Rabu, 28 Disember 2011

Kek Karamel Strawberry & Nota Ringkas ANA

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang buat semua teman2 yang mengingati, ada ke? InsyaAllah ada kan..apa khabar yer..lama benar tak ngedet blog ni, bukan sibuk pun, malas je lebih..apa nak jadi tah..sebab musim hujan kot..kot2la kan..tapi macam tak ada kena mengena lak..hehe..

Harini terasa terpanggil nak letak n3 kek ni yang dah berzaman buat tuk makan2..sesekali layan tekak insan2 terpilih kat dalam rumah ni apa salahnya, asyik2 buat bagi orang..itu ler yg anak2 selalu kata..apa nak buat, dah orang order..hehe..maka terbuatlah untuk kitaorang makan. Maka dengan itu jugakla peti ais tak sempat nak membeku gamaknya, kejap2 buka peti ambik kek..selagi tak habis, dah habis baru senang hati nih, bukan apa, karang ada kek yg kita buat tuk orang pun terjejas sama dalam peti tu, terkehel ke, terkopek ke..mana tahu..haha..adeeii..anak2 yang semakin hari semakin banyak makan..buat apa pun layan..kita yang nak membuatnya agak kurang vitamin R..sudahnya makan sekut Cap Ping Pong jela nak ooii..sian lak kilang sekut tu kalau takde korang yg makan kan..kan..*canggih betol alasan*


Kek ni sebenarnya resepi yang biasa2 buat tu la, cuma masa buat ni Ana tambah 1 sdb Stoberi Paste yg pekat tuh, takde layer pon, main tuang je..baunya makaiii..masa bakar tu dah semerbak, bila disejukkan dlm peti ais rasa macam eskrim lak..anak2 suka jela, cuma incik big boss kurang gemar katanya yang ada perasa ni, nak yang asli gitu..Tulen ya bang?? ahaks....tak relaa..


Hari ni Ana bagi sedikit panduan buat yang nak mencuba & untuk dapatkan kek yang gebuuss, lebih besar kejadiaannya berbanding yang biasa..Nak tahu?? meh kita study sket..cara nilah yang Ana guna sejak buat kek kek ni untuk jual, Alhamdulillah rezeki yang Allah Ta'ala bagi ingin dikongsikan sedikit bersama. Semoga bermanfaat..

NOTA ANA

(I) 
  • Buat gula hangus macam biasa, kalau loyang agak besar mungkin boleh tambahkan sedikit gula pasir, macam loyang petak 9 inc, Ana cairkan 2 1/2 sdb gula.
  • Lenggang lenggokkan loyang bagi gula yang mencair tu berada serata di dasar loyang, kalau perlu, gunakan sudu untuk meratakan gula ketika ia masih mencair. *biasa Ana ratakan guna sudu je kat tempat2 yang 'tak sampai' gula tu. Ketepikan.

(II) 
  • Sediakan adunan karamel, tapis ke dalam gula hangus tadi, ketepikan.

