15 April, 2011

ROTI KENTANG "Lemariresep"

Assalamualaikum w.b.t
Bertemu kembali..Alhamdulillah diberikan kesempatan & ruang untuk menutur bait bicara diruangan maya ni..Syukur juga kehadrat Ilahi kerana memberi Ana kesihatan yang agak baik pada hari ini..terima kasih buat yang bertanya khabar tu..
Kebelakangan ni, agak lemah sikit badan terutamanya bila cuaca panas..kalau cuaca mendung ok lak..biasa orang jemur kain pagi, kita jemur kain jam 4 petang..tu pun kalau cuaca elok..huh..sebelum waktu tu memang melepek je kerjanya..nak bangun pun tak larat..semalam rasanya dh ok sikit..Alhamdulillah..

Nak ajak sarapan ni..mehla bawak kopi O sendiri yer..tuan rumah sedia roti jek..hehe..sungguh lembut..sungguh gebu..sungguh sesungguhnya lengkap dengan segala yang sungguh tu haa..hihi..tanpa apa-apa bahan pelembut melainkan telur & yis saja..bolehlah cuba ya..terima kasih Izah kongsi resepi *moodnya mungkin tgh berbunga2 kot..takde lagi mood : PASRAH tu..* kikikiiii...gurau Zah pepagi nih..
 

ROTI KENTANG
Sumber : Lemarirese
Copy : Izah

Bahan:

  • 300 grm tepung roti
  • 100 grm tepung gandum
  • 100 grm kentang, kukus, haluskan
  • 15 grm susu tepung *tak letak
  • 2 butir telur
  • 75 grm gula pasir
  • 2 sdt yis segera
  • 77 grm margarine
  • 1 sdt garam
  • 100 ml air sejuk dari peti sejuk


Bahan olesan:
1 btr kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
*saya guna madu campur susu segar..sama ikut Izah


Cara membuat:

  • Campur tepung, gula, susu, kentang, yis, aduk rata, ketepikan.
  • Tambahkan telur dan air es sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
  • Tambahkan margarin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
  • Kempiskan, timbang 50 gr, diamkan 10 menit.
  • Pipihkan atau bentuk sesuai selera, aku taruh di cup muffin, diamkan 75 minit.
  • Oles bahan olesan, panggang 190 C selama 12 minit
Cara Ana ikut Izah :

*Saya guna Bread Maker dan campurkan bahan menuruti BM.
bakar pada suhu 180 C 20-25 minit.



Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla


  1. Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.


SELAMAT MENCUBA

5 ulasan:

Mas berkata...

aku pun bercadang nak buat roti kentang lemarirese ni....
wehhh..gebunyaaaa...
roti kentang tu la...he..he..

anymz berkata...

rajinnya mak buyung ni meroti ya..sama naik peyut dgn roti ni kan?..wakaka

ana..apa da punya soklan ko bagi akak nih..
simpan duyan tu kan lam tupperware atau pun bekas eskrim tu kan, pastu simpan dalam freezer maknanya kan,..simpan kat tempat sejuk beku tingkat atas sekali tuh..ataupun la ni kan ada peti sejuk baru yang tempat beku kat bawah sekali..
tahan bertahun.kalau ko tak keluar masuk keluar masuk bekas tu lah..wakakaka..tak paham?..meh dtg sini tuntut ilmu...

EmbunRosaliza berkata...

Akk lama dh dok berangan nk buat roti kentang ni ana, tp tak sampai seru lagi heheeh..tumpang mkn kat sini je lh,

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)

Suara Kalbu berkata...

Amboiiiiiiiiiiiiii dah terer meroti skrg ni Anna

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...