04 September, 2010

EASY CHOC.PUDDING

Salam Ramadhan..masih bersisa lagi Ramadhan ni yea..walaupun mood raya dah terang-terangan..sana sini lagu raya..yang paling tak tahan lagu Balik Kampung tu haa...sob..sob..sedey gakla sebab Ana akan balik kampung suami dulu sehari sebelum raya haa...orang dah sunyi sepi kita masih disini..huhu..

hah..ambik nak yang paten mana...
Ni haa..sementara masih mood nak masak juadah berbuka apa kata kita cuba buat puding mudah sesangat nih..Ana jumpa kat majalah & buat tuk berbuka, letak peti ais, makan sejuk2 memang ngilu gusi..eheh...boleh try untuk pikat hati anak2 yang  berpuasa kan..

Resepi dia : 
Bahan-bahan:
  • 1 sudu makan agar-agar serbuk
  • 100 grm gula pasir (Ana kurangkan sikit sbb terlalu manis tuuu..)
  • 100 ml susu segar..(Ana boh susu cair je..)
  • 450 ml air
  • 2 sudu makan coklat cair..(Ana letak coklat masakan yang dipotong dadu)
  • buah laici bersirap..jika suka..
Cara-cara :
  • Didihkan agar-agar, gula, susu, air & coklat cair dalam periuk.
  • Dah mendidih tu angkat & tuangkan ke dalam acuan & masukkan buah laici..(Ana tak letak pon).
  • Bekukan & boleh disimpan di dalam peti ais.
  • Bila nak menghidang, boleh hidangkan bersama buah laici & tuangkan air sirap laici tu..*Ana tak buat pon...

Mudah kan? Buatlah, mana tahu menepati selera & cepat siap, boleh juga buat untuk hidangan Hari Raya nanti...

01 September, 2010

TAT NENAS GULUNG

Assalamualaikum....hari ini dalam sejarah..heheh..pertama kali seumur hidop ni Ana berjaya buat biskut tat nenas ni, memang tak pernah terfikir lak boleh buat, biasa tuuunnjuukkk jer, ingatkan susah bebenor tapi bila dah mula buat & dibantu pulak oleh Cik Abe Ana tu, Alhamdulillah...siap juga 1 adunan..dapatla 200 biji..puas hati lah...

Kuning telur tu Cik Abe yang tulun sapu..(",)..makaceh baaangg..

Intinya Ana beli yang dah siap...gulung kecik2 je, dapat banyak kan? hihi...Adunan ni Ana sediakan untuk agihan kampung halaman dulu, lepas2 ni kena buat untuk rumah sendiri lak..

 
Bahan-bahan ( Anggaran 85 biji )..Ana dapat 200 biji kecil2
  • 250 gm butter
  • 50 gm ( 1/2 cawan ) gula aising
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100 gm ( 1 cawan ) tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 375 gm ( 3 1/2 cawan ) tepung gandum
  • 1 biji telur ( pukul + sedikit esen kuning utk di sapu di atas biskut..Ana takde pewarna ni )

Cara-cara

  • Pukul butter dengan gula sehingga sebati kemudian masukan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukan kedua2 tepung, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau terkeras tambah sedikit lagi butter dan kalau terlembik tambah sedikit tepung gandum. 
  • Sediakan papan pencanai, terap adunan dengan menggunakan acuan tat gulung. Bahagian bunganya hendaklah berada di bahagian bawah.
  • Tekan memanjang. Potong mengikut panjang yang di kehendaki. Isi sedikit inti kemudian gulung. 
  • Dah siap semua, sapu kuning telr di atasnya dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak..kepanasan oven 180' C *Bergantung oven masing2
Kepada yang nak cuba buat @ yang dah terer buat tat tu SELAMAT MEMBAKAR TAT yea...

31 Ogos, 2010

BISKUT CUPPUCINO/KOPI

Salam Ramadhan yang akan menjengah penghujungnya..maknanya hari raya bakal tiba, & pastikah kita akan ketemu Ramdhan sekali lagi? InsyaAllah..mudah2han...kali ini Ana nak kongsikan resepi yang dah lama simpan tapi nak membuatnya baru tahun ni, tupun sebab ada orang mintak resepi..hihi..kalau tak tak tahulah bila buatnya kan...


Sumber asal dari Majalah SDK tahun 2006..meh kita teropong...

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk kopi..*Kalau ada kopi segera eloklah, nak boh esen kopi pun ok..
  • 10 ml air panas
  • 150 gm tepung gandum
  • 115 gm tepung jagung
  • 15 gm serbuk koko
  • 225 gm mentega
  • 50 gm gula kastor
Hiasan : coklat masakan putih & hitam

CARA :
  • Bancuh kopi di dlm air panas. Ketepikan & biar sejuk
  • Ayak tepung gandum, jagung, koko..ketepikan
  • Putar mentega + gula hingga kembang & lembut.
  • Masukkan kopi & kacau..boh tepung & bhn ayak td
  • Kacau rata..bentukkan..
  • (Saya cuma bulat2kan & tekan dgn menggunakan cawan..alas plastik atas biskut baru tekan..)
gentel bulat-bulat
tekan dengan dasar cawan
jadilah macam ni..

Cairkan coklat secara berasingan & paipkan atas biskut berselang2...buat coklat putih dulu..

** Doh ni lembik, kalau ada beg piping blh guna gak *
- Bakar sekejap je sbb nipis (bergantung saiz biskutlah ye)
- Dah masak biarkan sejuk & dihias



SELAMAT MENCUBA...

30 Ogos, 2010

DOUBLE CHOC.COOKIES / ALMOND LONDON

Biskut raya lagi...Ubahsuai daripada resepi almond london Mamajay..nak bagi Damia & Hannah kurangkan makan kekacang...yelah budak berdua tu alah skt, nanti asyik menggaru je mkn kacang..dah mintak izin ngan Mamajay tu tukar bahan sikit..katanya.."blasah jer.." haha

double choc.cookies

Biskut ni Ana cuma tukarkan inti badam kepada coklat masakan yg dipotong dadu..rasanya kalau letak kismis @ kurma lg sedap & lebih sihat kan...apa2pun anak2 suka rasa coklat putih tu, lebih manis jadi dalam adunan kena kurangkan gula la...dalam adunan ni ada nestum, jadi rasanya lemak2 gitu..

almond london

Ini pulak betul2 ikut resepi tu, isi badam kat dalamnya & tuang coklat masakan gelap tu..untuk dihidangkan kepada tetamu yang boleh makan kekacang lah...

Ini resepinya :

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya..*Ana letak coklat masakan dipotong dadu
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya..*yg ni Ana guna coklat masakan putih
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..*Bulatkan kecil2 sebab biskut akan mengembang*
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
  6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
  7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang @ coklat rise..*Ana dizzlekan dgn coklat masakan putih + pewarna ckt*
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap
SELAMAT MENCUBA


BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...