17 Disember, 2010

KEK COKLAT

Assalamualaikum...

Sekarang musim hujan ek..asyik mendung & renyai2 je, mata pun asyik kelabu asap nak tido jek..nak-nak lagi kalau lepas makan..huhu..lagi berat mata..korang camtu gak ke? hehe..kalau ye, ada geng le ni...sejuk2 ni kalaula ada benda2 mkn yang panas2 kan sedap...macam puff buat sendiri kan best, asyik tgk kak nor secubit garam tu & kwn2 lain dok mengepuff je..nanti nak try cari pastry tu & mengepuff le gak..tungguuu...


kek lagi..hari2 bikin kek ke? isshh..mana leh takde kek kat dapo ni, mau menggelabah tak tau nak apa kan..haaa...Ini kek yang Ana sempat buat petang semalam, harini baru ngap dengan jayanya bersama anak-anak..hihi...resepi Ana ambik kat blog Cik Noorma tu..Kek Coklat Telo Sbijik...haha..macam-macam..mmg senang nak buat & murah gak kosnya, telur mahal sekarang ni..


Resepi Ana copy kat sini, bolehla cuba time telur yang mahal tu berkurangan kan..resepi asal kek ni dikukus tapi Ana kurang gemarla kukus2 ni, jadi kita bakar guna water bath je..loyang atas air tu..moist jugak & anak2 dok cakap sedap2...heheh..suma sedap budak2 nih..

KEK COKLAT KUKUS (BAKAR GUNA KAEDAH WATER BATH)
Sumber: Kak Ummi Kuantan , cari linknya tak jumpa lak..
Sumber asal : buku masakan Chef Hanieliza. 
Time kasih pada Kak Ummi, Kak Liza & Noorma kerana sudi berkongsi resipi..

Bahan A:-
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair..dah cairkan tak cukup, Ana tambah minyak masak..hee
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek (KUKUS):-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking  dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil 
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.*Ana parutkan coklat putih atasnya

**BAKAR menggunakan kaedah water bath..
**panaskan oven, masukkan dulang besar berisi air..panaskan suhu 165/175'C sehingga air di dalam loyang tersebut mendidih...
**Masukkan adunan kek ke dalam loyang kek & letakkan di dalam oven, dalam loyang berisi air panas tadi..
**Bakar sehingga masak & hiaskan

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

16 Disember, 2010

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Salam semua : ada sedikit pembetulan, resepi ni sbnrnya menggunakan baking powder bukan soda bikarbonat..tetapi brownies yg Ana buat ni guna soda bikarbonat, ada kesilapan teknikal dalam menyalin resepi..apa2halpun tetap menjadi**..t.kasih kak Maz 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah cheese yang dibeli minggu lepas dah selamat di'kek' & di'brownies'kan...huhu..sedap, mengancam betul masa tgk gambar kat dapo Kak Maz...terus dok salin rsp & timbang2 dlm pale nak buat ke tak..nampak cam susah, tapi bila buat takdela susah sangat...cuma panjang sikit caranya..

Bila dah siap, brownies ni nampak cam kecut sikit, mungkin sebab terlebih lama bakar, jd Ana potong sikit tepinya bagi rata, potong lak masa panas2 lagi, tu yang sememeh je cheese tu kan..heee 

Terima kasih buat empunya resepi mebeles nih..anak Ana suka makan, terutamanya Adam & Damia, Ummi & ayahnya tidak terkecuali..eheks..kecuali Akmal tu, haih..susah bebeno nak makan kek selain kek coklat...rugi dia kan..


Ana kopipes kan resepi ni kat sini lak, ada sesiapa nak cuba bolehla..

Red Velvet Marble Cheese Brownies by Ilhamdapur.blogspot


Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci)
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik..Ana guna 2 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1/2-1 sudu kecil pewarna merah +/- (Ana guna 1 sdk)
  • 1/2-1 sudu kecil coklat emulco +/- (Ana guna 1 sdk)
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat..rsp asal baking powder
Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
 Cara:
  • Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
  • Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  • Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  • Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  • Satukan cuka dan soda bikarbonat, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  • Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara
  • Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus lemon dan telur. Putar biar sekata.
  • Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay 
  • Bakar selama 30-35 minit kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). 
  • Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 2-3 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). 
  • Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. 
  • Selamat Mencuba...

MASAK LEMAK KETAM

Assalamualaikum...

