24 September, 2010

CORNFLAKES MILO

Salam ukhwah buat semua..menjelang hari minggu ni siap sediala untuk menghadiri undangan rumah terbuka & bersedia jugakla untuk menerima kedatangan tetamu, yg tak tahan tu takutnya tetamu sampai tanpa di sangka2, mau datang malam2 nak masak pun dah semput masa, jadi kena sedia apa2 yang patutla kan, macam kuih2 & biskut tu...kurang2nya ada benda nak dihidangkan. Sekarang ni Ana baru sudah membuat 3 jenis biskut, kira penuhkan balikla balang2 yang dah kosong tu, yang dah siap ni ada choc.chips cookies, cuppucino slices & cornflakes milo ni, dah lama nampak orang dok kalut membuatnya, Ana je yg buat2 tak nampak, hahaaaa...kira dah tertinggal ketapi ler nih...


Haritu nampak kat umah Mas..kat dapo Izah pun ada...haa sape2 lg yg pernah buat tu tulun bgtau yea...nanti Ana letakkan linknya...oppsss..asalnya ada kat sini...HJH MAS

Resepi ni Ana copy dari Dapo Izah...ko halalkan Izah yo... ko punya cantik sebab hias ngan coklat cair tu, Ana punya tabur manik warna warni je..edisi biskut raya selepas raya ni kena cepat2 & seringkas mungkin..eheheheheee...
Bahan - bahan :
  • 100gm butter
  • 100gm cornflakes
  • 100gm serbuk milo
  • 4 sudu makan golden syrup-tuko guna madu..sameler...

Cara membuatnya :
  1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan dalam bekas.
  2. Masak butter hingga cair atas api sederhana besar.
  3. Sesudah cair masukkan golden syrup dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
  5. Tuang kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati.
  6. Bulatkan terus masa masih panas dan masukkan kedalam bekas mini cookies dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalan balang.

23 September, 2010

BUBUR NESTUM

Assalamualaikum...semua dah sarapan? Ke terus makan tengahari je..huh, sonang kijo kan kalau masak terus untuk tengahari, ni masukkan N3 pon sambil2 masakla...Bubur ni Ana buat malam tadi, sebab perut sakit & sebu, mungkin banyak sangat makan ubat2an..tu yang makan bubur Nestum, ada plak stoberi beli kat tepi jalan Cameron Highland masa balik dari kampung haritu, taruk jela, nampak stoberi tupun dah nak lebam2 dah..hihi...


Enak jugak buat sarapan nih..meh kita skodeng cara nak bikinnya, resepi dari buku NESTUM...

Bahan-bahan :
  • 1 cawan Nestum..Original/Madu/Coklat
  • 2 cawan susu segar
  • 2 camca besar gula pasir...*Tak payah letak pon takpe, lg sedap
  • 1/4 camca kecil garam
Cara-cara :
  • Di dalam periuk kecil, masukkan susu, gula, garam & masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  • Bila dah mendidih, padamkan api & masukkan NESTUM di dalam susu panas tadi, gaul sebati.
  • Hidangkan dengan potongan buah-buahan jika suka & sedap dimakan panas-panas...

SELAMAT MENCUBA...

KEK PISANG

Malam kelmarin ada tetamu mengejut datang, bukan orang lain, adik2 ipar bersama pakcik belah Cik Abe Ana datang, masak2 utk makan malam terus, sambil2 tu sempatla jugak buat kek pisang yang mudah nie..nak sedia lebih2 dah tak sempat jadi taram je mana bahan yang ada. Tiap kali buat kek pisang Ana guna resepi ni je, memang sah2 menjadi, ramai yang kata sedap & ramai jugakla mintak resepinye...Masa raya kat kampung haritu pun sempat buat 2 biji bagi keluarga makan, dah ramai2 sekejap jela licin, sekali pandang je dah lesap..heheh..
Gambo yang ni Ana dah tayang sebab buat utk bawak balik kampung sebelum raya haritu... 
Maafle gambar kek yang baru buat haritu tak dapat diambil gambonye..maklumle sibuk kan..masa tu buat Ana bubuh coklat urai sikit bg kaler2, ceria sikit nampak, budak2 pon suka...
Ini resepi Ana dah taktau sape punya sebab dulu ambik kat web MyResepi tu, nak linkkan nanti kena cari balik tapi susahnyeee nak masuk web tu sekarang ni, asyik kena warning je, nanti dah ada linknya Ana letak yea, terima kasih buat tuan punya resepi ni..


