Isnin, 14 Disember 2015

STEW AYAM CARA TENGKU PUAN PAHANG

Assalamualaikum w.b.t

Oiiooiii lamanya x mengupdate blog yang dulu2 sangat gila-gilakan sangat.. mana kegilaan dulu ..kemana...manaaaa...???

takpe setahun skali pun ok lagi update kan, asal jangan lupa nak log in cemana sudahlaa..hoho..
sesekali update ni jangan banyak2 bebel sangat nnt esok lusa tulat tak boleh menaip sbb takde idea dah..hakhak..
Jom jengah lauk minggu lepas, teringin nak makan ayam kuah2 pekat, teringat stew ayam, kali ni ikut resepi kat blog Azie Kitchen, katanya cara ni ikut Tengku Puan Pahang masak..sedap sangatla tau, cuba yer..

Bahan bahan:
  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 4 ulas bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 - 3 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit kicap 
  • Sedikit lada hitam - tumbuk kasar 
  • Garam dan serbuk perasa 
  • 1 biji ubi kentang - dipotong 4
  • 1 batang karot - potong besar
  • 1 biji bawang besar - potong 4

Cara cara:
  • Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak. 
  • Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk
  • Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.
  • Saya tak masukkan garam awal2, dah masak & tutup api baru masukkan garam & kacau2 sebati
 Nota: Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie
SELAMAT MENCUBA

Selasa, 29 September 2015

KEK COKLAT KUKUS SUPER SEDAP

Alhamdulillah, dapat lagi berkongsi resepi kat sini harini. Saya kurang gemar kek yang dikukus, tapi bila cuba resepi ni boleh pulak makan banyak-banyak, mungkin sebab guna butter dalam adunan kek bukan minyak macam kek2 coklat biasa lain. Resepi dari Chef Asma ni terbaikla, cuma ada sedikit leceh sebab kena mix butter dgn gula kan, hehe apa2pun kalau sedap takde hal susah atau payah macamana sekalipun.. kan kan...

Saya dapat resepi Chef Asma lepas follow beliau kat Facebook, terus belek2 post2 beliau yang lama..agaknya ramai yang dah buat kan, entah2 saya sendiri pun pernah buat taktaula, malas nak ingat, takpela biar lambat asal buat..hehe. Adunan asal memang banyak, mungkin sebab Chef olah kek utk.pelajarnya buat jualan, jadi saya separuhkan resepinya. Selamat mencuba!!

RESEPI KEK COKLAT CHEF ASMA
AnnaQawina (tulisan merah utk.separuh adunan)

Bahan 2:
  • 400g mentega - saya guna Tatura unsalt butter / 200g mentega
  • 360g gula castor / 180g gula castor
  • 6 biji telur / 3 bj telur
  • 1sdt esen vanila / 1/2 sdt esen vanila
  • 200ml air sejuk(air masak) / 100ml air
  • 200ml susu cair / 100ml susu cair
  • 300g tepung gandum / 150g tepung gandum
  • 100g serbuk koko / 50g serbuk koko
  • 1sudu teh baking powder / 1/2 sdt baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat / 1/2 sdt soda bikarbonat
Cara2 :
  • Alas loyang dengan baking paper / lengserkan shortening/minyak/butter didasar & tepi loyang . Boleh juga guna bekas plastik kecil2.
  • Ayak tepung gandum, soda, baking powder & serbuk koko, ketepikan.
  • Satukan susu & air. ketepikan.
  • Putar mentega & gula sampai berkrim dan kembang.
  • Masukkan telur 1 per 1 & esen vanila. Putar sebati medium speed
  • Masukkan bahan cecair selang seli dengan bahan ayak tadi. Gaul sebati (jika putar denagn mixer guna low speed) (boleh juga guna spatula kaup balik hingga sebati)
  • Kukus selama 15 - 30minit jika mengukus dalam bekas kecil2, kalau loyang atau bekas besar 45 - 1 jam atau sehingga masak.
COKLAT GANACHE
Resepi : Jom Masak(FB)
  • 300g coklat compound Beryl's
  • 120ml susu cair
  • 1 sudu besar butter
Cara2:
  • Double boilkan semua bahan tersebut sehingga coklat nampak mencair & susu suam.
  • Tutup api & teruskan mengacau sehingga semua coklat mencair & sebati
  • Tuang atas kek & sejukkan seketika sebelum menghidang.

