01 Februari, 2011

BASIC DOUGH BUN ~ berbagai-bagai~

Assalamualaikum 
 
Roti-roti yang buat untuk sarapan hari Sabtu konon2nya, tapi petang Jumaat dah habis, tapi malam tadi buat lagi, memang sedap resepi Kak Nor ni..Ana buat kaler hijau, letak perasa pandan sikit & letak inti kelapa. Separuh lgi letak inti sardin, lebihan lauk malam sebelumnya..hehe..tkbaik membazir kan.. Adam suka sangatla makan roti inti ni....

Inti sardin..baru keluar oven tuu..
Resepi ni boleh dipelbagaikan, nak kaler apa pun bolehla..

Bun pandan inti kelapa
isi dalamnya..nyum..nyum..
Yang buat petang semalam ada terxcident sikit..hihi...pastu tmbh tepung, uli2, bila mask keras lak..tapi ok jela cicah air..haha..sendiri bikin sendiri nak makan kan..hantam sajala wahai labu..

ala-ala marble bluebery dengan pewarna purple..

tolong jangan gelak!! hahaaa..adeesss..tah hape2 bentuk dah tu..

Kali ni Ana letak lagi sekali resepi mudah & boleh pelbagaikan bentuk & rasa ni kat sini..cuma btk2 & cara serta filling & topping tu masing-masing punya citarasa la yea..kepada Kak Nor, halalkan Ana copy & sebar2kan rsp ni ek..

BASIC DOUGH BUN 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber Resepi : Kak Nor@Secubitgaram
doh:
 
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

CARA-CARA :

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis. @ bentukkan ikut suka anda 
  11. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter. 
  12. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda. 
  13. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. (Ana tak buat)
  14. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
 
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no 8 dan seterusnya.

Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  1. 50gm tepung gandum
  2. 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
 ~SELAMAT MENCUBA ~

4 ulasan:

Cendana Kasih berkata...

uish..ni yg aku jeles tahap gaban ni..takpe..nanti aku cari tepung soya..pastu boleh buat roti..kasi ko jeles plak..hehehe...

Mas berkata...

amboi2..dah macan kedai roti anna dah.....
he..he...gebu la roti kau anna...
cantik..

Unknown berkata...

ana pun meroti juga ke? jom kita tukar...hehe tapi nengok roti ana lagi best mcm2 jenis roti ada best la..lehla buka bakery tu...:)

K.Nor berkata...

ana marah gelak tp akak tergelak gak.. ok la tu.. lama2 lagi cun la roti.. seronok tengok org suka buat resipi ni .. sedap dan lembut kan :)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...