Khamis, 19 Mei 2011

TEPUNG PELITA GANDUM

Assalamualaikum...

Berkesempatan lagi bersua disini..harap maaf jika kunjungan teman2 tak dibalas..InsyaAllah akan menziarah alam maya ke rumah teman-teman jika diizinkan nanti..InsyaAllah..Malam ni sempat jugak kongsikan menu desert untuk beberapa hari lalu, teringin nak makan & bahan-bahan yang digunakan pun simple je, kebetulan bahan-bahan tu je yang ada..hehe..bolehla nak lepas keinginan tu kan..

Resepi ni Ana ambil dari MamaJay@Mama kastam Tioman kat MYR..diharap perkongsian idea & resepi ringkas ni dapat dimanfaatkan buat semua yang berkenan..Terima kasih MamaJay..banyak resepi tepung pelita ni, Mas (Duniaku) & Noorma (Cendana Kasih) pun ada resepi sendiri..InsyaAllah akan dicuba bila ada cukup bahan nanti..

 

TEPUNG PELITA GANDUM

Sumber : mama kastam tioman@myresipi

Tepung Pelita Gandum by AnnaQawina

Bahan-bahan ( 30 biji )


  • 4 cawan santan ( 1 biji kelapa )
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang secukupnya *Ana guna bekas plastik je
  • Stapler ( utk membentuk takung )*tak guna pun
  • Sedikit pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya

Cara-cara


  1. Blend daun pandan dengan santan kemudian tapis.
  2. Blend tepung, garam dan santan sehingga sebati.
  3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu biar warna putih dan satu lagi warnakan hijau.
  4. Daun pisang di lap kemudian layur di atas api, supaya senang nak membentuk takungnya.*jika menggunakan daun pisang.
  5. Potong daun pisang berukuran 8cm x 12cm. Ambil 2 keping, maka bentukan empat segi, klip dengan stepler. Kalau sekeping, takung tu jadi lembik, susah nak letak dia dlm kukusan.
  6. Dah siap semua takung, susun di dalam kukusan. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
  7. Masukan 1/4 sudu kecil gula kedalam takung, tuang separuh takung adunan warna hijau. kukus selama 5 minit.
  8. Buka penutup kukusan, tuang adunan putih pula, kukus lagi selama 5 minit. Kukus tak bolih lama nanti bahagian kepala dia tak cantik..masuk dek wap..
  9. Dah pun masak.. 
  10. Ana letak gula untuk dasar lebih sikit lbh kurang 1 sdb, sedang2 elok manisnya sebab adunan kuih ni tak manis..

5 ulasan:

lina_pg berkata...

sedapnya tepung pelita..sy suka mkn kuih ni time bulan pose.Tapi selalu tunjuk2 jer ahaks

tun_telani berkata...

ehh.. xpenah lg wat guna tepung gandum.. rasa dia sama ke kak anna?

Naz berkata...

Amboi banyaknye buat.. Makan semua ker tu? Mari lah bagi akak 3-4 bekas hehehee..

ilahjy berkata...

kak buat guna tepung beras.. pastu campur sikit jer tpg gandum ... ni lagi senang..1 adunan bahagi dua..mudah mudah.....

Mas berkata...

anna, klu aku panggil kuih limas...
sedappnya..
lama dah aku tak buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...