JEREBU MASIH MELANDA KAWASAN KITA NI, HARAP2 CEPATLA BERLALU..NAK BUKA TINGKAP PUN TAK BOLEH KAN. KESIAN KITA..

Isnin, 28 September 2015

CRANBERRY RED VELVET COOKIES

Assalamualaikum w.b.t
Lamaaaa tak beranjak posting blog kita..lemau betul nak menaip. Ni biskut Raya Aidilfitri tempoh hari, sekian lama dalam draf akhirnya muncul jua...kita mulakan dengan biskut Red Velvet sedap ni, saya tambahakan cranberry dalamnya untuk rasa masam manis..boleh cuba bila2 masa jika suka ya..
RED VELVET CHOC CIPS COOKIES (Cranberry)

Oleh : Planta

Rujukan : KAK ITA & Koleksi 20 Resepi Planta

  • 120 gm margerin Planta
  • 10 gm minyak sapi
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 50 gm badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 30 gm coklat cips putih (X LETAK)
  • 30 gm coklat cips
  • 70 gm cranberry cincang 







Cara2 :
  • Mula-mula kita ayak bahan kering.
  • Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
  • Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
  • Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
  • Tambahkan telur dan putar sebati.
  • Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
  • Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
  • Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cip putih@cranberry
  • Gaul adunan rata.
  • Sudukan adunan di atas dulang pembakar
  • Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
  • Bakar selama 20 minit
  • Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba













Selasa, 4 Ogos 2015

MILKY PEACH PUDDING

Assalamualaikum w.b.t
Syawal ke-19 ya..Salam Aidilfitri buat semua teman2 alam maya. Belum terlambat rasanya ni, maafkan salah silap saya andai ada..kot2 ada yang terkecik hati ke, rasa benci ke..koott la kan..??
Puding peach ni dah 3 kali saya buat, sedap rasanya, anak2 suka, jiran2 pun sama siap tanya macamana nak buat, sesiapa berhajat nak cuba silakan..

Jadi harini kita kongsikan cara2 menghasilkan puding mebeles nih.. TQ FB Cek De Sam Che Ct kerana berkongsi resepi ni.

MILKY PEACH PUDDING
Bahan-bahan :
  • 1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
  • 500 ml air
  • 500 ml susu sejat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
  • Beberapa titik pewarna kuning (optional)
  • Buah peach dalam tin
Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA

Isnin, 29 Jun 2015

BISKUT SEMPERIT KRIM KEJU

Assalamualaikum..
Dah mula rancang buat biskut raya? Ni ada 1 resepi tahun ni cuba buat, boleh tambah koleksi kuih muih..
Biskut lama yang dimodenkan dengan rasa keju. Cubalah..


saya share resepi dari blog Tengku Ismadi. cantik kuih beliau, tapi kita punya kurang menarik lak..eheh..dan cara buat saya ubah sikit dari resepi asal..Sebab masa 1st time buat saya mix semua ikut rsp, biskut kembang semedang!! ahahaa..kali ni jugak tabur keju cedar parut,,lemak2 masin semua ada..

BISKUT SAMPRIT CHEESE
Rujukan : Tengku Ismadi

BAHAN2NYA :
  • 200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)-saya guna tatura unsald butter
  • 100g cream cheese-lembutkan pada suhu bilik
  • 130g gula icing - ayak terlebih dahulu
  • 200g tepung jagung kupu2- capa apa2 pon boleh
  • 140g tepung kastad(birds custard)
  • 180 g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • 2 camb susu pekat manis
  • 1/2 camt esen vanilla
  • ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan
  • parutan keju cheddar
CARA-CARANYA.
  • Putar cream cheese sehingga halus.
  • Masukkan mentega dan gula icing, pukul sebati.
  • Masukan esen vanilla susu pekat dan telur kuning 1 per 1
  • Pukul perlahan sampai sebati.*jangan terlebih pukul.
  • Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.
  • Biarkan 5-10 min.Saya rehatkan doh dalam peti ais.
  • Picit dengan acuan samprit.letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.
  • Taburkan keju cheddar parut diatas biskut.
  • Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.
  • **Saya bakar api atas bawah, suhu 140'C selama 25minit
Selamat mencuba

Ahad, 28 Jun 2015

KEK MARBLE CHEF ASMA

Assalamualaikum..Alhamdulillah bertemu kembali...hari ke-10 kita berpuasa..


