08 April, 2011

DONUT SKYBLUE

Assalamualaikum

Donut lagi..lagi-lagi donut...donut & donut..meh layan ini gambar donut..hehe..

 

Kali ni ikut aje kemahuan anak-anak nak yang bercoklat & warna warni..takut gak diaorang bosan asyik bawak bekal yang sama rupa & bentuk tu hari-hari ke sekolah kan..asyik2 salut gula icing..

 

Bila anak-anak tengok, terlopong sekejap budak-budak tu..tersengih2 & sibuk lak memilih mana yang nak bawa bekal..agaknya dalam hati diaorang berkata-kata ..."terornya ummi ni wat donut kaler-kaler.."..muahahahaa..sebenarnya kurang rajin nak menyalut donut dengan coklat..senang main tabur gula je kan..

 

Maaf la ye, lupa nak snap yang digigit, biar nampak isi dalamnya..badan rasa tak sihat lak..asyik terbaring sepanjang hari ni..buat mana yang perlu jela.. adunan ni dapat banyak..lagipun Ana buat kecil-kecil je..


 

RESEPI DONUT SKYBLUE

Sumber : Skyblue@myresipi

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )


  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

 Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

**Ana guna bread maker untuk menguli aduan ni..**

07 April, 2011

DONUT KENTANG ROS

Tiada kata seindah bahasa..baik diam membisu seribu bahasa..sebabnya dah tak banyak masa nak bebel..hehe...sekadar tayangan perdana untuk cuci bijik mata di waktu senja...



DONUT KENTANG ROS
Copy : Izah

Bahan-bahannya
  • 250 gram tepung gandum
  • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
  • ( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)**Ana letak 80 ml air suam je & guna telur saiz A**
 
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


Cara menyalut donut dengan coklat cair :

  • Cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega, masak dengan kaedah double boil..biarkan mereneh atas api yang perlahan & celupkan donut yang dah sejuk, taburkan apa-apa hiasan yang anda sukaa..
  • Kalau nak cepat keras coklat tu, masukkan donut bercoklat tu dalam peti ais sekejap & kemudian keluarkan..ngap!!
  • Sekian..

E-Book Percuma JINTANMANIS.COM

Assalamualaikum

Waaa..teruja sungguh masa Ana buat n3 nih..hehe..sebab baru je siap download e-book yang Rosmarlina hadiahkan buat semua peminat2 dan pengunjung jintanmanis.com. Sape2 yang belum tu bolehla berbuat demikian yer..

nak tahu lebih lanjut, tengok sini..




crdt : www.jintanmanis.com

crdt :www.jintanmanis.com


Seronok sebenarnya, sebab boleh dikatakan hari2 masuk website Ros tengok resepi roti walhal dah save pon resepi tuh...kalau nak buat roti (macam hari2 je..) donut ke..yang terbaru Ana dok skodeng pizza 2 3 hari dah, tapi tak buat2 lagi..hihi...tak sah tak jenguk sana dulu...

Apa lagi tunggu? Cepat pergi sana..kot2 ada donut ke..roti ke..boleh angkut bawak balik skali yer...hehe..

Terima kasih bebanyak buat Ros & suaminya yang bermurah hati menyediakan e-book istimewa percuma ni..Sekian...

06 April, 2011

KENTANG BERTELUR...dah terdesak!!

Bersiaran di lewat petang, sambil memasak lauk singgang tulang untuk makan malam, sempat le update menu terdesak tengahari tadi.. kenapa terdesak? Sebabnya lepas naik ambil kakak Damia balik dari tadika, terus zzzz....penat sangat..*ayat biasa tu*..Bila bangun tersedar hari dah agak lewat, lapar lak, anak-anak berdua tu belum bangun, pc. lak on je, nampak Kak Nuridah tunjuk menu ringkas nih, terus terbayang kecepatannya, sebab kentang memang dah ada yang dah rebus..kira masak jela..dah siap terus makan..Alhamdulillah..kenyang jugak kan..


Untuk Kak Nur..terima kasih kerana rajin tayang menu nih..hihi..menu ringkas untuk anak-anak & bolehla kalau nak tambah sayur2 pun kan...sian gak baca story akak tu yang terhangus cereknya..tadi pun nyaris2 gak periuk nasiku hangus..hihi...
 
