Assalamualaikum
Bertemu kembali, harap sihat sejahtera & sentiasa dalam lindungan-Nya sentiasa..Salam Jumaat yang penuh berkat..Di pagi yang cerah & penghulu hari ini, mari kita sama-sama renungkan..
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :
"..dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatny daripada kesabaran.." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Pau resepi Ros@Jintanmanis ni Ana buat petang semalam, ingatkan boleh buat sarapan pagi ni, rupa-rupanya setelah ditolak bekal anak bujang berdua tu (4 biji sorang) yang tinggal hanyalah 2 biji, sebiji Cik Abe yang makan, sebiji lagi Ana kongsi dengan Hannah..hehebukannya sedikit dapat, maklumle 500 grm tepung, tapi petang semalam tak masak makan malam, Cik Abe ada jemputan doa selamat, bawa anak-anak bujang sekali, petang tu dah masak pau terus makan, entah berapa biji sorang yang ngap tak tahula..maka yang tinggal tak banyak mana, sibbaik sempat bergambar pau nan sebijik ni..hehe..
Kita kongsikan resepi Ros yng dah lama simpan ni, baru tergerak hati nak buat sebab ada buat inti coklat dah lebih seminggu dah. Terima kasih Ros.
Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
- 500 gram tepung pau ( low protein flour) *Ana guna tepung gandum*
- 3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
- 220ml air suam+1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu kecil baking powder
- 4 sudu besar water roux
- 2 1/2 sudu kecil yis
- 25 gram tepung gandum
- 125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
water roux |
- -masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
( Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )
Cara-caranya :
Cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam,
4. Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
14 ulasan:
assalamualaikum~~ morning kak anna!!!
Ooo. ada doa selamat rupanya, ingatkan akak order pizza delivery.. hehe..
alaaa.. nape wat sikit sgt pau tu.. wat aa sekilo, blh tun kecek2..
Salam kak anna!!!! huh! siap buat kira2 tuuuu ahahaha... abis tu kita ni tak dptlah kan kan??? akak buatkan lagi :D kita nak tau!
laaaaaaaaa..dah habis baru nak tayang camne ni ana?..hehe
Tun : waalaikumussalam..hehe..akak kalau somi ada jemputan gitu mmg tak masak..takpon mask ala kadar jela..hehe..huh..ni pon naik muscle dah lengan nih..hehe
Ika : mesti kira..rakyat ramai kan..heheh..malas doh nak buat...kuikui..
Kak Anim : ala..saje..kot2 akak nak tengok, tu yg tayang..hehe
ish.. gebunya pau. orang yang buat pau ni gebu tak haha..
gurau jumaat..
jadi apa jawapan ko rajin mengepau semalam mek?adakah kerana semalam adalah malam jumaat?
ibundo : hiii..tuan pau tgh gebu skrg ni...hihi
Izah : debik 14 kali nak? heheh
aku dah try pau ni..
memang gebu gebasss...
terbaik kan...
lamanya kak cek tak buat pau...tgk gambo dululah....
eh...tak pernah lagi buat pau guna water roux...mesti gebu gaban ni kan
cantik..putih gebu je pau dia...kita dah lama teringin nak tengok rupa water roux ni...kena masak sampai pekat rupanya..nasib baik tak buat lagi..hehheeh
Soft and yummy...
Salam Anna,
Dah senja baru akak singgah ni..... teringin sangat nak makan pau tu...uli lagi sekali kat akak leh
Assalamualaikum anna..
akak datang nie nak mintak pau yg gebu n nampak sedap nie...akak mmg suka makan pau.. lamanya dah akak x buat sndiri... sedap nya tu...
Catat Ulasan