Assalamualaikum w.b.t
Bersua kembali di pagi Isnin, semoga hari ini & hari2 seterusnya memberi kecerian & Rahmat buat kita..InsyaAllah..
SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru kat dunia nih..Jasa guru mendidik seawal usia dari tidak tahu apa-apa kepada seorang manusia yang berilmu..betapa besar & berat tugas guru namun tetap mereka ikhlaskan diri berkhidmat untuk mendidik anak bangsa..teruskan usaha murni & ikhlas itu wahai guru..
Sempena jamuan kecil-kecilan kat Tadika Al-Humairah, tempat puteriku Nurdamia Zahra menuntut ilmu alam kecilnya, umminya merajinkan diri menggodek sesuatu untuk dibawa ke tadika pagi ni, masing-masing murid bawa serba sedikit juadah untuk dikongsi, tambahan lagi cikgunya juga dah sediakan juadah..kira tokok tambah bagi meriah suasana & meja hidangan jela..hehe..
Chocolate Moist Cakes resepi asal dari Puan Munira Baharom, kini di 'mini'kan dalam acuan kecil-kecil, lagi senang nak makan & cepat lagi habis berbanding kalau buat sebiji kek dalam loyang..sedap sangat kek ni, walau kali ke berapa dah buat, tak jemu makan, tambah lagi dah buat kecil-kecil ni makin sedap pulak..huhu..si kecil Hannah ni sejak malam tadi lagi dok makan, tak silap sebelum tidur dah 6 biji dia makan, lembut tak payah nak kunyah pun takper..tapi pastikan kemam dulu yer..kang tercekik lak telan terus..hehe..Kat sini dikongsikan resepi yang dah diedit untuk dijadikan saiz mini & diletakkan Choc.Frosting atasnya..simple deco aje..nak deco lebih2 faham-faham ajela ek..
MINI CHOC.MOIST CUPCAKES
Resepi asal dari KEK COKLAT MOIST MUNIRA..resepinya ada sini..
Bahan2 A : (+/- 64 biji cup saiz no.2)
- 1/2 cwn gula pasir
- 3/4 cwn serbuk koko
- 1 cwn susu cair
- 3/4 cwn susu pekat
- 1 cwn minyak masak
*rehat kejap bila bhn dah sebati.
bhn2 B:
- 3/4 cwn tpg gandum
- 1/2 sudu kecil soda bicarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
bhn C:
- 4 biji telur(blender jer)..kebetulan blend.rosak, jadi guna mixer jela..
Cara2nya:
- Satukan bhn B dan C kedlm bhn A...
- Tuang secara berselang seli dan gaul dgn senduk je...gaul smpai sebati & tak berketul.
- Sediakan acuan lompang beralas cawan kertas & tuang adunan kek 3/4 penuh. Masukkan adunan ke dalam jug & tuang, lebih senang.
- Kukus adunan tersebut di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Pastikan penutup kukusan dibalut kain bersih agar tiada air menitik atas kek.
- Kemudian kukus dlm 10 - 15 minit (sehingga masak). Sejukkan baru dihias dengan choc.frosting @ apa-apa topping kesukaan.
Choc.Frosting
Sumber : maya kitchenette.blogspot.com
Frosting:-
- 142g chocolate (5 oz)-(Ayu used Valrhona Dark Chocolate)
- 86g butter(3 oz)
- 1/2 cup sour cream-(Ayu used 1/2 cup plain yogurt +11/2 tbsp melted butter) *ikut Kak Ayu
- 1 tsp vanilla
- 5-7 oz icing sugar (start with 5 oz and add accordingly) - (Ayu used 2 oz -21/2 oz- 60g -75g)-sorry just edited. *Ikut jugak..
Method:-
- Melt butter and chocolate using a double boiler.
- Once smooth and melted, gently whisk in vanilla.
- Whisk in icing sugar, a little at a time. Add in sour cream and cream till its satiny smooth.
- Keep it aside for a while to thickens. Do give it a stir once in a while.
SELAMAT MENCUBA DENGAN JAYA..^_^
5 ulasan:
kek coklat, akak suka tngok frostingnya tuh.. nyum2
kak Yus : anak-anak pun suka kak...biasa togel jer..haha
sedap! sedap!! kalau hannah b4 tido mkn 6 bj, rasa2nya tun blh telan 10 bj sekali hadap ni..
Tun : hamboi...telan tak hingat donia diet eh? hiii
akhirnya..jadi cc ni..setelah bermati-matian fikir nk masak apa yek,anna..hihi sedap dh tu,nmpk moist je..
Catat Ulasan