Kali ni kongsi resepi sangat mudah & pasti menjadi dari Chef Asma. BASIC BUTTER CAKE. Tapi kena ikut method dia la kan, main semberono je takut kelaut jugak akhirnya..cubalah ya..rasa sedang2 manisnya, elok guna PLANTA untuk rasa dulu-dulu, guna 100% PURE BUTTER untuk rasa berlemak susu, terpulang nak guna yang mana, InsyaAllah sedap..boleh cuba untuk hidangan Hari Raya nanti..

BASIC BUTTER CAKE CHEF ASMA
Bahan A
  • 200g marjerin PLANTA
  • 50g mentega Anchor/Tatura
  • 150g gula castor
  • 100g gula icing
 Bahan B
  • 250g telur (timbang telur tanpa kulit)
  • 1/4 sudu teh esen vanila
 Bahan C - ayak
  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara :
  • Satukan bahan A & putar hingga berkrim & putih
  • Masukkan bahan B, putar sebati
  • Masukkan bahan C sedikit demi sedikit sambil terus diputar dengan kelajuan perlahan.
  • Sebatikan & tutup mixer, jangan putar terlampau lama.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & warnakan ikut suka hati, boleh masukkan juga perasa jika suka.
  • Sudukan ke dalam loyang 8inc. berselang seli hingga habis
  • Bakar 45minit-1 jam dengan suhu 160'C atau sehingga masak (bergantung kpd.oven masing2)
SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 27 Jun 2015

IKAN MAYONG MASAK ASAM BONDA

 Assalamualaikum..Selamat berpuasa kawan2..

Sajian utama berbuka hari ke-9, makan nasi terusla...
Lauk simple sekali harung, boleh banjirkan pinggan nasik tau..resepi campak2 rujuk jugakla blog Kak Liza Intai Dapur nun..tq kak.Selamat berbuka puasa ye..

IKAN MAYONG MASAK ASAM BONDA Bhn2:
  • 4 ktul ikan mayong
  • 5 ulas bwg merah *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 3 s/b cili mesin
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam, perasa

- tumbuk bhn2 bertanda * dan masukkan kedlm periuk, masukkan juga ikan, asam keping, cili mesin dan air secukupnya..
- masak hingga didih dan masukkan garam, perasa dan daun kesum.
- kuah ni mst ada rasa masam n pedas ye baru best, bila dah ada semua rasa tu, bolehlah angkat dan hidangkan..
- senang kan..

Jumaat, 10 April 2015

CUCUR MANIS LOBAK MERAH

Cucur? Cekodok? Jemput-jemput? benda sama hasilnya kadang langsung lari dari tajuk..buat kuih2 senang pun kena tengok resepi, tu saya laa...hehe

Sangat sedap kuih jemput2 @ cucur manis ni, dah lama orang buat giler2, saya baru 2 kali buat, sekali hadap je 1 adunan ni, buat kecik2 senang nak makan, pertama kali buat yang biasa2 ajer, kali kedua tambah lobak merah..

Lobak merah tu belen2 dari buat kek Carrot Walnut orang tempah, ada dalam 1 cawan anggaran, saya masukkan terus dalam adunan, tambah khasiat sayuran untuk budak-budak ni yang sangat tidak suka sayur mayur kecuali kentang dan lobak merah je..nanti2 boleh cincang2 bayam ke, kangkung ke..hehe
Resepi merata-rata dah ni, asal resepi Mai Zura tapi saya c & p dari blog Kak Noor Brunei, sukatan susu pun saya ikut Kak Noor. tq kak.

RESEPI CUCUR MANIS (nooriahnaim.blogspot)

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas
  • 1/2 tin susu pekat manis ( kak Npoor guna 1/2 cawan susu pekat)
  • sedikit garam
  • 1 cawan parutan lobak merah (saya tambah)

Cara-cara :
  • Gaul semua bahan, guna pemukul telur dulu ya sebab panas, guna senduk sudip pun bolehla.
  • Bila suam sikit gaul guna tangan.
  • Kemudian sapu tangan dengan minyak masak, bulat2kan adunan & goreng dalam minyak panas.
  • Goreng hingga kekuningan, angkat & toskan.
  • Saya buat takdela bulat2 comey macam Kak Noor punya, ceduk2 ngan sudu je.,hehe
SELAMAT MEN'CUCUR'...

