Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

09 Januari, 2016

Ayam Sambal Bali

Selamat berhujung minggu..

Resepi masakan Ayam Masak Sambal Bali yang tengah viral kat Facebook ni, kat blog pun dah ramai yang update resepi ni. kita pun cuba jugak, Alhamdulillah sedap, suka tengok warna sambal ayam ni, menyelerakan betul makan dengan nasi panas-panas. Jom cuba..

Sumber resepi : Aisha Shukor

Resepi ni disediakan bagi sukatan utk seekor ayam..

  • Cili kering segenggam *
  • 6 biji bawang merah besar *
  • 1 labu bawang putih *
  • sedikit halia (sebesar hujung jari kelingking) *
  • belacan - setengah ibu jari *
  • 8 batang serai - dititik
  • 8 tangkai daun kari - cuci & toskan
  • kicap tamin - saya guna kicap Faiza
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam

Cara-Cara:
  • Blend bahan bertanda (*) 
  • ayam yg dah dibersihkan & selawat,tos..gaul garam kunyit sedikit sahaja (cukup satu camca kecil garam n kunyit..) 
  • Panaskan minyak masak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nanti nk guna utk tumis..
  • Goreng ayam tak perlu garing..nk juicy2..angkat & toskan minyak 
  • Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat
  • Masukkan daun kari sampai garing (bkn hangus)..guna api sederhana ya
  • kemudian masuk semua bahan yg dah dikisar tadi..tumis sampai naik bau & garing 
  • Masukkan gula,garam & renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon..
  •  Masukkan ayam & masak lagi 10minit (boleh tambah kicap lagi untuk lebih berkuah)
  • Siap..jgn makan terus lps masak..biar la dulu dlm stgh jam..mkn esok lg sedap katanya..Selamat Mencuba

01 Januari, 2016

Kari Ayam Tradisional India

Assalamualaikum w.b.t
Salam pembuka 2016, semoga hari2 yg dilalui memberi manfaat buat kita semua. Dipermudahkan segala urusan, bercambah kasih dan sayang, erat silaturrahim sesama Islam..

Hari in saya kongsikan resepi kari ayam tanpa santan, resepi tradisional india katanya, terima kasih buat Cik/Puan Ratna Devi Rajamanickam atas perkongsian resepi ibunya.  Sedap tau, cuba ya

Sumber fb : Aleen Airiesh

Bhn2 :
*bwg besar, kentang, tomato, cili & cili padi.(hiris halus),
*bwg putih & halia blend jdkan paste.
*serbuk kunyit

* rempah kari ayam.
 

Bhn tumis : kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga & daun kari.

Cara-cara :
*Tumis rempah 4 sekawan td dgn minyak, masukkan bawng & daun kari. kemudian masukkan cili padi
*Masukkan ayam, serbuk kunyit & paste bwg putih & halia.
*Gaul ayam biar masak separuh (jgn tambah air dulu)
*Kemudian masukkan rempah kari ayam. Gaul sekata.
*Masukkan air sedikit saja & biar rempah masak dan pecah minyak. Ini nak bagi ayam meresap dengan rempah2 tadi.
*Barulah masukkan air secukupnya & tambah tomato , kentang , garam.
Siap! Selamat mencuba.



14 Disember, 2015

STEW AYAM CARA TENGKU PUAN PAHANG

Assalamualaikum w.b.t

Oiiooiii lamanya x mengupdate blog yang dulu2 sangat gila-gilakan sangat.. mana kegilaan dulu ..kemana...manaaaa...???

takpe setahun skali pun ok lagi update kan, asal jangan lupa nak log in cemana sudahlaa..hoho..
sesekali update ni jangan banyak2 bebel sangat nnt esok lusa tulat tak boleh menaip sbb takde idea dah..hakhak..
Jom jengah lauk minggu lepas, teringin nak makan ayam kuah2 pekat, teringat stew ayam, kali ni ikut resepi kat blog Azie Kitchen, katanya cara ni ikut Tengku Puan Pahang masak..sedap sangatla tau, cuba yer..

