16 Mei, 2011

MINI CHOC.MOIST CUPCAKES With CHOC.FROSTING..Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali di pagi Isnin, semoga hari ini & hari2 seterusnya memberi kecerian & Rahmat buat kita..InsyaAllah..

SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru kat dunia nih..Jasa guru mendidik seawal usia dari tidak tahu apa-apa kepada seorang manusia yang berilmu..betapa besar & berat tugas guru namun tetap mereka ikhlaskan diri berkhidmat untuk mendidik anak bangsa..teruskan usaha murni & ikhlas itu wahai guru..

Sempena jamuan kecil-kecilan kat Tadika Al-Humairah, tempat puteriku Nurdamia Zahra menuntut ilmu alam kecilnya, umminya merajinkan diri menggodek sesuatu untuk dibawa ke tadika pagi ni, masing-masing murid bawa serba sedikit juadah untuk dikongsi, tambahan lagi cikgunya juga dah sediakan juadah..kira tokok tambah bagi meriah suasana & meja hidangan jela..hehe..


Chocolate Moist Cakes resepi asal dari Puan Munira Baharom, kini di 'mini'kan dalam acuan kecil-kecil, lagi senang nak makan & cepat lagi habis berbanding kalau buat sebiji kek dalam loyang..sedap sangat kek ni, walau kali ke berapa dah buat, tak jemu makan, tambah lagi dah buat kecil-kecil ni makin sedap pulak..huhu..si kecil Hannah ni sejak malam tadi lagi dok makan, tak silap sebelum tidur dah 6 biji dia makan, lembut tak payah nak kunyah pun takper..tapi pastikan kemam dulu yer..kang tercekik lak telan terus..hehe..Kat sini dikongsikan resepi yang dah diedit untuk dijadikan saiz mini & diletakkan Choc.Frosting atasnya..simple deco aje..nak deco lebih2 faham-faham ajela ek..



MINI CHOC.MOIST CUPCAKES
Resepi asal dari KEK COKLAT MOIST MUNIRA..resepinya ada sini..

Bahan2 A :  (+/- 64 biji cup saiz no.2)
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 3/4 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 3/4 cwn susu pekat
  • 1 cwn minyak masak
*semua bhn A diatas gaul sebati & masak atas api perlahan. Tak payah sampai mendidih.
*rehat kejap bila bhn dah sebati.


bhn2 B:
  • 3/4 cwn tpg gandum
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
*semua bhn B diayak bersama..

bhn C:
  • 4 biji telur(blender jer)..kebetulan blend.rosak, jadi guna mixer jela..
Cara2nya:
  • Satukan bhn B dan C kedlm bhn A...
  • Tuang secara berselang seli dan gaul dgn senduk je...gaul smpai sebati & tak berketul.
  • Sediakan acuan lompang beralas cawan kertas & tuang adunan kek 3/4 penuh. Masukkan adunan ke dalam jug & tuang, lebih senang.
  • Kukus adunan tersebut di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Pastikan penutup kukusan dibalut kain bersih agar tiada air menitik atas kek.
  • Kemudian kukus dlm 10 - 15 minit (sehingga masak). Sejukkan baru dihias dengan choc.frosting @ apa-apa topping kesukaan.


Choc.Frosting 

Frosting:-
  • 142g chocolate (5 oz)-(Ayu used Valrhona Dark Chocolate)
  • 86g butter(3 oz)
  • 1/2 cup sour cream-(Ayu used 1/2 cup plain yogurt +11/2 tbsp melted butter) *ikut Kak Ayu
  • 1 tsp vanilla
  • 5-7 oz icing sugar (start with 5 oz and add accordingly) - (Ayu used 2 oz -21/2 oz- 60g -75g)-sorry just edited. *Ikut jugak..

Method:-

  • Melt butter and chocolate using a double boiler. 
  • Once smooth and melted, gently whisk in vanilla. 
  • Whisk in icing sugar, a little at a time. Add in sour cream and cream till its satiny smooth. 
  • Keep it aside for a while to thickens. Do give it a stir once in a while.
SELAMAT MENCUBA DENGAN JAYA..^_^

5 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kek coklat, akak suka tngok frostingnya tuh.. nyum2

Anna Qawina berkata...

kak Yus : anak-anak pun suka kak...biasa togel jer..haha

tun_telani berkata...

sedap! sedap!! kalau hannah b4 tido mkn 6 bj, rasa2nya tun blh telan 10 bj sekali hadap ni..

Anna Qawina berkata...

Tun : hamboi...telan tak hingat donia diet eh? hiii

kha berkata...

akhirnya..jadi cc ni..setelah bermati-matian fikir nk masak apa yek,anna..hihi sedap dh tu,nmpk moist je..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...