Petang kelmarin Ana buat masak lemak ketam, tak tahu nape, sejak akhir2 ni Cik Abe Ana ni suka sangat belikan seafood..ketam, udang, sotong, kerang..ikan pun seafood gak kan..hikhik..mengidam ke hape...tapi kalau ketam memang sukala, cuma time nak makan tu memang berchinta nak menggigitnya..sampai luka2 mulut kalau tak hati-hati kan...


Resepi sendiri, main campak2 je, yang pasti bahan2 halalan toyyiba...haha...daun kunyit tu Ana tanam sendiri tau, dalam pasu je, tapi isinya tah ada ke tak, tak pernah korek tengok..kihkih...ketam juga biasa Ana masak sup...memang sedap & family suka, kebetulan lak anak-anak kecik lagi, sesuai le ngan kuah2 tak pedas ni kan...

15 Disember, 2010

KEK MARBLE SUSU

Selamat Pagi

Assalamualaikum semua..harini nak tayang je benda yang dah habis dikerjakan ni..kek yang Ana buat untuk bawak balik kampung mggu lepas, untuk makan-makan je, Alhamdulillah menjadi elok & sedap lak tu, 


Ini kali ke 2 Ana buat sebenarnya, sebelum ni pernah buat untuk kakak masa kenduri bertunang anaknya tapi tak sempat snap gambar, tapi semua yang makan kek ni kata sedap, lembut & cukup2 je manisnya tu.

Resepi ni Ana copy dari blog Izah..terima kasih penyumbang resepi Chef Norzailina Nordin & pen'copy' resepi ni..heee ..dah ramai yang mencuba kek ni.

KEK MARBLE SUSU

Bahan-Bahannya :-)
  • 250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
  • 230 g gula halus
  • 2 camca teh ovallate
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung halus*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.

14 Disember, 2010

CUTI-CUTI@P. PANGKOR

 Assalamualaikum
Selamat bersua kembali kawan2...beberapa hari ni Ana ada bercuti sambil2 balik kampung suami..hihi...takdela bercuti ke Athens ke..Africa Selatan ke..bahkan jauh sekali ke Uganda tu..dalam Malaysia je, tupun negeri kelahiran Cik Abe Ana sendiri..Perak Darul Ridzuan


Haaa...takmo taip panjang2 lebar, sebab tak tau nak taip apa, jadi Ana tunjukkan pic.kami bercuti konon2nyala...Kalau ikutkan Pulau Pangkor tu takle jauh mana pun dengan kampung Cik Abe Ana tu, tapi sepanjang hampir 9 tahun kawen ngan dia ni, baru pertama kali sampai Lumut & Pangkor ni...haha...kira jadi pelancong negeri sendiri le dia tu kan...


Anak-anak teruja nampak feri, pertama kali diaorang ni naik feri, biasa nampak dalam tv & buku je, kali ni dapat rasa naik lak, nasib baik tak mabuk laut..hihi...


Kami pergi sekali dgn kakak sekeluarga, jadi tambang feri & sewa van kami kongsi, mahal gak wei..maklumle, ramai...tambang feri pergi balik dah RM110.00, dewasa RM10.00/org, kanak-kanak RM5.00/orang pergi balik..tambang van lak lain..


Ini antara pemandangan kat Kota Belanda..

Kat sini ada Tembok Besar China...ada kat belakang tokong tu..replika jer...

anak buah Ana tengah usha ayahnya untuk mandi, tp tak bagi gak..hihi

yang laki & girl kecik tu anak Ana bersama sepupunya, Shidah

nun dihujung sana (buat2la nampak ek) ada daratan, pulau kot

Sekadar memandang ombak & deruan air pantai..nak bagi diaorang mandi manda tak boleh, air kuat sangat..

Sepanjang sehari perjalanan(kami balik hari), Alhamdulillah puas hati jugakla, dengan pemandu van yang ramah melayan, dia jadi macam pemandu pelancong plak, bila ada tempat menarik dia akan hentikan van & bagi kami peluang ambik gambar & ceritakan kisah2 tersembunyi serta sejarah kejadiannya..van lain takde pun buat camtu..baguih betui pakcik tu, tambah lak abang ipar tu peramah gak, memang ngam le...apa2pun terima kasih buat pakcik pemandu van tersebut..

Time nak balik tu yang lemah seluruh anggota badan, bukan sebab sayang nak tinggalkan pulau tu, tapi bila tengok "RIBU RIBAN LION...LION.." orang dok beratur nak naik feri..Ya Allah...paham2le ek..itulah sebahagian gambar2 & kisah kami, suatu perjalanan & pengalaman yang menarik dalam hidup ni..Wallahua'lam..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...