(III)
  • Sediakan bahan2 macam biasa.
  • Pukul bahan MERINGUE (D)sampai kental & bertanduk, kalau terbalikkan pasti tak jatuh, kalau jatuh pasti rugi sebab kena buat lain..telur mahal kan..ketepikan.
  • Kemudian baru pukul adunan kek (C) yg disatukan sehingga berkrim dengan mixer yang sama tu lah..guna senduk pun blh..
  • Dah siap kemudian satukan ke dua-dua adunan yang dipukul tadi macam biasa, kaup balikkan dengan senduk bagi sebati.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian yang diingini, letak pewarna & paste@emulco@flavour kesukaan..kacau sebati.
  • Kalau letak paste @ flavour kena letak pewarna sikit bagi naik seri kek, kalau letak emulco senang, tak payah tambah apa dah kan.
  • Letak adunan kek tadi atas karamel yang dah siap, buat macam biasa.
  • Kalau nak dapatkan belang yang cantik, mula2 letak 5@6 sdb adunan, buat 2/3 kali, lepas tu letak 3@4 adunan, 2/3 kali jugak, kemudian 2 sdb adunan kek sampai habis, kalau ada yang terlebih tapi tak cukup nak melayer, letak je, jangan membazir.
  • CONTOH :
      **Lapisan 1
             - 5 sdb biru, 5 sdb kuning, 5 sdb merah
             - 5 sdb biru, 5 sdb kuning, 5 sdb merah
             - 5 sdb biru, 5 sdb kuning, 5 sdb merah
      **Lapisan 2
             - 3 sdb biru, 3 sdb kuning, 3 sdb merah
             - 3 sdb biru, 3 sdb kuning, 3 sdb merah
             - 3 sdb biru, 3 sdb kuning, 3 sdb merah
       **Lapisan 3
             - 2 sdb biru, 2 sdb kuning, 2 sdb merah
             - 2 sdb biru, 2 sdb kuning, 2 sdb merah
             - 2 sdb biru, 2 sdb kuning, 2 sdb merah
  • Dah siap bolehla bakar macam biasa guna kaedah water bath tu, saya cadangkan api 160-170'C sahaja, selama 1 jam 10 minit, api bawah sahaja dulu kemudian bila hampir masak iaitu 5@10 minit, sila buka api atas bawah. Tujuannya nak bagi permukaan atas kek tu kering, bila letak kat papan kek, kek yang dipotong tak melekat & mencacatkan pemandangan & agak rugi gak kan..
  • Dah masak kek tu biarkan selama 20 minit paling kurang baru terbalikkan.
**Jika karamel pecah, berkemungkinan kek tak cukup masa membakar, terlebih bakar pun boleh pecah@retak karamelnya, ataupun anda terbalikkan kek tu masa panas2 lagi..sebab tu saya syorkan 20 minit baru terbalikkan, dah agak sejuk kan.
**Suhu oven yang disyorkan disini bergantung kepada saiz & suhu oven masing2 ya.
**Kek yg dah siap perlu disimpan dalam peti ais, tetapi tekstur karamel akan kering sedikit bila lama2 dalam peti. Ia tak rosak, cuma air karamel tu je yg kering, rasa tetap sama InsyaAllah. 

**Ada tips2 lg sila bgtau yer..sama2 kita kongsikan..
SELAMAT MENCUBA..

Dilampirkan skali order2 dari pelanggan tetap Ana minggu lepas..

cotton cheesecake wif blueberry topping

kek karamel strawberry

kek karamel -plain
Untuk mkn2 bersama keluarga kat kg haritu..

1000x tq buat diaorang yang tak jemu menempah kek ni..nak tempah ke? Email ada kat tepi tuh..hehe

SALAM UKHWAH..Ana

Selasa, 20 Disember 2011

Asam Pedas Ikan Pari Rsp. Chef HanieLiza

Assalamualaikum w.b.t.

Bersua kembali..ye..ye..kembali..Alhamdulillah masih berkesempatan disini, apa khabar agaknya kawan2 yer, nampaknya ramai yang dah makin rajin update blog masing2, kita je yang terkedek2 lagi..ni kira nak panaskan enjin gak le ni, kot2 dapat yg suam2 pun jadila kan..hehe..


Menu asam pedas yang dah dekat 2 minggu buat ni membuatkan Ana tersenyum gembira, mana taknya, anak2 suka sangat masa buat asam pedas ni, tak sangka pulak, sebab budak2 ni kadang2 tu memilih je nak makan. Sedap kuah yang pekat sebab Ana blender sekali bunga kantan tu, memang selalunya begitulah kalau ada stok bunga kantan. Suami pun suka macam tu, yang lain2 tu potong2 jadi macam sayur pulak dalam kuah..mmm..sedap..macam2 versi asam pedas ni, kali ni cuba resepi simple dari Chef Hanieliza. Jom layan lauk yg live dari dalam periuk..haha..malas benar nak letak dalam pinggan masa buat ni, nak makan baru ceduk..heee