Khamis, 9 April 2015

RESEPI BUTTERCREAM 3S

Bissmillah..Assalamualaikum..
Mulai hari ini dengan Al-Fatihah, sedekahkan buat arwah Makcik Alfiah (adik arwah mertua saya) yang meninggal petang semalam(8 April 2015). Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman & beramal soleh. Alhamdulillah sempat menziarahi arwah semasa hayatnya minggu lepas kat Hospital Teluk Intan.

Harini berkesempatan menulis disini, resepi krim2 yang sering digunakan untuk melepa & membuat hiasan kek saya. Antara resepi pilihan yang selalu digunakan la..& yang sedap pasti menjadi kalau buat tu. Nanti cubalah ya, untuk anda yang tak berkesempatan nak ke kelas2 deco kek boleh mula dengan resepi ni. InsyaAllah tidak menghampakan.


3s = SENANG, SEDAP, SHANTEK(CANTIK)..Boley gitu? hehe..
Cantik tu means adunan krim tu cantik sedang-sedang la sesuai utk hiasan & makan2, bukanlah kek aku ni yang cantik..aih..

RESEPI BUTTERCREAM (SPREAD/LAYER/SALUTAN KEK)
(Azie Kitchen)
Bahan2 : 

  • 150g butter
  • 350g krimwell
  • 180g susu pekat
  • 3 sudu besar gula icing (ayak)
  • perasa rose (saya tambah)*optional untuk bau wangi krim

Cara2 : 

  • Satukan butter & krimwell, putar laju sampai putih, lebih kurang 10 minit, guna ballon whisk ya.
  • Masukkan susu pekat & gula icing, putar lagi sebati lebih kurang 5 minit.
  • Siap untuk digunakan. (boleh tambah apa2 perisa yang anda suka jika mahu)
  • Sesuai untuk digunakan sebagai salutan kek, layer tengah2 kek, hiasan2 mudah tepi2 kek. Rasanya juga sedap tau.


RESEPI BUTTERCREAM :( BUNGA & HIASAN) 
(Juicy Cafe)
Bahan : 

  • 300g shortening
  • 350g gula icing (ayak)
  • **tambah sikit susu pekat manis jika adunan terlalu kasar & bunga patah2 ketika mendeco. sikit je tau.
Cara2 :
  • Satukan bahan2 tersebut dalam mangkuk, gaul sebati guna senduk kayu sahaja.
  • Asal sebati jangan lebih gaul atau terlajak gebu nanti susah nak handle bunga. 
  • Boleh tambah perasa atau pewarna kesukaan.

Contoh2 hiasan boleh tengok di blog saya satu lg ya..sambil2 kot nak tempah hehe
http://annabakedathome.blogspot.com

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 8 April 2015

WAFFLE SEDAP MAK TOK

Assalamualaikum..lahaii..kejap timbul kejap tenggelam, target nak update 1 hari 1 karangan nampaknya tinggal angan-angan..
Hmm..post terperap ni, sikit2 kurangkan list perapan okla kan..menu2 bekal anak, yang mudah2 aje..

Waahh...seronok buat waffle ni rupanya, anak2 kemain lagi makan & berbekal..napela tak cuba buat lama2 dulu...saya namakan resepi ni sempena nama femes Kak Noor iaitu Mak Tok..hehe
Waffle Maker ni dah lamaaa sangat beli..rasanya dah hampir 2 tahun kot tp simpan tak bukak2 rasmi..nasib tak tumbuh cendawan..hehe




Kali ni cuba rsp Mak Tok Iman yang tengah femes sekarang ni, dah siap ada buku resepi masakan lagi, haa sape2 berkenan bolehla pergi beli.

