25 April, 2011

TUMIS SARDIN GORENG BERKENTANG..anak-anak sukerrr!!

Anak-anak saya suka menu ni, anak anda bagaimana? Anda pula bagaimana? Suka makan atau suka buat sebab senang kan? Hihi..ni menu kelmarin , suka-suka nak letak sini..kot-kot ada yang nak tahu macamana nak masak sardin segera yang simple kan..maklumle, nak bagi anak-anak makan, kenala masak betul-betul & tambahan sesuatu yang berkhasiat tu..lain le kalau bujang-buang dulu, tebuk tin sardin ceduk masuk pinggan..selalunya Ana dulu kerap mendaki gunung, time tu Tingkatan 6, maka kerap gakle makan sardin kat atas gunung, tebuk dari tin je..kadang2 je panaskan atas unggun api..hehe..yelah dalam hutan, mana nak cari sos tiram & tomato penambah perasa..


Kalau buat masak macam ni, anak-anak akan makan nasi menambah-nambah..suka sangatle selain dari sambal tumis ikan bilis..tapi jangan le selalu sangat..seminggu sekali ok la kot..sebulan baru 4 kali kan..kihkih..ada sedikit beza kot cara masaknya..sebab Ana goreng dulu ikan sardin tu, nanti isinya akan jadi lebih sedap berbanding tak digoreng..itu saranan dari kakak Ana..

TUMIS SARDIN  GORENG BERKENTANG
Sumber : Annaqawina

Bahan-bahan :
  • 1 tin sardin..asingkan kuah dengan ikan sbb ikan tu akan digoreng sebentar *Ana guna cap AgroMas
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1 inc.halia - tumbuk halus
  • 2 biji kentang saiz sederhana - kupas & potong 6
  • 1 biji tomato - potong 6
  • 1 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • garam & gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng ikan..
  • Ambil ikan yang diasingkan dari kuahnya tadi, goreng di dalam minyak panas hingga sedikit garing..*hati2 akan percikannya ya..toskan minyak & ketepikan
  • Keluarkan minyak menggoreng tadi, tinggalkan hanya sedikit untuk menumis.
  • Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau & sedikit garing.
  • Masukkan cili giling, kacau sampai cili masak & bertukar warna gelap.
  • Masukkan semua sos bersama kuah sardin yng disimpan tadi. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  • Masukkan kentang & air secukupnya, gaul rata & biar hingga kentang empuk.
  • Tambahkan air jika perlu berkuah, masukkan ikan, tomato & bawang besar bersama.
  • Tambahkan garam & gula secukup rasa.
  • Angkat & hidangkan.
SONANG YANG AMAT KAN? ala..korang dah biasa buat tuww...hihi..

4 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

dulu akak kecik2, selalu mkn sardin psl takde sapa nak gi pasar, dulu pasar bkn senang mcm skrg... hehe.

Mas berkata...

saya suka tumis sardin goreng berkentang.....sambil angkat tangan...
sedappp tu..
tapi anna, aku buat sambal..he..he...
biasa la mek...tekak ni kan nak pedas,....he..he..

Wattie berkata...

Assalamualaikum Anna,
Akak pernah buat versi goreng dulu mcm Anna ni, tp mencabar sungguh minyak merecik recik, habis tangan kena minyak, fobia terus tak buat sampai la ni......wlupn begitu rasanya mmg sedap

tun_telani berkata...

wahh.. dasat gak kak anna ni ek? suka daki2 gunung.. tun gunung kinabalu tu sampai kt kaki bukit je. kui kui... blh dasat pun panjat air terjun gunung stong..
sedapnyer ikan sardin tu goreng dulu..tun suke!!! tp jarang wat sbb dia meletup2 dlm kuali tu. suka mkn je.. bestnyer kalau ada org tlg wat kan.. hihi

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...