Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera buat semua, harap sihat2 adanya ya..mana yang tak sihat tu pandai2le makan ubat ke rehat ke..nak tolong picit2 kang jauh lak..hehe..
Semalam Ana buat kek ni, sekarang bekas pun dah takde, sapu habis..huhu..sedap sangat kek keju nih, lembut macam kapas..*pernah ke makan kapas?* Dah berzaman simpan resepi ni tapi takut nak mencuba, maklumla bukan sedikit cream cheese yang nak guna, gedabak seketul tu..Alhamdulillah menjadi elok, sebelum ni ada request dari adik Ana & kawan2 dia yang rasa..heee..tercapai gakla hajat diaorang kan, dah potong2 semalam bagi diaorang sikit masa adik Ana datang ambil tempahan cheese tart kawan dia tu..
Dah lama jugak bertanya tentang kek ni, sejak dok berYM dgn Kak NorSG, puas ditunjuk ajar pun belum terbuka hati nak buat..apela nasib kan.. Pastu tanya2 lagi orang lain, ada yang jawab & ada jugak yang membisu, takpela..kena cuba sendiri baru tahu kan. Dah siap kelam kabut lak nak buat topping tu, taknak le curah filling je, nak bagi cair sikit, jadi serata alam maya mencari ilham, maka tercumpa di MYR..resepi dari AlongRoz..memang sangkut la..terima kasih buat semua yang melayan soalan kita ni..terima kasih juga buat empunya resepi, mintak izin kopipes kat sini ya..
Sumber Ilham : Along@homekreation, Noorsha, Fiza Nordin, Kak Hazila, Kak Ummi Dan ramai lagi kan.(sekadar beberapa link shj)
Bahan-bahan : Loyang bulat 8 inci
- 250g cream cheese
- 50g butter
- 100 ml susu segar (fresh milk)*Guna susu cair 70ml + air 30ml
- 6 biji kuning telur
- 1 sdb jus lemon *Guna dengan esen vanila
- 1/4 sdk garam
- 60g tepung kek / tepung superfine*guna tepung gandum, ayak 3 kali
- 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
- 140g gula (granulated sugar)
- 6 biji putih telur
- 3/4 sdk jus lemon *gantikan dengan cream of tartar 1 sdt
Step I : Utk adunan A:
- Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
- Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
- Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Step II : Utk adunan B:
- Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
- Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Step III :
- Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.
- Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking.
- Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
- Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
---------------------------------------------------------------------------------
- **Ana guna loyang bulat biasa, griskan dasar loyang dengan mentega & alas dengan kertas, manakala tepi loyang pula digriskan dengan mentega & tabur halus tepung gandum, kemudian hentak2kan loyang sikit bagi rata tepung tu. Alhamdulillah, senang je nak keluarkan kek ni.
- **Masa membakar pula bakar waterbath macam biasa, tak payah balut loyang tu dengan alum.foil (sebab loyang tu mana ada ruang nak masuk air macam loyang springfoam kan..heee)
- **Dah masak, biarkan kek dalam loyang dalam oven & bukakan sedikit pintu oven lebih kurang hingga 1 jam (pastikan suis oven ditutup, kang terbakar hangus lak kek tu..) refer to nasilemaklover..tq sis (^_^)
- **Sisip sedikit tepi kek (sebab Ana tak guna baking paper kat tepi loyang kan) kemudian terbalikkan atas rak & sejukkan sebelum dihias, sedap juga dimakan begitu sajee..
sedap dgn topping tu, gelatin pemberian Kak Anymz.. |
TOPPING BLUEBERRY
Sumber : alongroz@myr
- 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel
- 30ml Air
- 150g Blueberry pie filling *yang ada buah ketul2 tuh
Cara-cara :
- campurkan gelatin/agar2 dgn air.
- Panaskan sebentar & campurkan blueberry.
- Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
**Yang dah potong takde tayang sebab tak sempat nak snap..syok sangat makan kan..hehe
SELAMAT MENCUBA..
16 ulasan:
sedapnya...topping dia yg tak tahan tue,nonie pernah buat yg pakai slice cheese tue.yang pakai cream cheese belum cuba lg
sedapnyer Ana... tingin plak nk buat...
weii..ko ni asyik menge'kek' jer..banyak plak telur tu...telur dah mahal la skang ni.. kat pasar borong, gred AA dah rm10.20. Kalo dulu baru rm9 lebih jer... kata tokeh kedai tu, pembekal telur kata, "kalo takmo telur takpe, tak kisah, sebab permintaan telur dari Thailand tgh hangat"
ermmmm....akibat banjir, telur naik !!!
uiskhhh, nk nangis tengok!
alah betul dgn cream cheese...mesti nak cuba...adeiiii dahlah sejuk2 ni makin berjemaah lah lemak2 tepu di bdnku ini....bau telur tak kek ni kak?
nyumnyumnuyummmm..sedapnye kak ana... saye nak yg bubuh ceklat ganache boleh? ape? da abih/ arghh...x kire x kire..watkan satu..hehehe..tuko ngan kek ceklat :P
as-salam anna
sedap malam2 mkn cheesecake dgn topping blueberry..nyaman jer...
Salam Anna. Wooo... lama nya dah Along tak makan ni.... boleh kecek cikit.... hehe
nak pengsann dulu tgk topping yg meleleh tuu..hahaaa..sedapnyaaa..
lama dah akk tak buat kek ni.. rasa fobia pun ada .. kerana ada peristwa kek ni mjadi bantat.. rasa serik pun ade.. tgok ana punya cantik gebu..
Amboi anna.. Meleleh-leleh topping dia tu..
amboi anna...sampai meleleh2 toppingnya...nak tolong jilat boleh? hahhaha
it seems yummylicious! hehe.
salam kak ana.. resepi ni memang dalam simpanan.. bila la nak buat.. ita tgk telur nya tu alamak takut nak pecahkan.. nak buat sikit la juga tak tahan tgk kek akak ni...
Assalamualaikum anna cayang..
wah tergoda sungguh akak tgk kek tu ngan topping nya tu anna... nampak sedap sgt tu.. geramnya tgk...
wah ana dah rajin mengecis ya..elok lah tu..makan cheese byk2 ana..simpan lemak lebih sikit..jeles akak tgk badan org selim melim nih..haha
Aslmkum Anna.
yummynya nengok cheese cake Anna dgn topping meleleh tu....
Catat Ulasan