11 April, 2011

BINGKA ROTI MAS

Dah ada menu minum petang? Kalau belum boleh cuba buat bingka nih..sedap..bagi yang suka bingka roti ler..yang tak suka tu takyah nak paksa-paksa tekak nak telan kan..sebenarnya..bingka roti ni Ana buat hari Sabtu lepas, untuk dijamu kepada qariah surau tempat kami tinggal ni yang adakan gotong royong bersihkan surau & kawasan sekitarnya..suami tak dapat nak hadirkan diri,ada sesuatu yang menghalang..jadi hantar kuih je..hihi...apa-apa pun harap2 yang makan kuih ni suka la yer..selain bingka ni, Ana ada juga buat Puding Roti Marble..


Yang ada dalam gambar tak seberapa ni pun cuma sepotong 2 yang Ana tinggalkan kat rumah, nak rasa gak..hehe...Meh kita buat kuih yang mudah ni..
Sekali lagi copy kat sini ek Mas..haritu dah buat..ada kat SINI


BINGKA ROTI MAS
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila


Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..

2 ulasan:

Mas berkata...

anna..buat lagi anna...
senang kan buat bingka ni..aku pun selalu gak buat..he..he...

Unknown berkata...

amboi sedapnya bingka tu....lapar lak singgah sini...hehe bila lak tukar langsir umah ko ni ana?rajin tul ko yer..hehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...