Sabtu, 21 Mei 2011

LEMON YOGURT CAKE

Kek yang tengah glamer sejak akhir-akhir ni..macam-macam versi yang kawan2 dah buat, ada yang tukar kepada mangga (CMG), oren (Izah & Mas)..yang lain tak tahu le pasni tukar buah apa lak..kot2 boleh tukar kepada buah-buahan tempatan ok jugak kan..buah naga ke..eh..boleh ke perah jus naga tu? Sape berani cuba la..kot2 lepas ni macam-macam rasa boleh cuba kan..hehe..kita ikut jela..
Sedap kek ni, cantik  je tekstur kek, masam2 manis gitu..lembut & sebagainyala..nak buat pun kemain senang..cuma Ana bakar guna loyang agak kecil, jadi atasnya sedikit merekah..tak kisahle..janji boleh makan & sedap gitu kan..*kaver..kaver diri sendiri..*haha..Ana buat sebiji cam Kak Ummi buat..sebab ada lemon *memang suruh hubby beli lemon untuk buat kek ni pun..*..jadi kepada sesiapa yang belum sampai seru nak try tu..silakanlah buat & rasa sendiri..

LEMON YOGURT CAKE
Copy : Izahdaut

Bahannya
  • 1 1/2 cwn tepung serbaguna * guna tpg gandum
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
  • 1 cwn plain yogurt
  • 1 cwn gula *Ana letak 3/4 cwn gula
  • 3 biji telur A
  • 2 teaspoons parutan lemon
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/2 cwn minyak sayur *saya ganti mentega cair *sama


******************************************************
  • 1/3 cwn jus lemon diperah
  • 1/3 cwn gula

cara:

1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet. *Ana gris dgn mentega & tabur tepung..ketuk2 sikit loyang..
2. Ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
3. Dalam mangkuk yg lain satukan yogurt, 1 (3/4) cwn gula, telur, parutan lemon dan vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
4. Perlahan2 masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. Kacau sehingga bahan2 sebati.
5. Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 minyak ke dalam adunan tadi. Pastikan semuanya sebati. 
6. Bakar adunan selama 50 minit.
7. Sementara itu, masak 1/3 jus lemon bersama 1/3 cwn gula sehingga gula hancur. Ketepikan.
8. Apabila kek sudah masak, biarkan kek selama 10 minit dulu. Kemudian perlahan2 letakkan kek di atas baking rak. 
9. Sementara kek suam, tuang adunan lemon dan gula tadi ke atas kek dan biar ianya meresap ke dalam kek. Sejukkan dan kek sedia dihidang.


*maaf..kek ni dah banyak hari buat tapi baru nak tayang..hehehe

5 ulasan:

lina_pg berkata...

cam teringin nak wat gak la..nmpk sedap tu..

Mas berkata...

anna...nak sepotong..
aku suka kek ni....
sedapppp...

tun_telani berkata...

alaaa..... yogurt lagi..terliur nk mkn, tp mmg jarang ada stok yogurt. kalau beli tu nnti ada laa tukang tolong habiskn b4 sempat wat kuih.. hehe..

Ummi berkata...

teringin pulak umi nak buat kek ni nampak sedap sangat ..

Rosmuni Saudin berkata...

Saya dah cuba buat resepi ni....mmg sedap...sekejap aja....dah licin. Terima kasih ya sis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...