Bahan2 :
Bahan A
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 cawan gula kastor
Bahan B
  • 2 cawan pisang yang dilenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung naik sendiri..*Ana guna tepung gandum + 1/2 sdt.baking powder
Cara-cara :
  • Pukul bahan A sampai kembang
  • Masukkan pisang yang dilenyek, pukul sebati
  • Masukkan minyak masak, pukul lagi
  • Masukkan tepung yang diayak tadi, gaul sebati..*boleh juga ditambah coklat urai dalam adunan ni
  • Bakar dalam suhu 180'C selama 45 minit@sehinggan masak..*Ana guna api bawah je


Tips: Untuk mendapatkan permukaan yang keperangan & lebih kering (tidak basah jika disimpan semalaman) beberapa saat terakhir, buka api atas sehingga permukaaan kek tadi bewarna keperangan & lebih cantik...

21 September, 2010

ULANG TAYANG..SNOW ALMOND

Edisi basi ker?? hehe..nak juga letak sebab haritu tayang gambo jer, nanti kecik ati lak tuan punya resepi ni ambik resepi tapi tak letak bahan2 & cara, nanti ada yg teringin nak buat canne kan?? Resepi ni amatlah sedap, Ana buat 2 adunan sekaligus tapi sempat celupkan coklat separuh je sebelum raya haritu, yang belennya bila nak mula balik nih?? Yang ado ni pon tinggal 2 3 bijik je...


Sumber resepi : Umifeeza@My Resepi..terima kasih Umi...

BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

20 September, 2010

BISKUT CONFLAKES PERMATA SALJU

Salam Lebaran buat semua..masih dalam mood raya kan? Mesti banyak jemputan rumah terbuka ni...makan2 tu ingat2 sikit, jaga berat badan ideal kamu..hehehe...tapi kalau dah orang jemput makan kita ketepikan dulu pasal berat badan tuuu...tak makan kang kecik tuan rumah punya hati kan??*Alasan*

Haritu dah janji nak masukkan resepi yang dah Ana cilok kat blog kengkawan & website, baru harini berkesempatan update blog & masukkan apa2yang patut...penat & demam melanda diri tapi kugagahi jua..ceewaahh..


Ini salah 1 juadah yang sempat Ana buat sebelum balik kampung beraya haritu...
BISKUT CONFLAKES PERMATA SALJU..sungguh indah namanyee...
 

Resepi Ana ambik kat dapo Izah..katanya dapat kat rumah Lizahanum
terima kasih bebanyak kepada anda berdua...

Bahan-bahan : 
  • 3 cawan cornfleks di hancurkan *Hancurkan kasar2@ ramas dgn tangan
  • 1 cawan nestum
  • 1 1/2 cawan kelapa parut kering
  • 150g mentega 
  • 50g gula castor
  • 1/4 cawan madu
  • Mangkuk kertas saiz kecil
  • Coklat chip,kelapa parut kering dan coklat urai warna-warni sebagai bahan hiasan

Cara-cara :
  • Cornflakes yg telas dihancurkan,dicampurkan dengan nestum ,gula castor dan kelapa parut kering dlm sebuah mangkuk besar.
  • Mentega di cairkan atas api dan dicampur dengan madu dalam periuk.
  • Masukkan no.1 dalam no.2.
  • Gaul hingga sebati dan masukkan dalam mangkuk kertas .
  • Hias ikut suka anda.
  • Bakar dalam oven pd suhu 180C selama 15 minit. Saya bakar 11 minit je, sebab 15 minit agak garing sangat warnanya.
  • Angkat dan sejukkan.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...