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI
Sumber : Chef Hanieliza
Edit : 21 Dec.2011 12.53am
 

bahan :
  • 500 gm ikan pari [bersihkan]
  • 10 biji bendir
  • 1 biji buah tomato [belah 4]
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 4 s/b minyak masak
  • garam 
  • 2 kuntum bunga kantan - dipotong serong *Ana tambah

bahan mesin :

  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 s/k kunyit serbuk
  • 3 cawan air 
  • 1 kuntum bungan kantan *Ana tambah

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

Sabtu, 10 Disember 2011

FRUITS TART & POLKADOT Sulungku..

Assalamualaikum

Bersiaran seketika sambil berkejaran dengan masa..harap anda semua sihat walafiat & sentiasa didalam lindungan Allah s.w.t. Kepada yang masih sudi menapak ke blog ni, jutaan terima kasih kepada anda, dan kepada yang singgah komen & follow tapi takde jejak, cemana nih? Aa tak reti nak godek2 cari backlink..harap tlg letak link anda yer..hehe...tak celik IT sangat kita ni..Nak hantar jawapan balas pun tak tahu kemana nak hantar..huhu..sediss kan? Kena g skolah balik tak sempat dah, kang tak sempat masak lak..hehe..

Harini sekadar menempek gambar yang dah lapuk..maknanya bukan sehari 2 ni buat tapi agak2nya dah dkt sebulan kot..heheh..jgn marah, tuan rumah bizi & kdg2 buat2 bizi je..Ini percubaan pertama, hasil yang kurang memuaskan hati & pandangan mata..jadi letak gambor jela, kena belajar bagi pandai dulu baru kita kongsikan yang terbaik yer..agak2 nak buat cari le resepi kat blog kawan2 tepi tu..ramai dah buat kan..

FRUITS TART..nape lain macam je ek? heee

Apam dot dot yang tak berapa nak ber'dot' kat apam tu..siap ada jerawat lagi..

Kena study dulu baru boleh ambik order..heee..SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..

Isnin, 5 Disember 2011

CHEESE TART

Assalamualaikum.

Salam Isnin yang indah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini & semoga terus menerus diberi kesihatan yang baik untuk hari2 mendatang..InsyaAllah.

Hari ni nak kongsikan sikit menu Cheese tart yang menjadi salah satu menu jualan Ana..Alhamdulillah..rezeki tak putus dari-Nya, sikit2 pun jadi la kan..Asalkan rezeki yang datang ni tidak membuatkan kita lalai dari terus mengingatiNya. Minta dihindarkan dari keadaan sebegitu InsyaAllah..


Crust untuk cheese tart ni Ana dah kongsikan sebelum ni, boleh tengok sini ya CRUST/PASTRY(klik) atau nak guna yang ni pun boleh CRUST KAK ITA. Mana2 yang berkenan ya. N3 ni dah lama terperap, gambar2 pun dah lapuk, nak publish hari Sabtu lps tp problem xleh upload gambar lak..maka harini baru ada rezeki keluarkan menu dari draf..hehe

Blueberry Filling

Untuk cheese tart jualan kami ni, ini resepinya, ikutkan dah ada sebelum ni, cuma tak lengkap kan..tapi takpela nak jugak letak, tengah rajin nak mengupdate ni..hehe..

Manggo Filling

RESEPI CHEESE TART
Sumber : Kak Maiza, Kak Azita Zain, Mas, HaSue dan ramai lg ..

CRUST

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.

