05 Januari, 2012

SOFT YOGURT BUN

Assalamualaikum

Roti yang buat beberapa hari ni, edisi nak habiskan belen2 yogurt yang tamat tempoh bermalam dalam peti ais haritu, akhirnya buat roti jela senang, tuang semua bahan dlm BM & tunggu doh siap, uli2 sikit & bentukkan & juga letak inti strawberry filling dalamnya..mmm..sedap tau..lembut roti ni makan panas2 tak sedar diri jap..ngeheheheee..


Belek2 resepi kat google, jumpa kat sini:  Cheery on a Cake  & sini: Pure Enjoyment , dah siap salin resipi *kes malas nak belek buku rsp sdri.* tengok2 sama kat sini, dah banyak kali buat..hehe..layan jela..kot2 korang ada yogurt nak habis kan, mehla meroti..


Sedap ni..hmm..dah habis rupanya..heee..

Pst : terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi wish & doakan anak saya Adam sempena n3 Besday dia sebelum ni.. Amin..

01 Januari, 2012

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ADAM FIRDAUS


Buat anakandaku yang tersayang..Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-9..Lahirnya pada 01 Januari 2003, Jam 01.15 AM di Hospital Gua Musang, Kelantan. Semoga dirimu sentiasa dilimpahi Rahmat Ilahi walau dimana berada, mujahid yang akan tetap memahat kukuh hatinya pada jalan Allah..menjadi teladan buat adik-adikmu & ikon buat semua..InsyaAllah..Doa dari ayahbonda sentiasa mengiringi setiap gerak langkah kalian..Amin.


Kek untuk memenuhi permintaannya sejak berminggu yang lalu agar dapat dimakan bersama pada hari lahirnya, Alhamdulillah makan ramai2 kat rumah Makciknya bersama2 sepupu sepapat yang lain..takdela buat majlis apapun sebab memang tak pernah nak adakan apa2 sambutan hari lahir pun, sekadar makan sesama ramai2, seronok la kan..

**pst : nak tahu apa dia kata sblm ni? 

"Ummi nanti hari jadi kita Ummi buat kek ya"
Saya tanya dia..nak kek apa?

Dia jawab.."Kek karamel pun takpe..."*pelan je sore dia tu..errkkk!! Luluh jap hati ni..mcm tau2 je Ummi dia x reti deco kek..huhu

Tanya lagi."Nak bagi sape makan?

Katanya."ajakla kawan2 Ummi"..aduuhh..haha..sian..dia takde kawan2 sekeliling, sibbaek ramai sepupu yang dekat2.

Apapun doa & harapan setiap insan buat anak2nya tak pernah kurang kan? Alhamdulillah.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...