Jumaat, 20 Mei 2011

CHOCOLATE FILLING II


Resepi Inti Coklat untuk dimakan bersama roti, pau & kuih muih...anak-anak Ana suka juga sapu inti ni kat biskut..Resepi asal dari tokey apam..hehe...Pn Azlina Alias, yang asalnya sesuai untuk inti apam polkadotnya..bila nak letak dalam roti & pau, kena ejas le sikit adunan, yang ni dah ok, sedang2 je untuk letak dalam roti pun senang..Ini kali ke 3 buat inti ni & sekarang dikongsikan kat sini untuk rujukan bersama..harap memberi manfaat buat yang suka menghasilkan makanan sendiri..sedaya upaya kita kan..kali ni buat separuh adunan je, sebab nak menghabiskan baki susu cair yang dah buka..ngam-ngam je separuh adunan resepi..hihi..hasilnya pun banyak juga....resepi asal ada kat SINI yer..ada jugak versi kak Nor Secubit Garam & Mas Duniaku..boleh tengok mana-mana yang berkenan..hasilnya tetap sedap InsyaAllah.

Bahan-bahan :
  • 250 ml susu sejat@susu cair
  • 180 ml air suam
  • 180 gm gula halus atau gula kastor
  • 60 gram mentega
  • 60 gram serbuk koko
  • 70 gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
  • Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
  • Tapis kedalam bekas berisi gula *Kali ni tak tapis & blend pun, just kacau bg sebati & tak berketul je..
  • Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
  • Kacau sampai pekat
  • Campurkan mentega dan esen vanila
  • Kacau sebati dan tutup api..sejukkan
  • Simpan dalam peti ais
 
SELAMAT MENCUBA

5 ulasan:

Kak Rosaliza berkata...

good idea ni ana..tq2

Cendana Kasih berkata...

aku nk buat gak ler.. ari tu punyer cair sangat..bila letak dalam roti, dia meleleh keluar time bako tu... tp letak dalam cheese tart mmg marbeles ler.... TQ makyung !!!

Chik Mimi berkata...

kita jugak yang tak terbuat2

tun_telani berkata...

kak ana ku cayang.. nnti dh letak dlm roti tapau kan 2-3 biji utk tun ye.. hihi

Anna Qawina berkata...

Kk Rosaliza : tryle...

Noorma : yg haritu mmg lembik..yg ni dah ejas dah,.,sedang elok..
Chik Mimi : buat jgn tak buat..heee

Tun : tgk roti kat n3 sblm tu...ambik le nak bape ketoi pun..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...