Jumaat, 22 April 2011

Jemput-Jemput Pisang

Assalamualaikum.

Apa khabar ye..harap sihat2 seadanya..Alhamdulillah..
Jom makan jemput-jemput..sedap jemput-jemput  ni, dah banyak kali buat guna resepi Choppy@myresipi.


Jom tengok resepi mudah & sedap ni..

Sumber : Choppy @ myresipi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 cawan pisang yang dilenyek
  • 11/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campur semua bahan-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/ sebati
  2. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik sudu dan basahkan dengan air. Ceduklah sikit-sikit masuk ke dalam minyak panas.
  3. Goreng sampai perang. Lapik jemput-jemput dengan kitchen paper apabila keluar dari kuali.
  4. Siap untuk dimakan

3 ulasan:

Mas berkata...

anna..bak sepinggan cokodok tu...

Anna Qawina berkata...

Mas : cukup ke sepinggan? apa kata ko ambik setandan pisang pastu goreng..hakhak

izahdaut berkata...

pss puding kat bawah tu kalau tak de kuah best jugak tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...