    Strawbery Filling

    CREAM CHEESE FILLING

    Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
    • 250gm cream cheese
    • 50gm gula kastor / gula halus
    • 1 biji telur Saiz B
    • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

    Cara-cara :

    1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
    2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
    3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
    4. Tuang cream cheese ke atasnya. 
    5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
    Kiwi Filling

    TIPS KAK AZITA :
    1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
    2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
    3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
    4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
    5.  .nk dptkan cis yg licin, kena pukul sampai berkrim...jgn ada ketul2. Then bakar jgn lama2...nti warnanya x cantik.
    6. Pukul krimcis ngan gula kastor dulu sampai adunan tu berkrim...lps tu masukkan telur dan esen...pukul lagi sampai berkrim
    7. SOALAN : Biasa kalau akk bt cheese tart tu, costumer nk ambik tghri Jumaat misalnya kan, akk buat bila cheese dia? Mlm sblm tu@pg jumaat?
    8. JAWAPAN : Biasanya akak akan bakar pagi Jumaat. Jadi cream cheese tu akan sentiasa nampak cantik. Kalau nak buat malam sebelum tu, boleh jugak. Tapi jangan simpan dalam petiais...nanti cream cheesenya jadi kusam...tak cantik dan tak berkilat dah. 
    9. SOALAN : Pastu kan, lps dah bakar kali ke2 tu kn, crust dia akn jd lembut sikit ya? X garing mcm sblm bakar dgn cheese?
    10. JAWAPANLepas kita bakar dgn cream cheese tu, lama2 crust tu akan lembut sikit disebabkan oleh filling dan adunan cream cheese yang basah tu. Itu memang tak boleh nak buat apalah.. 
     *Copy mesej dengan Kak AZITA baru2 ni..untuk rujukan diri & teman2 yg memerlukan..t.kasih banyak2 Kak Ita..moga murah rezeki akak.. 

    Kalau berminat nak buat bolehla blajar buat kan, kalau malas ke takmo buat ke, meh order je..boleh hubungi email kat sebelah tu yer..hehe..

    Jumaat, 2 Disember 2011

    Kek Coklat Fendi & Coklat Ganache

    Assalamualaikum w.b.t

    Salam penuh berkat buat semua penghuni alam..Jumaat yang damai & harap diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya sentiasa. Bagaimana dengan perkhabaran teman2 tersayang? Harapan yang menggunung agar anda semua sentiasa dalam lindungan Allah Ta'ala selalu.

    Dalam kedinginan ini, dalam kegembiraan kita, ada jua terselit kisah duka seorang sahabat alam maya kita..Harapan Ana agar 'dia' tabah mengharunginya & cepat sihat macam selalu. 'Dia' yang dimaksudkan itu biarlah rahsia dulu, cuma sama2lah kita mendoakan beliau agar kembali pulih & boleh berblog macam biasa disamping gembira bersama suami & anak-anaknya yg tersayang.

    Hari ni Ana nak kongsikan sebiji kek yang dibuat minggu lepas rasanya, kek ni sebenarnya ditempah oleh jiran untuk majlis doa selamat sempena berkhatan anak lelakinya, dia minta sebiji kek yang boleh dimakan ramai, dalam erti kata lain kek yang agak besar dalam bajet yang agak rendah. Jadinya Ana cari resepi yang simple bahan2nya maka jumpa juga dari laman MyResipi. Kek Coklat popular dari Fendi. Dah ramai yg pernah mencuba kan..Izah, NoorSha, Kak Ummi, Cekgu Hana, Kak InaKl, sekadar beberapa nama, sila angkat tangan sape yg pernah cuba? nanti nak letak link..heee..


    Lepas doa selamat tu Ana pun sempat ke majlis tersebut & kek tu licin sebelum Ana selesai makan..ramai yang makan tu kata sedap & tanya tuan rumah pun begitulah katanya..Alhamdulillah, lega rasa hati, sebab Ana tak pernah buat utk mkn2 lagi kek resepi ni, itu yang risau akan maklumbalas tu kan..lepas ni kena buat utk mkn2 sendiri pulak. InsyaAllah. 

