang meletop lak..

Ok..selamat menjamu mata..nak jamu perut roti dah ilang tah mana dah..hehe..g godek sendiri.

SELAMAT MENCUBA..^_^

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...