Khamis, 19 Mei 2011

YOGURT STEAM CUPCAKES II

Assalamualaikum w.b.t

Dah berapa hari blog tak terupdate...sibuk campur buat-buat sibuk jek..hihi..banyak kerja lak akhir-akhir ni, tambahan lagi anak-anak baru siap ujian pertengahan tahun, sekarang kena prepare untuk ujian sekolah KAFA pula..harap agar semuanya berjalan lancar InsyaAllah..


Dah sarapan? Harap anda semua bersarapan dengan gembira..sebagaimana 'gembira'nya kuih yang ditayangkan ni..hehe..kali ke 2 buat, kali ni juga buat separuh adunan, yogurt pun cukup2 je untuk separuh adunan tu..sarapan untuk pagi ni beserta bekal Adam & Akmal ke sekolah Kafa..jom tengok resepi yang Ana edit untuk separuh adunan, nak tengok resepi asal blh jenguk SINI & SINI...Kak Nor pun dah cuba & lagi cantik hasilnya..



YOGURT STEAMED  CUPCAKES
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahan : 
  • 3/4 cawan gula castor 
  • 1/2 sdt ovallete
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 1 biji telur
  • 1/4 sdt double action baking powder
  • pewarna hijau, merah, ungu & coklat
  • cawan kertas secukupnya
 
Cara-cara :
  • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut & campurkan pewarna kesukaan, gaul sebati.
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan bewarna atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..

10 ulasan:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

Assalamualaikum....

mekarnya apam tu..mcm bunga bunga di taman plak

Kak Rosaliza berkata...

assalam ana, cantik n mekarnya apam yogurt tu, suka akk tgk kalerful gitu, amik ek 2 nk rasa heheeh

Mas berkata...

anna..aku bertangguh2 jerk nak buat apam ni..
bahan2 dah ada...kikiki...
cantik la apam kau senyummm

Wanieyra berkata...

Dah ramai org buat apam ni...ira ingat nak buat gak le

Nur Ede berkata...

Assalam Anna..
Suke tengok anna buat apam yogurt mekar dan cantik... akak dah 2 kali buat.. tapi x mekar mana pon... akak dah ikut resepi tu... tapi x tau ler silap kat mane... frust juga rasa nyer... sebab tengok blogger lain buat menjadi... tapi akak akan cuba lagi sebab walaupon x mekar rasa nyer tetap sedapp...

izahdaut berkata...

cantik sangt sangat aku dah lama dah tergoda neh. tapi sebabkan ada bahan tak cukup je ku terpaksa juaaaaaa melihat saja apam yogurt mekar mu ini

CT Delima berkata...

As'salam Anna


tersenyum ceria tampa dipaksa2 apam tu. mekar bukan main..sedap ni kalau dapat makan bila kuar dari loyang...masih panasssss :D

K.Nor berkata...

mekar tuh... :)

tun_telani berkata...

waaaa....chantek nyer apam kak anna~~~
dh laa kembang mekar semuanya.

chikadakbiru berkata...

huiyoo..besh...mekar dn sengeh memanjang apam tuh yer..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...