Isnin, 31 Januari 2011

INTI KELAPA

Dah 2 hari buat inti kelapa ni, buat siap-siap, senang nak guna letak dalam roti & kuih ketayap..tapi yang ni agak kurang gelap warnanya, lain kali kena letak gula melaka lebih sikit.

Saja letak kat sini sebab ada kawan nak tahu cara buat inti ni,(Ana pun tak tahu sblm ni..hehe) Izah..halalkan yea..

Inti Kelapa
Sumber: Izah
Bahan :
  • 1 biji kelapa parut
  • setengah ketul gula kabung..Ana guna gula melaka 1 keping
  • 3 sudu gula pasir
  • setengah cawan air
  • 2 helai daun pandan
Caranya:
  •  Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...