Rabu, 27 April 2011

YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP

Assalamualaikum & selamat pagi..
Bersua kembali..Alhamdulillah masih diberi rahmat oleh Allah untuk  bernafas di muka bumi nan indah ini..Syukur kepada-Mu Ya Allah..semoga hari ini & hari-hari mendatang terus dirahmati. Tanpa Rahmat-Nya siapalah kita..

Pagi ni Ana tak masak apa-apa pun untuk sarapan & bekal Adam & Akmal ke sekolah Kafa..badan tak larat sangat pagi tadi..cuma bancuh air susu & sapu choc.filling yang dah sedia tu kat atas biskut..kat sekolah nanti suruh diaorang beli kuih je, sekali sekala dapat duit untuk beli kuih kat sekolah, tersenyum leber le, siap rancang lagi nak beli apa..hihi..


Pagi semalam Ana buatkan muffin untuk bekal diaorang ke sekolah rendah, agak lama juga tak buat muffin, lembut muffin ni, sebab yogurt tu agaknya, cuma dapat sikit je, tu pun Ana dah letak adunan 1/2 cup muffin, naiknya tak menggunung sangatle..kalau letak 3/4 rasanya elok kejadiannya..maklumle, ini pun tak cukup..hehe..masa ambik gambar pun dah tinggal 3 ketul ni le, sambil snap gambar, dah ada dak kecik dok dongak nak ambik..hehe..
 

YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP
sumber: izahdaut

bahan:
  • 1 cawan tepung 
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
  • 1/3 cawan susu segar..Ana guna susu cair & tambah air sikit
  • 1/2 sk vanilla essence
  • 2 sb butter cair
  • *1/2 cawan coklat chip

caranya:
  • Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
  • Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Masukkan juga butter cair tadi. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
  • Gaul sekadar tepung bersatu(jgn terlebih gaul)dan sendukkan terus ke dalam muffin tin/mangkuk muffin.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

7 ulasan:

anymz berkata...

salam ana,akak baru teringat nak buat ni mlm tadi..tapi sejuk pulak semalam, baik memanjakan diri ateh katil tu kan?..hahaha..
ingat esok nak buatlah..hari ni tak boleh.akak tutup opis sbb nak ke KL..nak ke pesta buku..nak kirim?..

Anna Qawina berkata...

kak anim..banyakle ateh katil..huh..dengki tol...
nak kirim buku kak leh? buku resepi mapin & kek..leh aaa....malas nak sesak2 g sana..haha

tun_telani berkata...

wahh,, pagi2 tayang mapin.. tun jarang beli yogurt, kalau beli pun yg ada buah2 tu, sekejap je licin.. tu yg susah nk wat resepi nih.. nk mintak yg akak pun mmg sah2 dh habis tu.. hehe..
rajin nya sediakan bekal bdk2 gi sekolah..

izahdaut berkata...

anna..
napa atas tu cam ada layer ek.. ko tak bakar lagi bagi garing sikit kata atas tu?
satu lagi ko pasti kan yogurt tu kena suhu bilik dulu tau. kalau sejuk dari peti ais tak berapa menggebu jugak naiknya.

Anna Qawina berkata...

Tun : hehe..sama la..

Izah ; aku bako api bawah je..bila dah masak baru prasan atsnya tak perang..hoho..takpe..lembut je tuh..aku telan 2 ketul je...huhu

Siti berkata...

terbaek...

kha berkata...

sedap x rsenya puan anna?nk cuba ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...