Jumaat, 1 Julai 2011

Ayam Goreng Ala-Ala KFC tuu..

Kes tergoda dengan entri Tun Telani pagi tadi, terus masuk dapur buat ayam goreng ni, bagi anak-anak makan tengahari beserta bekal ke sekolah harini, bakinya 3 ketul sempatla buat makan malam sebentar tadi..dah 3 ketul..berebutla pulak..hehe..sedap kunyah rapuh2 gitu kan Tun..tapi Tun buat ada mash potato lagi, Ana buat ayam jela, kentang yang tanam belum bercambah lagila Tun..haha..

Akak kongsikan kat sini eh Tun, kot2 nak buat lagi, senang nak buat rujukan. Terima kasih penyumbang resepi & penyumbang virus ni..hehe

AYAM GORENG ALA-KFC

Bahan Untuk Perap Ayam
  • 6-8 ketul ayam *Ana lebihkan
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa

    Bahan untuk tepung 
    • 1 cawan tepung jagung
    • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
    • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap tu)
    • Sedikit garam
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • Secubit baking powder
    • Secubit serbuk perasa
    • 1 bj telur

      Cara-cara :   
      • Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
      • Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
      • Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
      • Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
      • Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
      • Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan

      *pst : Anak Ana bagitau, kat kantin sekolahnya ada jual ayam macam ni, yang ketul besar harganya RM1.50/ketul..yg kecil RM1.00
      *Tadi diaorang bawa bekal ayam ni 3 ketul sorang..hmm..berbaloi kan..siap ada kawan minta lagi..hehe

      Ok..selamat mencuba..^_^

        6 ulasan:

        ijayuji berkata...

        Kak Anna!!! malam ni nak tido kat umah akak wakakaka..kacau daun jer dlm ati akak kan kan :D NAk ayam tu buatkan kita esok ya :D perap semalaman lg kaw kaw kawwwww :D jgn lupa sos cili sekali sos cili kepci kita adalah tggl lagi 2 sb gituuu kena catu sikit :D

        Anna Qawina berkata...

        Ika..masuk..masuk..takpe..malam jumaat dah lepas..kihkih....
        Hip..g goreng sdri..akakpon kurang ghajin nih..hehe

        tun_telani berkata...

        laaa.. pesal x cakap kentang x bercambah.. blh tun gali kentang blkg umah nii.. byk lagi ni. hehe... mmg sedap kunyah2 sbb rangup.. sampai x sedar diri aritu timbang naik lg sekilo.. (tidakkkkkkkkkkkkk!!!!!!)

        Cheq Sue berkata...

        cepat2 la virus tu menempak ke umah cheq sue pulak... selalu campuran tepung tu buleh di simpan kan anna...lenkali nak guna kita bancuh je... maklumlah...sekali buat bukan setengah ekor... seketui dua je..

        Nuridah berkata...

        Sedapnya ayam goreng ala KFC tu...dh berjangkit sana sini ya....

        cik cek berkata...

        Salam anna.

        pas ni nak makan ayam KFC...leh buat sendirikan...jimat belanja...:)

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...