Selasa, 26 April 2011

PARI BAKAR BEREMPAH HARUM


Hari Ahad lepas takde nak pergi mana-mana, tambah pulak, anak-anak ada kelas fardhu ain, dok rumah jela..hari minggu dirumah, kenala masak spesel sikit..huhu..takdenya nak spesel mana pun, teringin nak makan ikan bakar je..suruh Cik Abe belikan bahan untuk buat menu simple ni..masa tumis bahan rempah tu kan, terasa macam nak makan nasi terus..hehe..punyala kuat penangan baunya..masa nak makan tu Ana perah asam limau, macam yang kak Nor cadangkan..rasanya hari apa ek Kak Yatie pun dah buat..terima kasih penyumbang resepi iaitu Kak Dayang & Kak Nor yang suka sangat menyebabkan air liur ini meleleh..

Hari yang sama jugak, Cik Abe belikan tempe, berbungkus dalam daun pisang..hehe..apa nak tunggu lagi, Ana ambil je daun pisang tu & basuh, buat bungkus ikan, sedang-sedang elok lak..baunya makin le semerbak..sesuai dengan namanya "harum" tu kan..



Sumber :DayangJack

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan pari/siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara :

  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  • Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian bakar ikan sehingga masak.

7 ulasan:

Ayu berkata...

ikan pari sedapnya...
ada rempah kari dalamnya tu ya....
mesti sedap dan sememangnya harummm..

izahdaut berkata...

woo sedap tu....cukup ke tuk anak2 ko tu..

Mas berkata...

anna,
aku suka pari bakar..
sedappnya...
dah abiss yerk...balik la...hu..hu..

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Nieza berkata...

ana,mai antar sepiring...terliur dh ni..kat sini tak ada jual ikan pari ler...adehhhh tunggu blk Malaya la nk mkn pun..huhu

K.Nor berkata...

air liur mak meleleh tak per, jgn air liur yg dalam pewut tu meleleh dah.. sedap kan ikan bakar ni :)

tun_telani berkata...

wah, bakar dlm daun pisang, kompom double harum dia tuu.. tun xpenah bakar lg ikan pari, biasa kukus ngan way asam pedas je. sedap ek?? nk wat jugak lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...