Bahan bahan:
  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 4 ulas bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 - 3 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit kicap 
  • Sedikit lada hitam - tumbuk kasar 
  • Garam dan serbuk perasa 
  • 1 biji ubi kentang - dipotong 4
  • 1 batang karot - potong besar
  • 1 biji bawang besar - potong 4

Cara cara:
  • Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak. 
  • Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk
  • Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.
  • Saya tak masukkan garam awal2, dah masak & tutup api baru masukkan garam & kacau2 sebati
 Nota: Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie
SELAMAT MENCUBA

28 Januari, 2015

AYAM KICAP PAK SAID

Assalamualaikum..sihat? Alhamdulillah..

Dah masak? Belum? Jom masak ayam kicap ni, asal kicap mesti laku keras kat rumah ni..
Tapi..kenapa Pak Said nama diberi? Bukan Pak ABu? Bukan Pak Dolah? eh sukahatila kan,,kata empunya resepi..heehee

Resepi saya ambil dari blog Mama Hawa, ramai yang dah buat resepi mudah ni, saya pun tengok IZAH ML yg buat ritu pastu google..lebih kurang halal lah yer..

RESEPI AYAM KICAP PAK SAID

Bahan A
1 ekor ayam, beratnya 1.5kg
cuci bersih potong 10 dan toskan
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng & menumis

Bahan B
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia panjang2 seperti batang mancis

Bahan C (separuhkan)
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara :
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng ayam, tetapi jgn terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Tumbuk halus semua bahan C.(mama- blender kering)

Dengan menggunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan B sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan C (rempah tumbuk) dan tumis kan lagi sehingga naik aromanya. Tuang kicap, air dah cuka. Gaul rata. Setelah mendidih, barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

Selamat Memasak..

22 Januari, 2015

AYAM MASAK HALIA

Assalamualaikum..

Wordless Thursday..eh suka hati..(*v*)
Sangat sedap hokeh!!

AYAM MASAK HALIA
Resepi : Chef Hanieliza
C & P : Sinar Kehidupanku (TQ Kak Yatie & Chef)

Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil (letak kentang)
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

30 Disember, 2013

AYAM MASAK PALEMBANG

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali, di penghujung 2013, kita berkongsi resepi lagi, ini dah beberapa hari/minggu agaknya masak lauk ni. Alhamdulillah..C&p resepi dari blog Kak Nor di Brunei..Syukran kak..

 Saya punya ayam tak merah2 macam Kak Noor punya, nak pedas boleh tambah cili kering bg lebih pedas & kaler lebih gelap kan.

AYAM MASAK PALEMBANG
Sumber :FP Yulina & Mamasya
C & P : Bicara kak Noor

BAHAN
  • 1 ekor  ayam saiz sedang  dipotong  dan di gaul dengan kunyit  dan garam 
  • 2 sudu besar  cili kering yang sudah dikisar 
  • *7 ulas  bawang merah 
  • *5 ulas  bawang putih 
  • *2 inci halia 
  • *2 batang serai 
  • 5 sudu besar  kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan 
  • 6-7 helai daun kari  
  • 1/2 cawan kecil asam jawa 
  • garam  dan gula secukupnya
  • 2 biji kentang *saya tambah

CARA 
 

1. Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yang dikisar  dengan cili kering hingga garing.  
2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis. 
3. Kemudian  masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata. 
4. Didihkan sehingga pekat.siap untuk dihidangkan.  
Selamat mencuba

22 Disember, 2013

AYAM GORENG YUMMY...

Eh..ter'update' blog lagi..rajin kan?

Nak goreng ayam pon kena ada resepi tau..hehe..layankan aje resepi cilok dari blog Mas ni, lepas nampak Mas tayang kat instagram ritu, cepat2 bancuh & perap..alah, 6 ketul je pon, perap pon sempat 2 jam..hehe..lenkali perap lama lagi kan..