    Selain tu Ana nak kongsikan 1 resepi topping Ganache yang pertama kali dicuba & hasilnya sangat memuaskan, cantik licin & senang nak 'set' kat atas kek tu, lepas seketika dah boleh hias dengan coklat putih (hiasan yg simple..hehe), takdela nak menunggu lama topping tu keras, siap meleh lagi kan..jenuh nak ngelap, itu pengalaman sebelum nila, sebab kita guna resepi yang bahan2 dia simple je bukan yang guna whipp.cream tu. Saki baki lebihan letak kat kek disapu kat roti & biskut serta di makan begitu saja, sangatla sedap..heehe..Kira TERBAIK bagi diri ini setakat ini, Alhamdulillah. Jadi meh kita semak apa yang patut, sesiapa yang nak cuba dipersilakan & lihat hasilnya. Terima kasih ats perkongsian ini & buat semua yang berkunjung.

    RESEPI KEK COKLAT FENDI75

    Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

    • 2 biji telur
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 cawan gula pasir
    • 1 cawan gula perang*Ana tak cukup gula perang,jd guna gula castor semuanya (1 1/2 cawan)
    Bahan A
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat *Ana guna susu cair je
    • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe *Takde stok nescafe
    Bahan B
    • 2 sudu kecil sodium bicarbonate *Ana letak 1 1/2 sdk shj
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 cawan serbuk koko
    • 2 cawan tepung gandum
    ** Topping **-Ana Tak Buat-
    • 1/2 cawan koko van hauten
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1 sudu besar minyak masak

    Cara-cara

    1. Pukul telur hingga kembang
    2. Masukkan gula dan pukul lagi
    3. Kemudian masukkan minyak masak
    4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
    5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
    6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk *Ana buat topping guna resepi dibawah ya..


    TOPPING COKLAT GANACHE
    Sumber : Kak Liza & Mama Sya fp
    (UPDATE 20 DEC.2011)
    *Topping ini jika diletakkan dlm peti ais, perlulah dibiarkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum memotongnya, jika tidak, coklat tersebut akan pecah sebab agak keras, tetapi sesuai jika nak bawa berjalan jauh tanpa peti sejuk dalam kereta*

    Bahan-bahan : (Ana buat separuh je)

    *250 grm coklat masakan *Ana guna Coklat Compund brand Beryl's
    *30 gm cocoa butter *blh cari kat kedai bakery
    Cara :
    1. Masukan semua bahan dalam periuk kecil.
    2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut. (double boiler)
    3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
    4. Curahkan perlahan atas kek colak dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak. (suka hati nak buat mcmana la kan..)
    5. Hiaskan topping mengikut kredibiliti sendiri.


    *Untuk hiasan menggunakan coklat putih, sekadar mencairkan secara double boiler tanpa ditambah apa2 bahan lain ke dalam coklat tersebut, sedia digunakan. (Update) Untuk warna oren@lain2 warna yg kita suka, cuma titikkan pewarna dlm adunan coklat putih tu, seeloknya guna warna jenis oil base, yg pewarna lain pun takpe, boleh jugak..*


    SELAMAT MENCUBA

    Rabu, 30 November 2011

    Yang Dah Berlalu..Alhamdulillah..

    Bismillahirramanirrahim..Assalamualaikum..

    Sekadar panas enjin blog..nak panas api dapo belum sempat lagi kot..masih tak banyak masa untuk merayap ke blog kawan2 & mencuba bnyk rsp2 baru yang ditayangkan....walhal air liur dah hampir menitik2 dah ni..huhu

    Update tempahan2 yang tak seberapa sejak minggu lepas..adala sikit2 kan..Alhamdulillah rezeki..



    100pcs Blueberry Cheese tart, Kek Karamel, 2 biji Bingka Pandan & Mini Cotton Cheesecake (Order dari Riza) t.kasih ya.(Regular costumer ni)(23-11-2011)


    Kek Karamel & Kek Coklat Moist (Order dari Mar) (Alhamdulillah Mar suka sangat)(23-11-2011)


    Kek Karamel & 50pcs Blueberry Cheesetart (Order dari staff sama opis dgn suami Ana)..tqvm..(^_^) (26-11-2011)


    Kek Karamel (Order dari IDA)-rakan blogger ni, tinggal dekat2 kawasan rumah Ana ni. (25-11-2011)
    Terima kasih Ida, dapat mesej dari Ida : "Salam. Baru potong & makan kek Anna. Cedap cedap cedap cedap cedap cedap. Makan sejuk2 ngadap tv tak sedar dah makan byk..T.Kasih untuk kek cantik & cedap.."(heee..takde edit ayat dia ni tau..) 

