Khamis, 19 Mei 2011

NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH

Sesekali makan nasi selain nasi putih yang dimasak sendiri sedap jugak..biasa nasi macam ni makan di tempat kenduri atau restoran je..menu ni dah berlalu rasanya lebih seminggu dah kot, lupa nak tayang..hehe..percubaan pertama rasanya ok la..ada lebihan beras basmathi lagi, mungkin ada kerajinan boleh buat lagi..apa-apapun resepi ni dari Myr..

Terima kasih tuan punya resepi..izinkan dikongsikan kt sini pula..*choppy ada blog ke?*

 

NASI TOMATO

Sumber : choppy@myresipi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris  
## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

 

Lauk macam ni anak-anak Ana suka..sedap..bertambah nasi & ada lebihan lauk, diratah je..

 

AYAM MASAK MERAH

Sumber : choppy@myresipi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya *tak letak

Cara-cara 

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

6 ulasan:

Mas berkata...

anna, klu kat rumah aku masak gini..
berulang diaorang makan...he..he..

tun_telani berkata...

sedappnyerrrr~~~~~
lama dh x makan ni.. guna beras basmati mesti lg sedapkan..

anymz berkata...

sampai hati mekyung masak ni tak bagi tau akak..kalo tak boleh akak bawak pinggan kosong ke telapak anna..hehe

izahdaut berkata...

sedap nampak lauk ayam tu anna.. kelaparan aku nengoknya. haii bila la anak2 aku leh makan lauk gini.. sob sob

Anna Qawina berkata...

Mas : aku pun suka gak..hehe...tp taknak ngaku..huhu

Tun : ada kelainan beras tu, tp guna beras biasa leh je kot..kan..

K.Anim : mana leh riuh2..kang tak cukup..hihi

Izah : aku pun tgh lapar ni tp mls nak masak..haha..nape ank ko takleh mkn? sbb pedas ke? takyah buat pedas2..hehe

Nieza berkata...

assalam anna, sedapnya menu ni....terliur dah nengoknya lama dah tak msk gini....plan weekend ni nk buat utk jamu kwn-kwn nanti..rajin tul la anna ni terkejar dah nieza ngan menu anna dan kwnx2 lain ni..dah cuti lama ni kena cari mood baru ler pulak...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...