Anak-anak blasah sampai licin, sampai serdak2 pun dikautnya..suka la tuh, maklom dah lama benar tak buat ayam camni kot..Jom semak resepi, pastu g buat jangan dok nyemak je kat sini..hakhak



RESEPI AYAM GORENG YUMMY..
Sumber : Norsha
C & P : Mas@Duniaku

Bahan2 : 
 ( agak2 yerk ngan ayam tu )

ayam
kunyit hidup - ditumbuk
halia - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
cili
putih telur
tepung jagung - agak2 bahan2 melekat kat ayam 
sedikit tepung beras - Mas tambah
secukup rasa - Mas tambah
sedikit minyak masak - Mas tambah
sedikit serbuk kari - Mas tambah
sedikit serbuk lada putih aji shiok  - Mas tambah
sedikit sos tiram Manggi - Mas tambah 


Cara :
Gaul sebati ayam dengan semua bahan2.
Perap sejam, klu semalaman lagi best.
Goreng dengan minyak banyak dengan api sederhana hingga ayam masak.

Selamat memasak!!

Buah delima kesukaan kami sekeluarga lately...skali hadap berbiji2, tak puas makan, sape2 ada jual online yg masak ranum? hehe...


Alhamdulillah baru beberapa hari lepas seorang kakak rakan FB balik dari Bangalore, beliau bawakkan saya 2 biji buah delima, MasyaAllah sangat cantik merah manis & berjus, sesuai dgn perumpamaan "Bak Delima Yang Merkah"..terima kasih Kak Norhaizan, prihatin sangat kat saya..ehee..

Karipap pusing frozen, saya dapat ni dengan Kak Tun (CUP OF CAKES), sape2 nak tempah bolehla kontek beliau ya, sah2 tak nyesal ni tau, sedap, rangup, inti serba serbi ngam la..

Ok..bai..

18 Julai, 2013

9 RAMADHAN 1434H : AYAM GORENG BERCILI & PETOLA SAYUR PEDAS

Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa hari tak sempat nak kongsi juadah, bagi idea cikai2 kat sape2 yang buntu..konoon..harini nak kongsi menu biasa2 amat kat dapur saya. Menu cenggini yang menjadi kesukaan anak-anak, pedas2 pun layan. Digandingkan pula dgn sayur air pedas, memang laju anak-anak makan menambah-nambah. Seronok kan..harap bermanfaat InsyaAllah.

RESEPI AYAM GORENG CILI PADI
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • Setengah ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah*
  • 8 ulas bawang putih*
  • halia*
  • segenggam cili api @ kurangkan jika tak mau pedas - *tumbuk lumat
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 3 sdb sos tiram
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dipotong berbaji
Cara-cara :
  • Ayam digoreng separuh garing, ketepikan
  • Tumis bahan tumbuk dengan sedikit sahaja minyak masak. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan sos tiram, air kacau hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tomato, kacau hingga sebati bersalut. Masukkan bawang besar tadi. Angkat dan hidangkan panas2.
************************************************
PETOLA SAYUR PEDAS

RESEPI PETOLA SAYUR PEDAS
Sumber : Mak saya..

Bahan-bahan :
  • 1 batang petola - dibuang kulitnya yg tajam & potong serong
  • 1 cekak pucuk daun meranti / pucuk manis (jika suka)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih *
  • 10 biji lada hitam *tumbuk lumat bersama
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping kecil asam gelugur (x suka xyah letak)
  • Air secukupnya

Cara-cara :
  • Panaskan air secukupnya dalam periuk. Masukkan sekali bahan tumbuk tadi.
  • Biarkan mendidih, masukkan petola yang dah siap potong. masak hingga petola empuk. Masukkan asam gelugur dan garam
  • Kemudian, masukkan daun meranti, biarkan mereneh seketika,bolehla tutup api & hidangkan.

SELAMAT MEMASAK

 

05 Ogos, 2012

Ayam Goreng Berempah Simple

Selamat menunaikan ibadah puasa ya teman2...dah pun pertengahan Ramadhan ni..ada yang dah buat kuih raya nampak..tukang jahit pun rasanya dah tak lelap mata ni..ehhe..apapun semoga anda semua sihat walafiat & diberi kemudahan & kesempatan yang lapang untuk beribadah kepadaNya..
 
Sekarang menu kesukaan anak-anak pula..kali ni guna ayam, hajat nak buat macam Noorsha tu..ada rempah bagai dengan rosemary lagi..tapi apakan daya..hehe..tak cukup bahan, maka bersilat le jugak nyudahkan yang simple2, Alhamdulillah..anak-anak suka ni..siap ratah lagi..


