Ahad, 26 Jun 2011

Puding Roti Pandan Kukus CT Delima

Assalamualaikum

Pagi ahad yang sepi..sepi ke? Yela..ramai yang keluar kot, tambahan pulak sale raya dah mula ni kan..ada yang mula me'nyoping' baju raya..hehe..meriah betul kalau kat supermarket ni..dah jadi macam pasar malam kan..

Meh makan puding/bingka roti ni, Ana buat malam tadi, lepas masak dah hampir jam 12 tengahmalam, suam-suam dah ngap dengan rakyat jelata dalam rumah ni yang belum tidur..bakinya, harini sejuk-sejuk keluar dari peti ais..nyaman buukk..meh ambik ni..ada lagi..


Rsepi asal dari MIL Kak Ct Delima, Mama Hawa, HaSue pun dah buat, tapi Ana copy dari blog Wanieyra..cuma kali ni Ana tak blend daun pandan sebab takde, guna perisa pandan & pewarna hijau je..kaler pun tak terang sangat kan..tq untuk semua..share kat sini pulak ye..letak nama Kak Ct sikit kat belakang tu, senang nak ingat..hehe..jangan marah ye kak..


PUDING ROTI PANDAN KUKUS CT DELIMA
Resepi Original CT (from my MIL)

Copy : Wanieyra


Bahan-bahan:
  • 12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
  • 15 helai daun pandan *Tak letak
  • 1 biji kelapa parut *200ml santan kotak
  • 5 cawan air *jika guna santan kotak - 4 cawan air
  • 2 biji telur (dipukul ringan)
  • 1 cawan gula pasir *Ana letak 3/4 cwn + 2sdb je
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 20 gm kismis (untuk tabur-optional)
  • * sedikit pewarna hijau
  • * sedikit garam
  • *sedikit perasa pandan *Ana tambah


Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air. Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan. *kalau guna kelapa parut
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.


SELAMAT MENCUBA

12 ulasan:

Sue berkata...

salam kenal ana...
cheq sue dh follow awak...
mmmmm puding roti ni semangat sungguh nampaknya. sedap kan makan ramai2..

Amie berkata...

assalam,
kalau makan puding roti selain sedap, perut pun kenyang kan...

quinnie berkata...

bestnya tengok puding roti....saya ni tak rajin buat puding roti...selalu buat bingka roti...lain kali nak buat lah skit...orang lain dah selalu buat...hehehe

tun_telani berkata...

apaaa... sale stat arini?? camner blh x tau niii..
eh.. tgh2 malam wat puding.. bahaya nih.. pas makan tido ye kak? hehe

Anna Qawina berkata...

Sue : terima kasih singgah sini..haa..tryla..sedap mkn sejuk2..hehe

Amie : ha'ah..kenyang tapi takleh mkn bnyk2..hehe

quinnie : ni spesis bingka gak kot..hehe..saya biasa bt yg bakor tuh, kali ni nak try yg ni lak..ok je bdk2 mkn..

Tun : org cam akak takpe mkn lewat mlm..akak kan kurang lemak..muahahaha,,,,

Diana @ Melley Mey berkata...

dah sampai dapur anna dah yer puding nie... nampak sedap n tergoda lagi sekali tau... :)

Mamasya berkata...

Assalammualaikum Anna

nampak sedap puding roti Anna..lama betul tak buat puding roti...
cheesecake kat bawah tu nampak yummy....
re;Alhamdullilah sihat.tk wish besday.

ijayuji berkata...

Salam kak anna!!!! akak apa khabar?? bb dlm perut sihat tak? rajin betul akak perut berisi masak mcm2 kalau kita lah mmg malas tp asyik nak makan jerrr hihihi....

norlie berkata...

sedapnya.... sukeee sangat!

Naz berkata...

Anna..oooo..Anna.. Meroti ker memuding ni..hehehe... Makan bnyk2 yer Anna...

Rabiatun Adawyah berkata...

waaaaa...sedapnyer..mesti wangi jer bau pandan yer. Cantik plak tu..Masuk list..hehehe..

Lovely Kitchen berkata...

sedapnya puding roti pandan! pernah buat sekali puding roti tp x habis...now cam fobia nak buat lagi...agaknya mama buat x sedap tu yg kids x sukeee...kena try resepi lain pulak kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...