Khamis, 16 Disember 2010

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Salam semua : ada sedikit pembetulan, resepi ni sbnrnya menggunakan baking powder bukan soda bikarbonat..tetapi brownies yg Ana buat ni guna soda bikarbonat, ada kesilapan teknikal dalam menyalin resepi..apa2halpun tetap menjadi**..t.kasih kak Maz 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah cheese yang dibeli minggu lepas dah selamat di'kek' & di'brownies'kan...huhu..sedap, mengancam betul masa tgk gambar kat dapo Kak Maz...terus dok salin rsp & timbang2 dlm pale nak buat ke tak..nampak cam susah, tapi bila buat takdela susah sangat...cuma panjang sikit caranya..

Bila dah siap, brownies ni nampak cam kecut sikit, mungkin sebab terlebih lama bakar, jd Ana potong sikit tepinya bagi rata, potong lak masa panas2 lagi, tu yang sememeh je cheese tu kan..heee 

Terima kasih buat empunya resepi mebeles nih..anak Ana suka makan, terutamanya Adam & Damia, Ummi & ayahnya tidak terkecuali..eheks..kecuali Akmal tu, haih..susah bebeno nak makan kek selain kek coklat...rugi dia kan..


Ana kopipes kan resepi ni kat sini lak, ada sesiapa nak cuba bolehla..

Red Velvet Marble Cheese Brownies by Ilhamdapur.blogspot


Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci)
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik..Ana guna 2 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1/2-1 sudu kecil pewarna merah +/- (Ana guna 1 sdk)
  • 1/2-1 sudu kecil coklat emulco +/- (Ana guna 1 sdk)
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat..rsp asal baking powder
Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
 Cara:
  • Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
  • Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  • Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  • Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  • Satukan cuka dan soda bikarbonat, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  • Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara
  • Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus lemon dan telur. Putar biar sekata.
  • Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay 
  • Bakar selama 30-35 minit kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). 
  • Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 2-3 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). 
  • Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. 
  • Selamat Mencuba...

5 ulasan:

nurul huda berkata...

sedap nye kak anna... huda dah lame nak buat red velvet taw tp takot x jadi.. huhu

Mas berkata...

rajinnya anna wat kek, anto subang sepinggan boleh.....dah tergoda tengok kek anna tu..he..he..

Nieza berkata...

Salam Anna, wah kek red velvet pula....rajin sungguhlah ana ni...tapi kalau ada ramai nk mkn tak kisah nk buat kan....teringin juga nk mencuba buat ni...tapi lum pandai nk melorek lagi..:)

zarin berkata...

adusss harus di buat jugak kek ni..meleleh leleh tengok cheese tu

Anna Qawina berkata...

nurul : jadiknya, buat dlu baru tau..hiii'

Mas : dah abes nak anto pinggan kosong je leh?

Nieza : saya pon tak reti lorek2 tu..hantam labu jek..kihkih...boh dlm plastik, potong hujungnya, buat garisan lintang, pastu nak pusing ke, tarik ke..janji ada..heheh

Zarin : ngencess...haha..tryla...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...