    Alhamdulillah, bukan pujian yang kita mahukan, buat semua ni seikhlas hati untuk yang berhajat, bila hasilnya menepati selera & kehendak ini satu kepuasan bagi kita..Syukur sangat2..Terima kasih buat semua

    Khamis, 24 November 2011

    Pastry/Crust/Tart Shell

    Assalamualaikum w.b.t

    Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa, masih bernafas meneruskan kehidupan sebagai hambaNya dimuka bumi nan luas ini. Syukuri nikmat yang diberi, syukuri setiap hela nafas ini, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk hari2 seterusnya. Harapan juga buat anda agar sihat2 sentiasa..

    Rindunya nak BW macam biasa menjenguk keadaan sana sini..hehe..tapi keadaan yang tak mengizinkan. Terima kasih buat yg masih sudi datang & tanya khabar ya..harap anda semua terus berbahagia dan sentiasa ceria..

    Hari ni nak kongsikan resepi yang laaamaa terperap dalam draf ni, lama tu bermaksud memang lama benar, sejak belum pertama kali buat tart ni lagi, susahnya nak n3kan tak tahu nak karang, tak tahu mana nak cari link & kesibukan juga salah satu faktornya..ramai gak yang tanya resepi..takut gak ada yang kata Ana kedekut takmo bgtau ke kan..hehe..


    sebelum  ni pernah buat crust resepi Kak Azlita Aziz..sifu dalam membuat Cheese Tart ni, lepas tu Ana cuba pulak buat guna resepi yag sorang kakak cun melecun ni bagi kat Ana sejak beliau menceburi bidang menge'tart' ni..Akhirnya Ana kongsikan kat sini pulak, kalau2 ada yang nak mencuba ya..Crust utk cheesetart yang Ana jual sehari2 tu memang guna resepi ni. Pernah tgk Kak NAZ COSK buat crust guna respi Alex Goh..gunala mana2la yang kita suka kan..

    Tuan punya asal resepi tak tahu sape, berlegar2 kat FB Kongsi Resepi pd awalnya kemudian bila masing2 dah boleh buat, makin lama makin hilang 'nama asal' empunya resepi. Begitulah yg biasa terjadi bila masing2 ambil mudah bab2 ni. Kalau ada nama tuan, sekurang2nya dapat jugak kita berterima kasih kepada empunya yang berkongsi. Tak semua boleh kongsi apa yang dia ada kan, nak2 kalau orang tu terpaksa keluarkan duit pergi belajar kat mana2 kelas dengan chef ke kan..kita dapat secara menggoogle je, senang sungguh kan..

    Acuan untuk buat crurt ni mcm dlm gambar atas mesti ada tau..

    Apa-apa pun memang berbesar hati dapat resepi ni dari Kak Maiza & jutaan terima kasih buat yang empunya asal resepi, halalkan ye kita kongsi kat sini pulak, semoga 'tuan asal' dimurahkan rezekinya sentiasa. Kalau ada yang tersama resepi harap maaf le ya..mana tahu kot2 kan ada yg pernah try..Untuk cara2 tu Ana buat lebih kurang macam resepi Kak Ita jugak. Maceh Kak Ita yg tak kedekut ilmu..semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, Amin..


    Bahan-bahan :
    • 250g mentega Buttercup
    • 120g gula ising
    • 2 biji telur gred B
    • 480g tepung gandum (kalau lembik tambh tepung lg)

    Cara-cara :
    • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
    • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
    • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
    • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
    • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
    • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
    • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
    • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
    • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
    • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
    Edited :ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK (menjawab pertanyaan ESTEE_8980 dlm ruangan komen..tq). Pastikan acuan tidak basah.


