Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu lagi di pagi yang damai ini..cuaca yang cerah semoga memudahkan urusan kita seharian yer..mana-mana yang berbakul-bakul nak bawak keluar ke ampaian tu silalah berbuat demikian..err..sape tuh? hihi..ni haa..tuan tanah sendiri le..berbakul nak disidai..nak dicuci..maklumle ank-anak sekolah dah 3..sehari dah 5 pasang baju sekolah..huhu..hujung minggu je bakul tak dapat nak menampung beban dah..hehe..saje tu tangguh..
Apa-apa pun harapan Ana semoga muslimin muslimat yang dikasihi Allah berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..Ana sendiri pun rasa semakin bertenaga, cuma kedudukan perut agak senak di bahagian atas, mungkin 'baby' tengah dok diam kat belah atas kot..bila makan pun kena menyandar sikit..mudah-mudahan diberi kesihatan & kemudahan berpanjangan oleh DIA Yang Maha Mengasihi..Amin..
Harini saja nak share menu kegemaran anak-anak Ana..Umminya juga time ayahnya takde kat rumah..hehe..senang kerja..masak sekali harung je kan..Nasi Goreng yang mewah dengan sosej & juga telur hancur..buat tak boleh nak pedas sebab anak kecil pun nak makan sama..kalau kita sendiri nak makan, pandai-pandaile penyek cili api yer..
Sedikit perkongsian kepada yang memerlukan idea ntuk anak-anak..samada untuk bekal anak ke sekolah atau untuk sarapan..Harap bermanfaat..
NASI GORENG BERSOSEJ ANA
Sumber : AnnaQawina
Bahan-bahan :
- 2 mangkuk nasi putih - yang dah sejuk
- 3 ulas bawang putih - diketuk/cincang
- 1 sudu besar cili giling - jika suka
- 1 biji telur
- 4 batang sosej - dipotong nipis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- garam & gula @ serbuk pati ayam - jika suka
- sayur-sayuran - jika suka..*Ana tak letak sbb anak tak suka
- sedikit minyak untuk menumis
- Kalau letak serbuk pati ayam dah tak perlu garam & gula lagi
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama cili giling.
- Masukkan sos tiram, kacau sebati, kemudian masukkan potongan sosej tadi. Gaul sebati.
- Masukkan pula telur, kacau cepat-cepat bagi telur hancur & sekata masaknya.
- Sementara itu gaulkan nasi bersama garam & gula @ serbuk pati ayam hingga sekata.
- Masukkan ke dalam gorengan tadi, gaul sebati agar semua bahan bersalut dengan nasi.
- Tambahkan kicap manis, gaul & bolehla ditambahkan sayur-sayuran (sawi/kubis) jika suka
- Kemudian boleh angkat..Hidangkan..
Lagi banyak sosej lagi anak-anak suka kan..
*Anak perempuan Ana, Damia (5 tahun) & Hannah (1 thn 7 bln) suka makan sayur2an terutamanya ulam tomato & timun, berbeza dengan abang2nya Adam & Akmal, hanya makan sayur lobak merah & kentang sahaja..Ragam budak-budak kan..
3 ulasan:
fuhh.. kak ana, sehari 5 pasang baju sekolah? patut laa berbakul2 nk kene basuh.. sian pulop.. kalu mengah tu tarik kerusi, duduk time jemur baju (suggestion blh pakai ke dok nih? huhu..)..
sedapnyer letak byk2 sosej, ni bukannyer bdk2 je suka nih, makcik budak pun suka jugak nih..
tun..awalnya tun bangun..nak kejar tenet ke? hihi...
yela 5 pasang..sklh pg & ptg..hihi..
ala akak kalo rasa lenguh2 baring jek..hahah..
mmg letak sosej semua suka..mak budak yg dah takbape rajin nak godek lain pun blasah jer..hekhek
sedapnyer nasi goreng,,,
Catat Ulasan