Kentang Bertelur

Bahan-Bahan

  • 3 biji kentang, direbus jangan sampai lembik dan dipotong dadu
  • 2 butir telur
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit  minyak untuk menumis

Cara-Cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris hingga lembut dan layu.
  • Masukkan kentang yang telah direbus.
  • Pecahkan telur, dan gaul rata bersama kentang.
  • Masukkan garam dan serbuk lada putih mengikut kepedasan citarasa sendiri
  • Gaul rata dan akhir sekali taburkan daun sup dan daun bawang jika suka.
  • Masa nak makan tu Ana tuang kicap manis atasnya..nyum..nyum..

KEK PISANG GORENG

Alhamdulillah..harini lapang sikit, nak update blog pun rasa tenang je, tak payah terkejar2 untuk siapkan bekal anak-anak sebab semalam dah buat donat mayonis & jugak donut kentang, kira stok untuk 2 3 hari ni dah setel le eik..tang donut tu kita bicara kemudian yer..

Haa..ni yang teruja nak buat kan..semalam tengok resepi kat blog So Fea..pelik & terasa nak buat..cara buat tu yang lain sikit kan, pisang tu kena goreng dulu..Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan, sebijik macam kedai mari..heheh..


Masa godek adunan ni, bila dah tambah minyak, part last skali tu, aduk sekejap je, Ana guna senduk je, bagi adunan tu sebati & bersatu dah cukup & terus tuang dalam loyang..& bakar..sebab kalau terlebih aduk kek akan bantat..begitulah pesan tuan resepi..hehe


Ana mintak izin kat puan resepi yer, nak letak kat sini lak..hehe..sape2 nak kelainan tu bolehla cuba..InsyaAllah tak mengecewakan. Sesuai untuk minum petang, boleh juga kalau buat untuk makan-makan bila rewang2 kenduri kan..Ana makan suku je anak beranak, selebihnya suami bawak pergi surau, makan sama-sama dengan kawan2 seangkatannya..hehe..memang plan asal nak hantar ke surau bila suami kata ada kuliah malam tadi, maklumle kat rumah ni kalau buat kek yang makan tak seberapa sangat, maunya tukang bancuh kek yang terlentok tepi meja nak prabihkan..budak-budak makan sikit je..

RESEPI KEK PISANG GORENG
(Loyang bulat lubang tengah 21cm)
Sumber : Khazaini Khalid
Copy : Sofea

Bahan-bahan:
  • 250g pisang emas@ lain2 pisang..Ana guna 4 biji pisang berangan
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula castor
  • 2 cwn tepung gandum ~ayak
  • 1 sk baking powder ~ayak
  • 1 sk soda bikarbonate ~ayak *Ana guna 3/4 sk saja
  • 1 cwn minyak suam ~guna minyak goreng pisang tadi.*kalau tak cukup boleh tambah minyak dari botol yer
  • **1/2 sdt esen vanila..*Ini Ana tambah
 

 Cara: 

  • Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan lenyek dgn garfu ~ goreng guna api kecil 
  • Putar telur dan gula hingga kembang & putih. Tambahkan esen vanila.
  • Kemudian masukkan pisang selang seli dgn tepung, putar hingga sebati.
  • Akhir sekali tuangkan minyak  & putar sekejap saja ~ akak kaup balik guna spatula. *Ana guna cara sama..kejap je..
  • Tuang dalam acuan dan bakar 160'c -40 min @ sehingga masak.

Selamat Mencuba yer..jangan konpius tang pisang goreng tu, agak-agak nak puas hati, goreng pisang tu lebih sikit, sebab masa goreng tu baunya yang amat menusuk, membuatkan kita rasa nak ngap je, takmo buat kuih..hehe..lebih2 tu boleh makan kan..*tips tk boleh pakai*

BASIC DOUGH BUN ...lagi..

Assalamualaikum w.b.t..

Salam pagi yang indah..cuaca baik harini Alhamdulillah, semoga segala yang kita rancangkan berjalan lancar dengan Izin-Nya..InsyaAllah. Dah sarapan? Kalau belum mehle sarapan sesama..yang biasa2 je..roti la apa lagi...Roti ni Ana buat malam tadi, jenuh juga menunggu doh naik, sambil2 tu sempat iron kain baju anak-anak sekolah & suami yang nak kerja harini..


Resepinya Ana buat guna resepi dari Basic Dough Bun Kak Nor tu..Kebetulan ada buat water roux & xpired harini, nak tak nak kena buat jugakla, sayang kan kalau dah tak boleh guna, kurang-kurang dapat gak makan roti..