RESEPI WAFFLE SEDAP MAK TOK(nooriahnaim.blogspot)

Bahan -bahan :

  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak sayur/ minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila


Cara-cara :

  • Pukul telur hingga kembang(guna whisk je)
  • Campurkan susu, tepung, baking powder, minyak, gula, garam dan esen vanila
  • Kacau rata.
  • Panaskan waffle maker, sapukan dengan sedikit minyak.
  • Tuang adunan waffle secukupnya, biarkan adunan merebak sendiri ke seluruh acuan & tutup penutup waffle maker tu.
  • Masak 2-3 minit @ sehingga keperangan, boleh buka tengok dah masak ke belum, jangan lama-lama nanti hangus pulak.
  • Hidangkan dengan apa2 filling/jem kegemaran


SELAMAT MENCUBA


Selasa, 24 Mac 2015

DIY HANTARAN CHEESETART

Assalamualaikum..
Mari kita blajar membuat cheesetart yang comel2 ni, sesuai untuk hantaran perkahwinan & pertunangan, buah tangan atau hadiah harijadi..ini pun atas permintaan seorang peminat saya..haha..peminat larh sangaatt.. DIY ini saya gunakan kotak budget untuk kos yang agak minima lah..nak guna kotak coklat pun boleh, up skt.kos kita..

comel tak kak Ton? hehe
Resepi boleh belek kat sini ya : blueberry cheesetart

Sediakan cheesetart anda seperti biasa. tengok gambar atas tu, tengah2 biarkan kosong untuk 'Wording',
Lorekkan dedaun jika suka.
*Letakkan bunga2 gum paste kecil ditempat hujung lorekan dedaun atau ikut suka la nak letak tang mana..
*Bakar cheesetart anda seperti biasa, sampai masak lebih kurang 3 - 5 minit.
*Sejukkan. Nak letak dalam peti ais pun boleh, tapi pastikan 'Wording Fondant' yg akan anda letakkan tidak berair & melorot kemudian.

*Siapkan huruf2 yang berkaitan, letakkan huruf2 tersebut di tengah2 cheesetart yang dibiarkan kosong tanpa hiasa tadi. **pandai2la ejas ya.

Cara saya ; 
*Alaskan huruf2 fondant tu dengan plastik keras (biasanya saya guna plastik dari edible image tu)
*Gunting sama saiz dengan huruf & 'gamkan' dengan jelly/krim /air di belakang fondant supaya melekat
*Cara ni dapat mengelakkan huruf2 fondant tadi tidak terkena cheesetart yang sejuk dari peti ais.

Pengalaman saya, cheesetart yang sejuk kemudian diletakkan huruf2 tu, fondant akan melekit2, kalau nipis sangat, ia akan melorot dan mencair, apatah lagi jika tempahan diambil awal untuk digunakan 2/3 hari kemudian untuk majlis..Tu sebabnya saya alas dengan plastik, apa2 pun terpulang pada kreativiti amda sebagai pendeko..

Kotak kuning 'space' tu boleh beli di kedai bakery, itu kotak khas untuk coklat, murah je, kalau guna box macam saya guna gambar 1st tu, sila alas dasar kotak dengan papan kek supaya tidak melendut & menjejaskan keadaan cheesetart anda.

Harap anda puas hati, sila over kretif la yer, nak letak hiasan apa2 pun terpulang, saya share untuk permulaan ajer..NAK order?? :

WA : 0193004358 @ EMAIL : anna_qawina@yahoo.com
Sila rujuk contoh yang ada di blog -->> annabaked@home

Selamat Mencuba
Wassalam..

Isnin, 23 Mac 2015

KEK MARBLE KOPI SUSU

Assalamualaikum..awak-awak sihatkah? saya macam biasa Alhamdulillah, sihat walafiat, baru balik dari kampung ni, lemau lagi nak masuk dapur tapi order dah menanti untuk dikerjakan..

Sebulan sekali update blog..pheww!! Apapun lebih baik dari tak terupdate langsung..hehe..

Kek mentega yang saya buat untuk buah tangan keluarga kat kampung minggu lepas, mak saya kalau pesan nak kek apa dia akan mintak kek biasa2 je, coklat2 ke krim2 ke tak mau..jadi kek mentega lah yang dimaksudkannya..kali ni cuba resepi dari blog FIZA'S COOKING . sedap bau harum kopi..meh skodeng resepi mudah ni..tq Fiza..


KEK KOPI SUSU
Saiz loyang : 8½ inci x  4½ inci (loaf pan/bulat 7inc.)