Saja nak kongsikan di sini untuk kenangan & panduan dilain hari oleh anak-anak mungkin..ehhee

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE
Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil & dibersihkan
  • 1 ulas Bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Rempah cajun
  • Serbuk lada hitam
  • garam
  • serbuk perasa@gula
  • daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :
  • Tumbuk bawang merah, putih & halia hingga lumat.
  • Gaulkan semua bahan termasuk bahan tumbuk dengan ayam yang dah cuci tadi.
  • Perap lebih kurang 2@3 jam.
  • Goreng dengan minyak yang banyak guna api sederhana sehingga masak.
  • Sedia dihidang.
  • *kalau nak rasa lebih pedas boleh tambah cili api yang ditumbuk kasar

SELAMAT MENCUBA..simple kaann..

12 Julai, 2011

AYAM KASHMIR

 (*________*) 
Senyum..tak sempat berkata-kata...


AYAM KASHMIR
Sumber : DayangJack , Kak Nor@Secubit Garam & Mas@Duniaku 
Copy : Izah 
 
bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :

  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit daun kari
sedap dimakan dgn nasi panas, kuahnya juga sedap cicah roti

bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau.
  • Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. 
  • Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  • Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.Hidangkan setelah masak.

12 Jun, 2011

AYAM MAYONIS

Assalamualaikum..

Selamat beristirehat kepada semua..esok dah mula susun jadual sekolah anak kan..harini kenala rehat2 dulu..hehe..Sape ada ayam? Sila buat menu sedap ni..ada mayonis dalamnya tapi takdela rasa masam bila makan..sedap tau..betul ni..tak cayer tanya Kak Nor & Noorsha..kan..kan..


Ini lauk petang semalam yang Ana buat, cuma dalam menu ni tak letak daun ketumbar ikut resepi asal sebab takde stok daun tu, tengok Noorsha gantikan dengan bunga kantan, Ana lak guna daun kari..heheh..jauh benar melencong dari daun ketumbar kan..dah itu je yang ada, sebab kat rumah ni kami tanam pokok kari dalam pasu..hehe..dah bubuh daun tu bau wangi jek..Resepi asal dari SajiOnline, kak Nor yang war-warkan..Ana ceduk dari dapur Noorsha..terima kasih buat semuanya...

AYAM MAYONIS
Sumber : SajiOnline, Kak Nor@Secubit Garam, Noorsha
Ayam Mayonis by AnnaQawina

Bahan²
  • 600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 3 cm halia - mayang
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris (Ana guna cendawan butang dlm tin)
  • 2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm (Ana letak daun kari)
  • 3/4 cawan air
  • 1 1/4 cawan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah 
  • capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah (tak letak)

Cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
  • Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
  • Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
  • Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.

09 Mei, 2011

AYAM SOS PLUM

Assalamualaikum
Bersua kembali wahai teman-teman..harap sihat walafiat & gembira bersama keluarga anda..tak daya nak bebel  sbb takde menda nak bebel pun..hehe..nak share menu harini, pagi tadi masak untuk makan tengahari anak-anak, teringin nak cuba macam Mas buat & keinginan tu semakin kuat sebab nak mengurangkan isi kandungan botol sos plum yang dah berbulan beli..sejak beli haritu, baru sekali guna..
Dah rasa tadi masa makan dengan Adam & Akmal, sedap sangat kata Adam..siap mintak ayam lebih lagi. Akmal lak macam biasala..tak sah kalau tak menambah makan nasi..bertambah selera makan budak-budak & mak budak skali... Sedap tau, Ana letak cili giling & bahan-bahan tu cuma tumbuk lumat je sebab blender yang rosak belum jumpa alat gantinya lagi walau dah 2 hari berturut2 mencarinya..Ana ikut cara Mas buat iaitu letak kentang goreng, sebab kat rumah ni sentiasa ada stok kentang, anak-anak suka makan kentang..
Kepada tuan empunya resepi, trimas kerana share resepi & kita panjang-panjangkan kat sini lak, cubalah..tak menyesal punyala, tambah-tambah lagi kalau buat makan untuk anak-anak..kalau nak tengok versi mangga ada kat dapur Kak Nor, versi nenas lak ada di dapur Diana ni..


