11 April, 2011

CHOCOLATE FILLING

Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua teman-teman..harapan Ana anda semua sihat walafiat & sentiasa didalam lindungan Allah hendaknya..Amin..
Semalam Ana ada buat chocolate filling, khas utk inti roti, pau & kuih apam yang berinti tu..resepi ni Ana dapat dari Pn. Azlina Alias, katanya kuih apam dot dot tu berintikan filling coklat buatannya sendiri..jadi dengan bermurah hati beliau kongsikan resepinya..semoga Pn. Azlina sentiasa dilipahi rezeki yang berkat & berpanjangan hendaknya..banyak pahalanya berkongsi ilmu ni..rasanya Pn. Azlina ni meniaga kuih..tak lokek ilmu..
Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri ikut resepi ni..mana tahu kena dengan selera & mampu menjimatkan kos, daripada beli yang dah siap kan. Kalau tanya Ana, sedang-sedang elok filling ni, senang nak letak dalam roti, 1 aduan ni dapat lebih kurang dalam 500 gram lebih..cuma bagi yang nak lebih manis, mungkin kena tambah sedikit gula, jika nak letak dalam roti yang tak manis..
Kalau tanya sedap ke tak, bagi Ana sedap le, BERBANDING YANG BELI SIAP?? TAK TAHU...SEBAB?? Ana tak pernah beli apa-apa inti yang dah siap kat kedai tu, kecuali roti berinti je..hehe..kalau sesiapa yang nak tahu keputusannya, kena cuba & buatle perbandingan sendiri yer..Bagi Ana setakat ni Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita berjaya menghasilkan makanan kita sendiri, tahu apa yang kita letak..berbanding yang dah siap kat kedai kan.. jimat pun jimat..
Kepada sesiapa yang nak mencubanya, disini Ana kongsikan pula resepinya untuk dipanjang-panjangkan..moga kita sama-sama beroleh manfaatnya..Terima kasih buat Pn Azlina.
CHOCOLATE FILLING
Sumber : PN AZLINA ALIAS@Kongsi resepi
Bahan-bahan :
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 125gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
  • 60gram mentega
  • 60gram serbuk koko
  • 40gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
  • Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
  • Tapis kedalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
  • Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
  • Kacau sampai pekat
  • Campurkan mentega dan esen
  • Kacau sebati dan tutup api..sejukkan
  
Sarapan pagi ni dengan Bun Berinti Coklat..
SELAMAT MENCUBA...^_^

6 ulasan:

izahdaut berkata...

aku nak buat gak ler.
senang nak buat roti.laki aku suke roti inti coklat.aku je yang malas nak buat sebab filing coklat tak de.
kalau letak rasa2 kacang sikit ni sedap gakkan.rasa durian pun sedap kot.ke letak rasa strawberi sikit..hahaa...balikkk

Mas berkata...

ni la rupanya roti tang dihebahkan tu semalam..he..he..
meh seketoi..he..he..

Anna Qawina berkata...

Izah : buatle..ank2 aku mkn mlm tadi sapu kat roti sandwich..sedap budak2 kata..
ko taknak letak tempoyak? hampeh...
hih..tp kan leh je try tambah rasa apa2 kan..kita yng nak mkn kan..

Mas : n3 roti jap lg kuar..aku nak uli donat jap..heheh..meh bekpes..ada lg belen setengah ketoi..hihi

K.Nor berkata...

ana, akak copy resipi ni ya.. simpan dulu time nak meroti esok2 insyaallah akak buat :)tq

Wanieyra berkata...

boleh juga try ni..nanti tak yahlah beli cooking coklat lg. jimat sikit

Unknown berkata...

AnnaQawina...saya pun dh try buat ni. Memang sedap melekat! Tq for sharing!
http://dcomey.blogspot.com

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...