Bahan A - di ayak
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
Bahan B
  • 1 cawan mentega
  • ½ cawan gula - boleh kurangkan jika tak suka manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • 3biji telur - Gred A
  • 1 sudu besar serbuk kopi atau nescafe - di bancuh dengan 1 sudu besar air panas
Cara membuat :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. sapu mentega pada loyang dan lapik dengan kertas.
2. Ayak bahan A dan ketepikan seketika.
3. Didalam bekas yang lain, masukkan mentega dan gula pukul hingga gula hancur. Masukkan pula telur satu persatu dan esen vanilla sambil di pukul lagi.
4. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan pukul sekadar adunan bercampur dan sekata.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan campurkan salah satu dengan serbuk kopi yang di cairkan tadi.
6. Tuang adunan di dalam loyang dan corakkan mengikut ikut kreativiti masing-masing. Bakar dengan api 150'c selama 1 jam atau sehingga masak. Setiap oven berbeza di antara satu sama lain dan sila tetapkan suhu oven anda mengikut kesesuaian.

Rabu, 4 Februari 2015

OMBAK RINDU..

Bila rasa rindu menerpa...rindu Mek..rindu Ayah yang sedang sakit..rindu suasana kampung & bau2 hutan tiap kali bangun pagi..apa daya, hanya gambar pengubat jiwa..
Destinasi paling mengujakan anak2 & semua yang balik kampung, wajib datang mandi 2 kali sehari tiap2 hari..
Motor tua yang digilai anak2 bila Atuknya nak kemana2..motor tua & tuannya inilah yang banyak berjasa kpd.kami untuk menapak ke sekolah..


Halaman tak sebesar mana tapi cukup untuk mereka berlari2 mengeluarkan peluh..sekali pijak tanah, susah nak panggil naik rumah..

Tapai pulut idaman kalbu, hasil air tangan 'Mek' yang sentiasa kami idamkan..beliau tak sihat tapi bila anak2 menantu balik mesti buat ni, sekarang hanya bagi arahan je..memang terrbaeekk..


Rumah itu dunia aku...dalamnya dihuni mereka berdua yang melahirkan & membesarkan kami..

Abang & adik ipar..posing maut ditepi jambatan yang runtuh semasa banjir besar 2014..terima kasih abang & kakak serta ipar2 kerana sentiasa mengambil berat hal Mek Ayah di kampung..

Anak2 buah..anak2 syurga..mana tahu erti duka..

Dia...bukanlah gagah bak badang perkasa, tapi kudratnya memikul beban membesarkan amanah Allah 13 beradik, tak mampu kami balas dengan jasa & harta berjuta..Hanya Allah jua sebaik2 yang memberi segala Rahmat, 

Doakan Ayah saya sihat walafiat & dirahmati Allah sepanjang hayat..dikurniakan ketenangan, kebahagian & dipermudahkan segala urusannya dengan usia yang masih bersisa..
**kami asal 13 beradik, 2 lelaki sudah meninggal, tinggal 11 yang ada, Alhamdulillah.
**Maaf gambar Mek xde yang sesuai untuk tatapan kat sini, gambar Ayah saya yang sedang sakit juga tidak saya sertakan
**Mohon doa kalian..Amiin..

Terima kasih sudi singgah & baca..^v^

Khamis, 29 Januari 2015

ROTI MANIS GEBU TANGZHONG/WATER ROUX

 
Assalamualaikum...Khamis yang damai, kicauan burung memeriahkan bumbung rumah (siyes ada burung ok..) deruan enjin kereta yang bertali arus & brrooomm brromm  moto2 yang bingit..asal lalu depan rumah aku je diaorng tekan minyak, pehal tah..dengki kot kita nak rilek2 pagi2 ni..hahaa

Roti ni sangat lembut..suka...sukaaa...betul betul betulll..tanpa bahan2 pelembut & penaik lain selain yis & water roux..itulah bahan utama yg diperlukan. Terima kasih empunya yang berkongsi resepi (Pn Zurina Kifli), Kak Nor Aznim yang bagi resepi ni kat kitaorang, dipersetujui Izah yang dah buat katanya..Sesiapa nak berniaga boleh guna resepi ni, hasilnya agak banyak & kosnya agak rendah. Boleh pelbagaikan bentuk kalau suka.