Bahan:
  • dada ayam - dipotong kecil *Ana campur2 je bahagian ayam tu
  • sedikit lada putih, garam dan tepung jagung
  • 3 biji kentang - potong dan goreng kejap
Bahan A :
  • 5 ulas bawang merah -  dikisar
  • 3 ulas bawang putih -  dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 3 biji cili merah - dikisar *letak 2 sdb cili giling
Bahan B:
  • 3 sudu besar sos plum -  Mas guna brand life *sama..
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ayam


Cara memasak :
  1. Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.

16 April, 2011

STICKY CARAMEL CHICKEN

Haa..terlebih rajin...Menu makan malam tadi..sekarang sudah takde lagi..apa-apa hal pun meh kita layan..dah ramai yang buat menu nih, Ana tergerak hati nak buat lepas tgk Dapur Kak CT yang tayang tadi..bahan-bahan pun Ana buat ikut Kak CT iaitu  bahagian-bahagian ayam bukan hanya kepak aje..hehe..jadinya tajuk pun sama gak..takde wings blakang tuh..itu yang ada dalam esbox kan..


Waaa..ala-ala yang order kat Pizza Hut le..konon-kononnyala kan..hihi..


Terima kasih buat penyumbang resepi & Kak Ayu..Ana copy kat sini ye kak..halalkan ek..


Sumber : mutiarazura@myresipi.com

Bahan-bahan ( 24 keping )

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar)

     Cara-cara

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit
    2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
    3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat! 
     *Ana tambah lada hitam macam Kak Nor buat..*
     

      15 April, 2011

      AYAM MASAK KICAP BERKENTANG

      Menu kelmarin nih..diulangi..kelmarin..hehe..sedap tau ayam masak kicap ni, makan dengan nasi panas, memang tak payah lauk lain dah..kuahnya yang pekat tu gaul dengan nasi..makaiiii...haha..Resepi asalnya menggunakan daging, tapi Ana ada ayam jer..bila maask tu ada 3 langkah yang menyebabkan hidung & tekak tak tahan bau...

      1) masa letak kicap & lada hitam dalam rebusan

      2) masa tumis rempah

      3) masa air rebusan bersatu dengan rempah..

      Hehee...sape nak try Ana letak resepi kat sini ek..


      Sumber : Daging Masak Kicap Berkentang by Sofinar@myresipi

      Ayam Masak Kicap Berkentang by AnnaQawina

      Bahan-bahan ( 1 family )

      • 1/2 ekor ayam- potong kecil
      • 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
      • 2-3 biji kentang - potong dadu/ berbaji
      • 2 labu bawang besar -potong dadu
      • 5 tangkai cili kering
      • 1 sudu besar jintan manis
      • 2 cm belacan- bakar jap
      • kicap manis- agak2 untuk menghitamkan masakan
      • minyak untuk menumis
      • garam dan gula

      Cara-cara

      1. Rebus ayam hingga lembut, masukkan kicap dan lada hitam. teruskan merebus..jika menggunakan daging, masa memasak agak lama, tetapi ayam masanya lebih pendek
      2. Masukkan kentang, bila kentang dah agak lembut masukkan bawang besar. Tapiskan. Asingkan air rebusan dan isi rebusan
      3. Tumbuk bersama cili kering, belacan dan jintan manis.
      4. Tumis cili kering, belacan dan jintan manis yang ditumbuk tadi hingga berbau wangi, masukkkan isi rebusan, gaul biar sebati
      5. Masukkan air rebusan dan masak hingga pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa 
      6. Sedia dihidangkan bersama nasi panas..

      26 Januari, 2011

      AYAM KICAP LADA HITAM

      Selamat petang..uhhh...udah petang rupanya..nih nak tayang lauk yang panas-panas lagi nih..(masa snap pic.ni ler..)sekarang udah tinggal 2 3 ciput je lauknya...idea bidan terjun ni tatkala masa begitu menghambat..kekeke...ader jerla..