    SELAMAT MENCUBA

    Sabtu, 19 November 2011

    Cotton Soft Japanese Cheesecake & Blueberry Topping

    Assalamualaikum w.b.t

    Salam sejahtera buat semua, harap sihat2 adanya ya..mana yang tak sihat tu pandai2le makan ubat ke rehat ke..nak tolong picit2 kang jauh lak..hehe..

    Semalam Ana buat kek ni, sekarang bekas pun dah takde, sapu habis..huhu..sedap sangat kek keju nih, lembut macam kapas..*pernah ke makan kapas?* Dah berzaman simpan resepi ni tapi takut nak mencuba, maklumla bukan sedikit cream cheese yang nak guna, gedabak seketul tu..Alhamdulillah menjadi elok, sebelum ni ada request dari adik Ana & kawan2 dia yang rasa..heee..tercapai gakla hajat diaorang kan, dah potong2 semalam bagi diaorang sikit masa adik Ana datang ambil tempahan cheese tart kawan dia tu..


    Dah lama jugak bertanya tentang kek ni, sejak dok berYM dgn Kak NorSG, puas ditunjuk ajar pun belum terbuka hati nak buat..apela nasib kan.. Pastu tanya2 lagi orang lain, ada yang jawab & ada jugak yang membisu, takpela..kena cuba sendiri baru tahu kan. Dah siap kelam kabut lak nak buat topping tu, taknak le curah filling je, nak bagi cair sikit, jadi serata alam maya mencari ilham, maka tercumpa di MYR..resepi dari AlongRoz..memang sangkut la..terima kasih buat semua yang melayan soalan kita ni..terima kasih juga buat empunya resepi, mintak izin kopipes kat sini ya..

    RESEPI COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
    Sumber : alma@myr
    Sumber Ilham : Along@homekreation, Noorsha, Fiza Nordin, Kak Hazila, Kak Ummi Dan ramai lagi kan.(sekadar beberapa link shj)

    Bahan-bahan : Loyang bulat 8 inci

    Bahan A:
    • 250g cream cheese
    • 50g butter
    • 100 ml susu segar (fresh milk)*Guna susu cair 70ml + air 30ml
    • 6 biji kuning telur
    • 1 sdb jus lemon *Guna dengan esen vanila
    • 1/4 sdk garam
    • 60g tepung kek / tepung superfine*guna tepung gandum, ayak 3 kali
    • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
    Bahan B:
    • 140g gula (granulated sugar)
    • 6 biji putih telur
    • 3/4 sdk jus lemon *gantikan dengan cream of tartar 1 sdt
    tengoklah kegebuannya tu..(^_^)

    Cara-cara:

    Step I : Utk adunan A:
    • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. 
    • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
    • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).  

    Step II : Utk adunan B:
    • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). 
    • Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).  

    Step III :
    • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.  
    • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking.  
    • Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.  
    • Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). 
     ---------------------------------------------------------------------------------
    • **Ana guna loyang bulat biasa, griskan dasar loyang dengan mentega & alas dengan kertas, manakala tepi loyang pula digriskan dengan mentega & tabur halus tepung gandum, kemudian hentak2kan loyang sikit bagi rata tepung tu. Alhamdulillah, senang je nak keluarkan kek ni. 
    • **Masa membakar pula bakar waterbath macam biasa, tak payah balut loyang tu dengan alum.foil (sebab loyang tu mana ada ruang nak masuk air macam loyang springfoam kan..heee)
    • **Dah masak, biarkan kek dalam loyang dalam oven & bukakan sedikit pintu oven lebih kurang hingga 1 jam (pastikan suis oven ditutup, kang terbakar hangus lak kek tu..) refer to nasilemaklover..tq sis (^_^)
    • **Sisip sedikit tepi kek (sebab Ana tak guna baking paper kat tepi loyang kan) kemudian terbalikkan atas rak & sejukkan sebelum dihias, sedap juga dimakan begitu sajee..
    sedap dgn topping tu, gelatin pemberian Kak Anymz..
     
