02 Julai, 2011

Nasi Minyak Hujan Panas & Ayam Mayonis

Assalamualaikum..

Salam pagi yang ceria di hari Sabtu yang damai..Alhamdulillah, diberi peluang & ruang untuk bersiaran lagi, semoga hari anda juga ceria seperti selalu InsyaAllah

Projek semalam, buat nasi warna warni ni, masa salin resepi ni, Ana tulis nasi briyani, belek punya belek resepi semula, rupanya nasi minyak..haha..apa daa..boleh pulak silap nama menu..kalau kat restoran ni sah2 kena marah kan, order lain, dapat makanan lain..takpela, menu ni pun dah selamat dihadam dah pun, makan nasi macam tu je pun sedap, kami makan dengan lauk Ayam Mayonis lagi, suka sangat buat ayam mayonis ni, dah kali ke 4 kot buat menu ni, semalam nampak Kak Anymz pun dah cuba..

Ok, banyak kerja nak buat di hari Sabtu, kain baju nak ditarah, bagi rendah sikit pun dah cukup..hehe..nak di dobi pun banyak,sape2 free tu bolehla mai tolong...kita tengok resepi dari MYR ni..

NASI MINYAK HUJAN PANAS

 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )


  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam*Ana guna 3 sdk serbuk pati ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan tumis :
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi *takde stok, Ana gantikan dengan planta
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
Hiasan :
  • bawang goreng
  • kismis

 Cara-cara


  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENIKMATI HUJUNG MINGGU BERSAMA INSAN TERSAYANG...(",)

11 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

salam..amboi pepagi lagi dh menayang menu nasi ala2 kenduri gitu..ni yg wat lapo ni...meh la sepinggan lom bf lagik

Sheila Shafeareen berkata...

Salam Anna menarik lapo pulak pepagi ni negok ada nasi warna2..lama jugak x buat manu gini...x peee sebelum posa nnt nak buat jugak le..hehe :-D

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualikum ana..
sedaaaapnya... ada nasi hujan panas... makan ngan ayam mayo gitu lg... pasti berganda sedap nie kan... ayam mayo tu telah mengoda lg.. nak buat juga nnt.. tp malam nie x masak le plak.. kena nxt wk baru boleh cuba.. sedap2

Cheq Sue berkata...

malas nak masak la arini...tumpang makan buleh??? :)

ijayuji berkata...

Salam kak anna!!!!!! mode menyangap** wakakakaka.... haaaaaa..jgn pkir yg bukan2 mengantuk sbb abis gosok kul 2 pagi wakakaka...dptlah tenaga sikit sbb dah dpt bau ninja :D dtg sini nak tumpang makan, ada lagi tak tu???? jgn nyorokkan kita tahu ada lg dlm tudung saji tu kan kan.. nak kedekut jerrr tak baik tuk bb nanti bb pun lokek jugak hihihi....

ijayuji berkata...

eh? dtg ambik resepi lepat pisang sekali :D copy jer ya tenkiuuu!!! :D

tun_telani berkata...

hahaha.. ape laa kak anna nii... penat pk camner basi beryani blh kaler mcm nasi hujan panas ni.. lama dh x makan ni.. virus M makin menular, masak nasi putih je. hihi

Mas berkata...

anna...nak sepinggan nasi minyak kau tu..'
aku malass la masak ari ni..
baru jerk elok dari demam...

quinnie berkata...

anna..kat ipoh ni dah lama tak hujan...kalau dpt hujan panas cam nasi hujan panas ni pun jadikla..asai bleh basah tanah...hehehhe....kita dah lama tak makan nasi ni....huhuhu

Trying To Be Muslim.. berkata...

anna....nasi hujan panas dgn ayam mayonis yang menyelerakan nih....ayu dah terlambat ni ....mmmm sure dah yileeek!!:)

Ijan berkata...

Salam Anna,
terima kasih linkkan blogresipi. Nanti saya nk link blog ni juga ye. macihhh.. terliur tengok pau gebu kat bawah sinun. rasa nk buat jugak la kejap lagi boleh buat minum petang ni. :)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...