22 Mei, 2016

BROWNIES KEDUTSS - One Bowl Brownies

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berehat & bercuti dihujung minggu, minggu peperiksaaan sekolah-sekolah kat Malaysia ni rata2nya la kan, selamat menjawab duhai anak-anak..Semoga semuanya sihat walafiat, dimurahkan rezeki & berbahagia selalu hendaknya..Hari ini mari kita godek-godek menu mudah ringkas & sewaktu dengannya..kalau rajin, kalau tak rajin boleh order je..hehe
Resepi Afzan ni dah banyak kali saya buat, sebab mudah aje bahan-bahannya, nak siapkan pun sekejap je, terima kasih ye Afzan utk perkongsian resepi Brownies ni, tapi cara saya ada sedikit kelainan dr segi bahan utama iaitu coklat. Saya guna 100% coklat compound bar, bukan coins/button, jadi beza sikiiittt jela , yang lain2 tetap sama..resepi saya letak 2-2 yang cara saya & cara tuan punya resepi pun ada kat bawah. Selamat Mencuba..

ONE BOWL BROWNIES
Sumber : Afzan Mohd.
Brownies kedut AnnaQawina

Bahan 1:
  • 100gram butter suhu bilik (buttercup or real butter@SAYA GUNA TATURA)
  • 100gram gula biasa
  • 90 gram gula perang
  •  2 biji telur
Bahan 2:
  • 120gram dark choc.compound bar Beryls(potong kecil2)
  • secubit nescafe (Saya guna setitik coffee flavour)

Bahan 3:(diayak dan digaul sebati dgn spatula) 
  • 100 gram tepung gandum
  • 40gram serbuk koko
  • 3gram garam (secubit je)
p/s: kalau boleh pastikan guna periuk yang berat/ berkualiti sikit, nnti panas dia lebih sekata.

 Cara-cara:
  • Campurkan butter, gula biasa dan gula perang(bahan 1) bersama dan panaskan di atas api perlahan sampai butter cair, kena selalu kacau jangan sampai gula 'caramalize' tau. Butter je cair ya, bukan gula mencair sepenuhnya. INGAT TU!! 
  • Bila sudah nampak mcam ada lapisan minyak,tutup api dapur. (Proses ini penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.)
  • Tukar pada whisk, dan kacau seketika sehingga suam sedikit, dalam 1 minit, kemudian, masukkan dua biji telur dan kacau sehingga telur sebati. Adunannya akan jadi sedikit likat.Bila angkat whisk tu, adunan tu mcm lekat2 bersalut kat whisk.
  • Kacau sehingga telur dan gula+butter tadi sebati tau, adunannya masih suam ketika ni.
  • Kemudian, ketika masih suam (penting ya buat ketika ia masih suam supaya coklat cair) masukkan (Bahan 2) 
  • Kacau sehingga coklat cair dan sebati. Adunan dia akan jadi likat- Coklat ni penting juga untuk dapatkan kedut yang licin dan berkilat. 
  • Tukar kepada spatula semula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama tadi.(bahan 3)
    Ketika masuk tepung ni, akan naik bau coklat tu, sb adunan masih suam2.
    Kacau secara kaup balik, sehingga licin. 
  • Strukturnya masih beketul2 sedikit sb gula tadi xcair sepenuhnya pun.
  • Lepas itu masukkan dalam loyang @ bekas, kalau guna 7x7inc.brownies akan jadi tebal sikit, saya guna saiz loyang 8 x 8inc. mana2 pun ok. Tapi jangan lupa tau letak baking paper/parchment paper lebihkan kiri dan kanan, supaya nanti senang nk keluarkan, 
  • bolehlah letak apa2, kalau nk letak kacang, toastkan dulu tanpa myk atas dapo kejap@ bakar sekejap dalam oven sampai agak2 kekuningan tu.
  • Bakar 160'C, 25 minit aje, jgn overbake nanti jadi biskut. 
  • Biarkan sejuk dalam tray, lepas sejuk, baru kluarkan.
(RESEPI ASAL)
ONE BOWL BROWNIES
Sumber : Afzan Mohd.
Bahan 1:
  • 100gram butter suhu bilik (buttercup or real butter@SAYA GUNA TATURA)
  • 100gram gula biasa
  • 90 gram gula perang
  •  2 biji telur
Bahan 2:
  • 40gram dark chocolate button jenama beryls(atau apa2 jenama favorite anda, saya guna beryls sebab paling sedap n murah
  • secubit nescafe 
Bahan 3:(diayak dan digaul sebati dgn spatula) 
  • 100 gram tepung gandum
  • 40gram serbuk koko
  • 3gram garam(saya guna garam bukit, kurang masin sket)
Bahan 4:
- 90 gram dark chocolate button jenama beryls