    TOPPING BLUEBERRY
    Sumber : alongroz@myr

    • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel
    • 30ml Air
    • 150g Blueberry pie filling *yang ada buah ketul2 tuh
    Cara-cara :
    • campurkan gelatin/agar2 dgn air. 
    • Panaskan sebentar & campurkan blueberry. 
    • Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
    **Masa buat ni, blueberry pie filling tu tak banyak, jadi Ana campurkan sedikit filling biasa tu, nak prabihkan stok barang lusuh dalam esbok, dah habis..leh nyoping lain kat bakery kan..kan....heee 
    **Yang dah potong takde tayang sebab tak sempat nak snap..syok sangat makan kan..hehe

    SELAMAT MENCUBA..

    Khamis, 17 November 2011

    HATI LEMBU MASAK REMPAH

    Assalamualaikum w.b.t

    Terima kasih buat kawan2 yg sudi bertandang ke sini, tuan tanah masih sibuk menyiapkan tempahan cheese tart untuk Jumaat nanti, jadi kunjungan anda akan dibalas kemudian, itu pasti InsyaAllah..



    Jom tengok apa yang ada kat dapur Ana, bukan harini punya, tapi hari Isnin lepas..hehe..tapi dalam ni Ana campur sekali anggota dalaman lembu yang lain, tah hape nama tak tahu..kikikii


    RESEPI HATI LEMBU MASAK REMPAH

    Bahan-bahan ( 4-5 orang )

    • ½ kg hati ayam/lembu – dicuci dgn tepung gandum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam
    • ( * bahan kisar )
    • *1 biji bawang besar
    • *3 ulas bawang putih
    • *1 inci halia
    • * 1 sudu besar ketumbar
    • * ½ sudu besar jintan manis
    • 1 batang serai – diketuk
    • 2 pelepah daun kari
    • 1 sudu besar penuh rempah kari daging
    • 2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer
    • 1 sudu besar kerisik
    • Air secukupnya
    • Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
    • Minyak untuk menumis

    Cara-cara

    1. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
    2. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
    3. Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
    4. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!

    Selasa, 15 November 2011

    ASAM PEDAS Anymz KITCHEN

    Huhu..ada yang muak makan kek span ya..kita tukor lak menu, makan lauk jela, nasik lom masak nih..haha..moh layan jela lauk yang dah arwah ni, tah bila buat dah lupa mokcik ni....hehe..ada koreja mau bikin satgi..sape2 free tu takyah nak goyang kaki ye, meh tolong kita kat dapo meh...


    Maaf Kak Anim, ikan dah tinggal seketul baru snap gambo sebagai bahan bukti..(=^_^=)

    ASAM PEDAS ANYMZ KITCHEN (makasih Kak Anim & kwn2 yg promote)
    Sumber : Kak Anymz
    Sumber : Kak Diana@Skyblue, Kak Sheila (nnt nak cari link yg lain ya)

    bahan2
    • 1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
    • 1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar
    • 15 tangkai cili kering-di kisar
    • 1 labu bawang besar-di kisar
    • 3 ulas bawang putih-di kisar
    • 2 batang serai-di kisar
    • sedikit belacan-jika suka-di kisar
    • 3 batang daun kesum-ambil daunnya
    • 2 batang bunga kantan-di belah dua
    • 1 kiub pati ikan bilis
    • garam secukup rasa
    • 1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
    • 1 st serbuk kunyit
    • minyak untuk menumis
     cara

    • Panaskan minyak di dalam periuk
    • Tumis bahan2 kisar hingga naik bau
    • Setelah terbit minyak,masukkan serbuk kunyit,garam dan kiub ikan bilis
    • Masukkan air asam jawa
    • Masukkan juga ikan dan daun kesum
    • Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan
    • Jerang hingga terung masak
    • Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api
    • Sedia untuk di hidangkan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...