16 April, 2011

STICKY CARAMEL CHICKEN

Haa..terlebih rajin...Menu makan malam tadi..sekarang sudah takde lagi..apa-apa hal pun meh kita layan..dah ramai yang buat menu nih, Ana tergerak hati nak buat lepas tgk Dapur Kak CT yang tayang tadi..bahan-bahan pun Ana buat ikut Kak CT iaitu  bahagian-bahagian ayam bukan hanya kepak aje..hehe..jadinya tajuk pun sama gak..takde wings blakang tuh..itu yang ada dalam esbox kan..


Waaa..ala-ala yang order kat Pizza Hut le..konon-kononnyala kan..hihi..


Terima kasih buat penyumbang resepi & Kak Ayu..Ana copy kat sini ye kak..halalkan ek..


Sumber : mutiarazura@myresipi.com

Bahan-bahan ( 24 keping )

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar)

     Cara-cara

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit
    2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
    3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat! 
     *Ana tambah lada hitam macam Kak Nor buat..*
     

      4 ulasan:

      Mas berkata...

      wehhhh...pepagi dah nampak ayam yang bersinar2 disalut madu tu...
      sedappnya tengok...

      Unknown berkata...

      sedap ni...dh pernah buat dah dulu..ni mai nk rasa yg ana buat pula...:)

      tq atas wish dan doamu anna...mudahan2 doa ibu hamil dimakbulkan Allah..amin:)

      Wattie berkata...

      Assalamualaikum Anna,
      Pekabar??? Anna sihat? Lamanya akak tak singgah sini, ntah kenapa 2, 3 hari ni asyik teringat kat Anna, baru hari ni berkesempatan singgah, meh ayam karamel tu sikit, akak dah try mmg sedap sgt...

      Nadz Nazharzan berkata...

      Assallamualaikum Ana..
      Ana, kita tukar ayam kita nak.. Boleh rasa air tgn Ana..

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...