p/s: kalau boleh pastikan guna periuk yang berat/ berkualiti sikit, nnti panas dia lebih sekata.

 Cara-cara:
  • Campurkan butter, gula biasa dan gula perang(bahan 1) bersama dan panaskan di atas api perlahan sampai butter cair, kena selalu kacau jangan sampai gula 'caramalize' tau. Butter je cair ya, bukan gula mencair sepenuhnya. INGAT TU!! 
  • Bila sudah nampak mcam ada lapisan minyak,tutup api dapur. (Proses ini penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.)
  • Tukar pada whisk, dan kacau seketika sehingga suam sedikit, dalam 1 minit, kemudian, masukkan dua biji telur dan kacau sehingga telur sebati. Adunannya akan jadi sedikit likat.Bila angkat whisk tu, adunan tu mcm lekat2 bersalut kat whisk.
  • Kacau sehingga telur dan gula+butter tadi sebati tau, adunannya masih suam ketika ni.
  • Kemudian, ketika masih suam (penting ya buat ketika ia masih suam spy coklat cair) masukkan coklat button 40gram dan secubit nescafe(Bahan 2) 
  • Kacau sehingga coklat cair dan sebati. Adunan dia akan jadi likat- Coklat ni penting juga untuk dapatkan kedut yang licin dan berkilat. 
  • Tukar kepada spatula semula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama tadi.(bahan 3)
    Ketika masuk tepung ni, akan naik bau coklat tu, sb acuan masih suam2.
    Kacau secara kaup balik, sehingga licin. 
  • Strukturnya masih beketul2 sedikit sb gula tadi xcair sepenuhnya pun
  • Selepas siap masukkan tepung, tunggu sekejap dalam 5 minit, untuk kasi adunan tadi suam-suam kuku je, lepastu baru masukkan dark coklat button, 90 gram. 
  • Kacau secara kaup balik, sekali dua je tau.
    Kita tunggu dia sejuk dulu supaya coklat tu xcair, haa yangni lah yang membuatkan ada coklat cair kt tgh2 dia tu, yang buat org terliur tuh. 
  • Lepas itu masukkan dalam bekas, kalau guna 7x7 dia tebal sket, mana2 pun ok. Tapi jangan lupa tau letak baking paper/parchment paper lebihkan kiri dan kanan, spya nanti senang nk kluarkan, kalu nk buat mkn2 aje, saya xletak pun kat tepi tu, ini utk jual, saya letak macamni supaya senang nak bawa kluar. 
  • bolehlah letak apa2, kalau nk letak kacang, toastkan dulu tanpa myk atas dapo kejap
  • Bakar 160, 25min aje, jgn overbake nanti jadi biskut. 
  • Biarkan sejuk dalam tray, lpas sejuk, baru kluarkan.
notes Afzan : Ini jumlah gula yang terpaling sikit saya boleh kurangkan, lgi kurang dari ni, utk bekas 8x8, kedutnya akan hilang, sb gula ni memainkan peranan penting dlm kedut tu, satu lgi coklat,=)
Selamat Mencuba, tak faham boleh tanya ya..InsyaAllah ada ruang saya jawabkan.. 


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih utk resepi. Dah jadi dh mr.kedut i. Tq -along-

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...