Dah lewat malam, tak larat nak buat pelik2..hihi..tenyeh2 coklat emulco je & bulat-bulatkan kecik2..senang anak-anak nak makan..dalamnya penuh dengan coklat chips..Adam & Akmal bawa 3 ketul sorang ke sekolah agama pagi tadi..


Separuh adunan doh tu ingat nak toncangkan, tapi tak menjadi, akhirnya di gulung2 aje..pastu letak dalam loaf pan..hehe..kira okla kan...nak makan sendiri je..Apa lagi tunggu tu? meh makan sama-sama..air masing-masing buat yer..takpun oder je kat sape2 yang tengah bancuh air tuh..heeee...


05 April, 2011

Boleh Tolong Tak? Nak Buat Apa Ni ek?

Hari Ahad pergi beli barang-barang dapur, macam biasala, mesti sengaja lalu bahagian peralatan dapur..konon-kononnya nak cari senduk kayu jer..tapi sambil-sambil tu jeling-jeling gak benda lain..heheh..korang mesti sama gak kan? Ada yang geleng tak ngaku...takpela...Ni bukan saja tayang n i tau..bukan nak eksen tau..tapi sungguh2 nak tau..apa fungsinya...macamana nak gunanya..aduuss...takde nak beli, dah beli nak guna tak reti..ada yang nak tergelak tu gelak jela..takyah malu-malu..ngeeee...


Ini Alum.Sandwich Box...En.Suami yang belikan, ada sekali cuba buat roti sandwich dalam ni, keputusannya doh roti keluar melimpah2 keluar kot celah2 tutup dia tuh..hampa & kecewa tengah2 malam buta..huhu..walau boleh dimakan sesetengahnya, tapi ada kat tengahnya tak masak..sudahnya tersadai takde sape yang sudi nak makan, kerana ianya juga tidak layak untuk dimakan kan..hikhik..Ada lubang kat dasarnya, bersama penutup juga, kat penutupnya kena gris ke masa nak bakar roti?


Ini loyang boleh buat kek chiffon ke eik? Yang nampak dalam kepala cuma kuih bingka..tu yang nak tahu sangat tu, teringin nak mencipon tapi betul ke boleh guna loyang nih?

Haaa...ini Ana TERAMBIK tau..hikhik..ada je yang TER tu..agak-agak boleh bakar doh pizza tak? Selain tu ada apa-apa lagi tak fungsinya? 

Jawapannya kena tunggu jika ada yang sudi menjawabnya...Ucapan jutaan terima kasih jika anda sudi..Sudi-sudikanlah yer...

SAMBAL SOTONG & Nasi Putih jer...

Assalamualaikum..

Owhhh...betap kurang gemar dengan keadaan internet sejak akhir2 ini..kerap juga terjadi...seharian semalam tak boleh nak online, geram jugak nih....tapi dah malam baru ok, malas dahle nak ngadap skrin komputer kan, banyak benda kena settle..Sabtu Ahad pulak memang sibukkan diri, maklumle hari anak-anak cuti sekolah, hujung minggu lak me'nyoping' bagai nak rak..ala..soping barang2 dapor je..hepi gak kan dapat keluar g jenjalan segarkan mata..heheh..*ada yang tanya ke nih?* Takde kot tapi ada komen2 kata Ana dok tdo je kot tak update blog..tu yang buat cerita hikayat sikit tuh..Harap yang "mengomen" tu jelas yer..aheks..


Hari yang sama Mas tunjuk menu sarapannya, Nasi Lemak & Sambal Sotong, hari tu jugak Ana buat, untuk makan tengahari bersama nasi putih & lauk2 yang lain..bila datang terliur tu yang rajin terus masak tu, kalau tak, masuk list je dulu..kira tunggu turn nak buat..hehe..meh tengok apa bahan2 nak buatnya..sonang yang amat kan, tapi nak jugak letak nih...


SAMBAL SOTONG
Sumber :  Mas@Duniaku
Bahan sambal :
  •  cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • minyak untuk menumis
  • sotong - dipotong2

Cara memasak :
  1. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  3. Biarkan sambal kering dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  4. Bila sambal kering, masukkan sotong dan masak lagi hingga sambal kering balik sebab bila sotong dimasukkan , air sotong akan keluar.
  5. Angkat dan dihidangkan dengan nasi .

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...