      Pagi2 tadi lepas anak-anak dah ke sekolah & Cik Abe berangkat ke tpt kerja, kita pun terfikir..apa salahnya rehat jap..badan rasa lemah & lemau jer..hihi..si kecik Hannah ni pun belum bangun lagi, cuaca yg suram seakan-akan mengiringi langkahku ke bilik tido..tepuk2 bantal sikit..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...tetiba..

      POOOOONNNN!!!! PONNNNNNN!!!..opocot!! lori hantu manala tuh dok hon kat bawah tu..rupa2nya sliding tak tutup,jelas lagi nyata dengarnya..hajatnya nak sambung balik, mata kerling jam..adoyaaiiiiii...udah jam 9.30 pagi..jap lg anak-anak nak balik sklh agama, nak g sklh ptg lak..nasik lom masak....uwaaaa....dok tenung ayam, nak masak apa ek...hurrmmm...on pc jap & bukak blog..taraaaa...dah tau nak masak apo..toceeyyy Pn Hana..hang dah setel problem gue..haha

      Ish..panjang lak karangan petang ni..layan jela...tapi cara buat tu ikut nak cpt jele..bawang & halia kita humban dalam lesung batu..kasi hancuuss suma sekali..hikhik

      AYAM KICAP LADA HITAM
      Sumber : Anna Qawina

      Bahan-bahan
      • 400-500g ayam - potong kecil2
      • 2 inci halia muda - hiris halus
      • 3 ulas bawang putih - parut
      • 2 sudu besar kicap pekat manis
      • 1 sudu besar sos tiram
      • 2sk maggi seasoning..Ana guna serbuk pati ayam jer
      • 1/2 sk lada hitam
      • cili padi ketuk *optional jika ingin pedas
      • 1 batang serai - titik *optional
      • 1/4 cawan air
      • garam jika perlu
      Cara-cara
      • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min...
      • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
      • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

      05 Januari, 2011

      KARI AYAM KERISIK

      Menu untuk tengahari & malam ni..resepi dari majalah SDK tahun 2006..dah ubah2 sikit ikut kesesuaian bahan2 yang ada & berapa mulut nak makan..buat banyak2 nanti tak habis pulak kan..

      maaf gambar krg memuaskan, snap masa anak2 nak mkn tadi..

      Sedap kari ni mungkin sebab ada kerisik..baunya harum menusuk..heheh..meh kita layan resepinya, kot2 ada yang nak cuba..Oh ya..ada sape2 buat roti tak harini? Nak mintak sikit, nak cicah kari..hihihiii

      Resepi Kari Ayam Kerisik Ana
      Bahan-bahan :
      • 3 biji ubi kentang, dibelah 2
      • 1/2 kg ayam, dipotong & bersihkan
      • 4 sudu besar rempah kari ayam/daging @ 1 peket kecil
      • 4 ulas bawang merah kecil *
      • 3 ulas bawang putih *
      • 1/2 inci halia * (bhn2 bertanda * dihiris halus)
      • 2 kuntum bunga lawang
      • 1 batang kulit kayu manis
      • 2 kuntum bunga cengkih
      • 1/2 keping gula melaka
      • 200 ml santan kotak dicampur 200ml air @ ikut kepekatan yang diingini
      • kerisik dari 1/2 biji kelapa @ setengah peket kecil (paket 40 gm)
      • Garam & gula(jika suka)
      • Minyak utk menumis

      Cara-cara :
      • Tumis bawang yang dihiris halus bersama bunga cengkih, kayu manis & bunga lawang.
      • Kacau2 sehingga naik bau.
      • Bancuh rempah kari dengan santan & halia.
      • Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi & dikacau2. Biar hingga pecah minyak.
      • Masukkan kentang bersama ayam & sedikit air @ santan cair. Kacau sebati.
      • Tambahkan gula melaka & santan yang selebihnya tadi,  Biar hingga ayam masak & kentang empuk.
      • Masukkan kerisik, kacau2 bagi rata.
      • Tambahkan garam & gula (kalau dah letak gula melaka, gula tak payah letak )
      • Angkat & hidangkan

      SELAMAT MENCUBA...

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...