17 April, 2011

SUP TULANG KNSG

Assalamualaikum...

Meh kita hirup sup tulang yang panas-panas nih..sluuurrrrrpppppp!!!..hoho..tak sopan..mak budak sapo lak tuh eh? hihi...tapi memang sedap kan cuaca sejuk hirup kuah sup..hangatkan badan, tak payah nak tarik selimut dah..heeee..

Baru je kak Nor tayang kat blog beliau yang meletop dengan resepi2 yang mabeles tu kan..hari Jumaat suami belikan tulang lembu beserta dengan dagingnya la kan..takkan nak beli tulang lembu semata-mata lak..hehe, apalagi..sup le jawabnya..anak-anak suka hirup kuah tu lepas makan nasi..tapi kena ada sambal velacan@ sambal kicap untuk mak bapak budak kan..baru ada 'gu'..!! hehe..

Masa tayangan amal ni,menu ni dah xpired..haha..maklumle sepatutnya ditayangkan pada hari Sabtu tu tapi sibuk le ambe nih..tak nyempat nak update..baru harini berkesempatan..takpela kan, sekadar berkongsi gambar & resepi dari kak Nor..siap dengan tips lagi tu..eh..berkesan tips tu tau..tryle..

SUP TULANG KNSG..(Kak Nor Secubit Garam le...)
Sumber : K.Nor@Secubit Garam 

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk 
...................................................................................................
    bahan penumis :
    • 5 kuntum bunga cengkih, 
    • 3 biji buah pelaga, 
    • 1 btg kulit kayu manis 
    • 1 kuntum bunga lawang 
    ...................................................................................................
    • 3 biji ubi kentang
    • garam dan gula secukup rasa
    • 1 btg celery jika suka*tak letak
    • 1 kiub pati ayam
    • air
    • bawang goreng dan daun sup 
    • Tomato 7 ubi kentang & cendawan shitake..Ana tambah

    Cara-cara


    1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
    2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
    3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
    4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
    5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)betol tu kak..heee
    6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..*ambe makan dengan nasi putih jer..
    SELAMAT MENGHIRUP KUAH SUP!!

    13 ulasan:

    tun_telani berkata...

    kak anna!! nmpk sedap! kalau kt umah tun, biasa time raya korban br blh wat sup tulang ni. time tu mmg sorang 3-4 mangkuk laa duk ngadap sup, hirup saje. nasi pun x sentuh. tp tun suka mkn sup ayam je.. haha.. famili tun yg lain semua hantu sup tulang nih.

    Kak Rose berkata...

    nak jugak timpang sekaki... slirrrppp... sedapnya. ada lak sambal kicap tu. perghhhh!

    K.Nor berkata...

    jadi jugak dia buat tajuk tu ya.. hihihi... mekasih sudi try.. sampai ati betul tak hantar ke k.nor semangkuk sup.. ishhh.. ishh mek yung ni, hirup kuah sampai ke titisan terakhir! hihi

    Sofea berkata...

    mak aiii sedapnya tgk sup..kalau dpt hirup kan best time demam2 niii..Ana, x teringinnak hulur semamngkuk sup kat akak ke..? :)

    Anna Qawina berkata...

    Tun...tu ler..klau dah ada sup mmg nasik sikit je nampak./kuah nya yg banjir..hehe

    Kak Rose : ye boleh..boleh...hirup sambal kicap tu yer dulu..supnya dah abis..hehehe..

    Anna Qawina berkata...

    kak nor : kihkih..kan dah bgtau..senng sikit nak refer..hihi..
    mesti sampai titis terakhir kalo tak membazir...

    Kak Sofea..demam yer..alolooo..siannya dia...meh sini ambik mangkuk sup..hihi...

    EmbunRosaliza berkata...

    Assalam ana, akk pun dh cuba resipi ni mmg sedap sangatkan ana

    kha berkata...

    peh..sedapnya sup tu..pelan2 skit hirup tu,takut bby tersedak je..hikhik..

    kha berkata...

    sedapnya sup tu..pela2 skit irup tu,kot2 bby tersedak plk..hihihi

    ilahjy berkata...

    annaaa kak ilah dok ingat apa la makna KNSG.. punya laa teruja hehehe rupanya nor secubit garam..wah2 nor makin glamer laa nor. pakat2 tumpang sekaki lah...resepi glamer ni..

    Mas berkata...

    anna....peberet aku ngan laki aku tu sup tulang....
    meh seperiuk....

    Trying To Be Muslim.. berkata...

    Assalamaulaikumwbh .....owh sop sulang, bestnye anna....kalu duk dekat, kak nak minta semangkok nak cicah roti.....:)

    Unknown berkata...

    sedapnya sup ni....slurpppp...suka juga mkn sup tulang ni...

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...