"Doh ni saya buat akhir sekali..dapatla 2 bj doh 28g, bulat2kan mcm biasa pastu gentel bg panjang ala2 keropok lekor, lingkarkan atas loyang & tekan hujungnya supaya bercantum. Dah naik 2 kali ganda, sapu gliss, letak keju cheddar yg disiat2 kasar, letakkan sardin, taburkan rempah cajun, paipkan mayonis,  & sos cili.  Bakar macam biasa.(teknik & cara ni idea Pn.Azemah Chebo FB)"

haa..kalau xde mixer/breadmaker..masuk je dlm plastik bag yg bersih tu, gelek2 dgn kayu penggelek atau tumbuk2 hentam aje aarr labu sampai doh tu lembut.  Nak uli ala2 dayang senandung menyental kain atas batu tepi sungai sambil berkemban pon boleh..tarik tolak..tarik tolak..Tak mampu jugak?

**Petua lain : asben korang suka tengok bola tak? Kalau ye..time ada live lat tv tu kan..letak kat depan asben tu doh roti dlm plastik sesiap..harap2 plastiknya lebih tebal dr biasa. Time di bersorak make sure tangan yg beliau hentak2 tu kena kat plastik roti korang..berkesan nih..tapi AWAS!!! Jangan sampai kaki dia pulak yg naik...haha...

RESEPI ROTI MANIS GEBU TANGZHONG
SUMBER : ZURINA KIFLI (FB)

Bahan : 
  • 4 cawan tepung gandum (saya guna 2 cwn gandum & 2 cwn tepung high protein)
  • 4 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 3 sudu makan mentega
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 3 sudu makan susu tepung (saya tak letak sbb takde susu tepung)
  • 1 cawan air suam (saya guna air ais - air dlm peti ais)
  • 1 paket yis mauripan (1 sudu besar yis apa2 jenama)
  • 4 sudu makan penuh water roux/ tangzhong **RESEPI KAT BAWAH
  • 3 ketul ais (hancurkan kasar) *saya tambah sbb.uli guna mixer

TANGZHONG/WATER ROUX :
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 125ml air
  • *Bancuh bhn2 tersebut & masak api sederhana sehingga pekat, sejukkan & boleh digunakan.
Gliss : susu cair + telur kuning @madu @ butter @ susu segar + madu


CARA MANUAL :
  • Kacau bersama yis, gula, susu pekat, mentega & air selama 10 minit hingga berbuih
  • Setelah 10 mnt,satukan semua bahan lain & gaul rata. Buat lubang di tengah2 & tuang separuh air sambil diuli.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit & uli hingga licin tak melekat di tangan.
  • Uli dalam 20 - 30 minit. Tutup bekas dgn.tuala lembab @ wrapping & perap 45 minit/ hingga naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk perlahan doh utk.buang angin. Bentukkan sebarang bentuk & rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
  • Sapu bancuhan gliss pd atas doh & tabur gula (jika suka)
  • Bakar 20 - 25 minit dgn.suhu 160 - 180'C dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu .
  • Sapu butter pada permukaan roti setelah siap dibakar (utk.kilatkan ia) jika suka.
CARA MIXER / BREADMAKER :
  • Satukan semua bahan dalam mangkuk mixer / breadmaker ( MIXER :bahan kering dahulu diikuti bahan cecair) (BM : bahan cecair dahulu kemudian bahan kering)
  • Uli sampai elastik / siap.
  • Bentukkan doh dan tunggu naik 2 kali ganda.
  • Sapu gliss di permukaan roti, tabur hiasan cheese/gula/kekacang jika suka .
  • Panaskan oven & bakar macam biasa
  • Sejukkan & simpan kedap udara.
Doh 20g 3pcs diatur sebaris, biarkan naik sekali ganda, gunting tengahnya, paipkan mayonis & letakkan sosej (belah 2), biarkan doh kembang 1 kali ganda lagi. Sebelum bakar,, taburkan keju mozarela & cheddar parut & paipkan sekali lg mayonis & sos cili. 

**Nota kaki : lain kali buat doh 10g (3pcs) atau 20g (2pcs) baru cantik kejadiannya..
**(Idea dari rakan group Kelab Roti FB - lupa namanya)

SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...