Assalamualaikum..
Lewat masuk dapur maya, tapi kat dapur realiti dah berkecah pun..hehe..kesibukan menguruskan anak-anak & macam2 benda dalam rumah, sambil2 rehatkan diri, komputer pun tak ON, bimbang pulak terlepas entry2 kawan2 yang harus dilihat..kepada yang sudi menyinggah jutaan terima kasih diucapkan walau tuan rumah dah agak suam2 kuku nak meng'online'kan diri. Nak duduk lama-lama tak selesa, jadi kepada yang berkunjung amat2lah dihargai.
Salam Jumaat yang penuh berkat, harini masak biasa2 je, cerita2 pun biasa je, takde yang luar biasanya..hihi, cuma nak kongsikan perihal makan malam semalam je, tetiba teringin nak makan selain nasi, dah hari2 telan nasi, sesekali tukar menu seronok gak kan, nak masak pun simple je. Angel hair ni dah dkt 2 minggu beli, teringin jugak bila tengok Kak Nor, Mas, Zalienda asyik kata sedap je...kita pun nak gak cuba..tapi tersilap pulak, kita rasa nak makan, tapi terlupa ada budak2 kecik yang nak makan juga, terpedas lah al-kisahnya ni..kesian anak-anak yang makan, sambil bersulam air..hehe..
Angel hair Goreng Pedas Berempah
Sumber : Kak Nor@Secubit Garam
Bahan:
![]() |
Cajun (imej dari google) |
- 200 gm angel hair
- 150gm daging kisar
- 3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
- 1 labu bawang besar *
- 1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
- 1/3 biji capsicum merah *
- 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong panjang)
- 1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt
- 1/2 sudu besar cajun
- 2 sudu besar sos cili
- 1 1/2 cawan air rebusan makaroni
- 1 biji telur ~ dipukul sedikit
- garam
- sedikit gula
- daun sup ~ dihiris
- minyak
- Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
- Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
- Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
- Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
- Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
- Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
- Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
- Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.