28 April, 2011

YOGURT STEAMED CUPCAKES

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ini masih dapat meghirup udara di bumi nan indah..apa khabar semua yang bertandang? Harap sihat walafiat hendaknya..sedikit renungan untuk kita hayati bersama pada hari ini :

"..Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -H.R. Ahmad-..renung-renungkan & selamat beramal..^_^

JOM SARAPAN...


Dah sarapan? Kami harini sarapan kuih baulu kukus lebih kurangnya..apam pun ya..dengan nama asalnya 'cupcakes'.. edisi menghabiskan stok yogurt tu, nak buatnya sesenang menulis A B C...mix sebati semua sekali bahan-bahan tu & kukus..Ana jumpa resepi ni kat blog Rima yang femes dengan macam-macam masakan tu..masa buat ni rasa takut jugak sebab tengok yang Rima buat nampak mekar cantik, kang kita buat tak mekar, kecewa lak nanti..hehe..tawakal jela malam tadi sambil kukus kuih ni..kukusan pertama kuih tak mekar sangat walaupun lembut, nampak nak mekar je, mungkin masa tu air kukusan belum betul2 panas menggelegak kan..bila siap kukusan ke dua...& buka penutup kukusan..Ya Allah...terlopong sekejap diriku ini, maklum le tak pernah tengok apam yang dibikin sendiri mekar semekar-mekarnya..huhu..jakun pun adoo..tersengih2 tunjuk kat suami & bagi dia rasa..hmmm..lembut sesangat..

Tapi masa tu ada gak kejadian yang tak diingini berlaku..air kukusan kering kontang..terbau hangit je..cepat2 tutup api dapur..biar sejuk sikit & tambah air & kukus lagi selebihnya..Alhamdulillah hasilnya begitu menggembirakan..lembut & putih bersih warna bahagian yang bawah tu..

Kat sini nak kongsikan resepinya yang Ana dah olah2 sikit, hihi...mandai2 je..lagipun senang nak buat rujukan, adunannya hanya buat separuh dari adunan resepi tu, dapat lebih kurang  7 biji cup saiz sederhana & 20 biji cup kecil..kuantiti gula pun dah dikurangkan lbh krg 3 sdb, tapi bila makan tadi rasa agak terlebih manis , lain kali kalau nak buat kena kurangkan lagi gula tu..bagi yang tak suka manis-manis la kan..


YOGURT STEAMED  CUPCAKES
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
  • 2 cawan gula castor ..kurangkan..
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko
  • 1 sdt pes coklat

Cara-cara :
  • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**

SELAMAT MENCUBA

14 ulasan:

izahdaut berkata...

wooo memang mekar gile cc neh.. tahniah tahniah...haha.. aku memang kantoi kalau kena putor2 telur neh.tah napa tah

Anna Qawina berkata...

a'ah..mmg mekar tapi lom gila lagik..hahah...
nape lak nak kantoi..kau boh suma dalam mixer, dok sembang2 ngan somi..biar mixer tuh wat kijer..aku guna speed 3 je..biar dia gebu gitu..dah le...ko cuber...hiii

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

amboiiii.... tersenyum rianggg nampaknya cupcake kukus tu.... mesti gebusss giler ni kan? geram pulak tengok... bila ana dah bukak2 mcm tu.. hehehe...

re: akak rasa perut import kot.. sbb akak beli kat kedai aje bukan kat pasar...(mana sempat gi pasar hari kerja.. hehe) yg frozen punya.. tapi sedap aje.. perut pun putih bersih jer.. lembut pun lembut.. kejap je dah empuk.. best ke wat sup? akak lom pernah try lagi.. selalu perut akak suka rebus cicah air asam selain buat masak lemak atau kerabu..

Anna Qawina berkata...

kak madiha : hihi..ceria kan kuih saya..hihi

emm..sedap tau sup perut, tp lg sedap kalo dpt perut cicah i asam..huhu..

Ummi berkata...

anna memang cantik lah mekar dia ..terasa nak cuba tapi malasnya nak gi kedai cari bahan..

Ummi berkata...

anna memang cantik mekar dia ..teringin pulak nak cuba buat

Nazrah berkata...

cantik kejadian apam tu..senyum sokmo

Unknown berkata...

Assalammualaikum wbt....apa khabar anta di sana? ana dtng mau mkn apam la....sgt cantikla itu apam...pandai betul anta buat ya...sukax3..hehe nk masuk list dulu nanti tunggu angin rajin boleh buat yer..:)

Mas berkata...

amboiii....mekarnya kembang.....
agak2 tak boleh tak pos sini sikit....
nampak gebu wehhh..

tun_telani berkata...

wahh.. mekar betol! tun x penah wat apam mekar camni. dulu pernah sekali wat apam mekar, x jd.. pastu terus x wat.. huhu.. (senang betol patah semangat.. kui kui..) nnti buka api besar2 biar gelegak betul2 baru kukus.

CT Delima berkata...

Assalamulaikum Anna

Mekar menawan dengan senyuman yang manis apam ni.. hihihi. Ibarat kita memberi senyuman pada sesiapa saje sebagai sedekah. begitu juga apam ni mekar setaman agar pembuat kuih ni gembira kerana usaha telah berjaya... hehehe. melalut lah pulak.. hehehe

terima kasih sudi ke Dapur CT yang tak seberapa nya itu. Kak ct follow anna :D

Wattie berkata...

wahhhh mekarnya apam Anna.....nak sikit

Anna Qawina berkata...

Ummi : dah buat ke? TAK NYESAL BUAT TAU..SEDAP..

kAK nAZ : SENYUM SOKMO CAM TUAN DIA LA..HEHE

Nieza : hihi...ko g mintakngan kak nor tu..kot2 ada lg belen dia simpan..huhu

Anna Qawina berkata...

Mas : ko dah buat blm? buat tau..sedap

Tun : prektis lg..InsyaAllah jadik...

kak Ct : hihi..ye kak..senyum sedekah tu..t.kasih singgah sini...

Wattie : huhu...abes sudah..nak kena buat sdri yer...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...