06 April, 2012

Kari Ayam Kerisik

Assalamualaikum

Tayang lauk minggu lepas ni, sedap sangat mkn dengan nasi panas2, lepas tu Ana buat kuah lebih sebab nak cicah dengan roti..nostalgia kampung ni, mak selalu masak kari ayam yang sedap & cicah roti, sampai sekarang masih tak menjadi buat macam yang mak buat walau pun rupa kejadian dah hampir sama, suami pun ada cakap macam tu..kena air tangan mak jugak kan..

(^_^)..rindu mak...:-)


TQ Kak Fida berkongsi resepi & Ana ambil resepi dari dapur MamaHawa..tq semua yang terbabit..
KARI AYAM KERISIK


Bahan :

  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Ana guna ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
 

Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.



JOM CICAH ROTI..beli jer roti tuh...hehe

03 April, 2012

Kek Karamel & tempahan lagi

Layan gambar kek jela..resepi dah ada kat SINI..sila jenguk..hehe


 Ni kek yang buat masa balik kampung haritu..dah laaaamaaa..hehe..saje tunjuk rupe kejadian..


Teeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttt...>>>>>>>>>>kita tengok bawah lak eik..
v
v
v
Tempahan sepanjang minggu lepas, Alhamdulillah..

Tempahan dari Encik Fazly Ampang, kek karamel besday edible image Angry Bird untuk anaknya (ye ke?) Damia..Happy Belated Besday Damia..Moga membesar jadi anak yang baik & solehah ya..Harap semua suka & puas hati ya..tqvm..
 Kek Karamel order dari Kak Sheila minggu lepas..tq Kak Sheila, tq jugak utk hidangan makan tengahari yang sedap..hehe

 Kek Karamel order dari Siti Aisya..kawan & jiran fb area umah ni..tq Aisya..


Kek Karamel diorder oleh Kak Salfarina, Wangsa Maju? eh..lupa lak umah akak..hehe..tq Kak..harap sedap eh..


Ni pulak kek coklat Moist order dari Incik Abang, untuk bawa ke rumah kawannya yang xcident..buah tangan..(pst : bayor lom??) hehe..


2pcs Red Velvet Tiramisu Special order dari Intan..my reg.costumer..tq Intan..order lagi k..hehe

Ok...Nak order just Email /sms yer..tq..tata..Assalamualaikum..


02 April, 2012

Red Velvet Cupcakes@Kek Cawan Baldu Merah-Resepi

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali dialam maya ini, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi lagi kesempatan & kemurahan rezeki untuk menyedut udara segar & nyaman hari ini. Semoga seisi alam juga turut mendapat Rahmat Ilahi yang tiada batasan ini..

Hari ini Ana kurang sihat,lanjutan tak cukup tidur & berpanas keluar hantar kek ke Ampang semalam, hajat nak bawa anak2 ke Zoo Negara, tapi dibatalkan atas sebab2 tertentu..hehe..anak2 ada yang tak sihat, takkan nak bawa jugak pergi jalan2 kan, yang paling penting keadaan kesihatan Si Jejaka Hensem yang akan bayarkan tiket masuk yang mahal tu pun kurang baik jugak..*nak muntah..silakan....ahaahaa..


Maka lepas selesai urusan & kek pun dah bertukar tangan, kami dibawa pusing2 KL & tengok KLCC..DIULANGI..TENGOK..ye..TENGOK SAHAJA..haha..sambil2 lalu dapatle tengok dekat2 kan..mak aii..dah hampir 7/8 tahun bertapak kat area bandaraya ni baru nak jejak..tu pun sambil lalu jek..apa nak buat, kami tak gemar nak pusing tempat2 yang sesak & ramai makhluk Allah tu..tapi dah janji dengan anak2 yang dah merungut, nanti kita g KLCC masuk Aquaria..(*_*)..#mahal oo..


Eh..ni nak citer kisah kek ke kisah tuan tanah yang jakun ni..hehe..okla..lepas letak n3 New Taste tempohari, ada yang inbox nak resepi, bukan takmo bagi, hajatnya nak n3 hari Jumaat, nak upload gambar tak masuk dalam draf, nape yer..lepas loading terus diam..sudahnya letak nasi lemak sambal tumis tu dulu sebab memang dah sedia ada dalam draf. Sabtu, bizi ler pulak dgn kek & apam yang orang tempah, Ahad pepagi dah keluar, balik tu terus TUMBANG..setumbang2tumbangnya..segala urusan rumah & anak2 sekali lagi Si Jejaka Hensem(lagi??) yang ambil alih..*sila muntah jauh2 k..* muahahaa..suka ati ler. Terima kasih buat Cik Abang. Siap basuh semua alatan & perkakas yang digunakan untuk baking & pinggan mangkuk, licin..Alhamdulillah..

..>>>Bebel lagi..:D..

Maka harini Alhamdulillah terlaksana sudah hajatku nak share resepi yang sedap, mebeles ni, tekstur cupcakes ni gebu je tau, bila potong tak berderai macam sesetengah resepi, diakui oleh kawan yang ambil resepi ni & buat jual jugak. Terima kasih Ana yer(nama sama..)suka dia dapat resepi ni..hehe..

Untuk makan2 & 1st time try  dulu..:D

Resepi dapat kat blog tokey kek yang kek2nya sungguh mengujakan, Cake2u..harap tuannya tak kisah Ana kongsikan kat sini, moga Nurul terus sukses & dimurahkan rezeki ya..

RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@cake2u

Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam

B:
  • 125 g mentega tawar(saya guna tatura unsalted butter)*Ana guna buttercup
  • 280 g gula castor

C:
  • 2 biji telur (gred B)

D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah

E:
  • 240ml buttermilk(saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply) *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)*edit 04/04/2012*

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Untuk Icing:

  • Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
  • Hiaskan ikut suka.

SELAMAT MENCUBA..ORDER JUGA DIBUKA>.(^_^)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...