Assalamualaikum
Kek Pisang MakLang
Petang nanti kami nak bercuti di kampung halaman suami, menjenguk bapa mertua & saudara mara terdekat, dah agak lama juga tak balik, kali ni buat kek pisang konon2nya untuk bawa balik kampung le, tapi bila dah siap bakar, teringin lak nak cuba rasa, dah potong sikit, nak lagi..anak2 Ana iaitu Damia & Hannah pun suka, lepas suami balik hidang jela buat minum petang, pagi ni dah habis..hehe..malam tadi buat kek pisang lain untuk buah tangan ke kampung..apa nak buat, dah sedap..Ana jumpa resepi mudah ni kat blog Kak CT..sedap tau..cubalah kalau ada pisang yer..
Ana letak nama MakLang kat nama kek pisang ni, sebab banyak sangat resepi kek pisang kan, senang nak buat rujukan..
Kek Pisang MakLang
Sumber : MakLang & Yatie Cooking
Copy : Dari Dapur CT
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung naik sendiri *Ana guna tpg gandum + 1sdt baking powder + secubit garam
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 3/4 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (saya ubah suai bubuh lebih sikit)
- 1/2 cawan minyak
- sedikit esen pisang..*takde, letak esen vanila je
- 50 grm coklat rice *Ikut kak CT
CARA MEMBUATNYA:
- Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat + garam
- Pukul telur & gula hingga kembang
- Kemudian masukkan pisang & esen
- Masukkan minyak
- Akhir sekali tepung bersama yang diayak tadi.
- Tambahkan coklat rice, *masa ni kacau guna senduk je.
- Bakar/kukus *Ana bakar 180'C 40 minit..(30 minit pertama guna api bawah, minit selebihnya buka api atas bawah)
- **sedap kek ni tau..
5 ulasan:
wehhhhh...gebunya kek pisang tu....boleh try nanti...
Moga selamat sampai ke kampung ya...siap bawa buah tangan lagi...
kak anna.. pagi2 ni tgk kek pisang..aduhh.. terliur nih.. xtau nk masak apa bekfes (nmpk ngat bgn lambat.. haha)
Assalamulaikum Anna
Terim kasih sudi mencuba resipi kek pisang ni. kak ct pun suka gak.. resipi dari mak lang bnyk yang senang dan mudah nak membuatnya. kadang2 kak ct buat dalam acuan muffin jer senang anak2 nak makan hehehe.
Mas : tryle...
Kak Naz : heh..biasala kak..takde menda nak bawak..kuih2 leh gak makan...
Tun : harus ko g tebang pokok pisang tuh..hihi
Kak CT : t.kasih kongsi rsp..akn buat lg InsyaAllah
Catat Ulasan