Rabu, 20 April 2011

DONUT RIMA

Ha...baru keluar kat dapo i ek..dah merata-rata cuba donut ni kan.. .Ana buat donut ni hari Sabtu lepas & makan pagi minggu tu ler..buat separuh adunan, 2 kali goreng dah habis..hehe..tapi sungguh nak bagitau *yg tak tahu lg ler..mmg donut ni lembut, gebu, senang nak bentuk, yang penting sedap, tapi bila tengok resepi sah-sah tak boleh buat jualan..banyak gak telur tuh..hehe..tapi memang berbaloi kalau nak makan kan..


Takyah taip panjang2 le..donut sudah licin, kita copy rspnya kat sini ek, terima kasih empunya resepi & pen'copy' yang berjaya tu..hehe..cuma Ana tabur gula icing je time nak makan tu, hubby memang tak suka kalo ada coklat2 tuh, anak-anak je yang suka bila ada coklat kan...biasala budak-budak.


Copy : Mas & Kak Ita

Bahan :
  • 500g tepung roti
  • 100g gula
  • 11g instant yeast
  • 4 biji kuning telur - yg tulin bukan tiruan ye!!
  • 200 ml air
  • 100g magerine / butter - Mas guna marjerin *sama gak
  • 1 sudu kecil garam
Untuk Hiasan : * tak buat

  • 200g Chocolat masakan - cairkan
  • 100g kepingan Almond  - bakar Mas ikut Kak ita tak letak ita letak chocolat masakan putih dan coklat
Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  2. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  3. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  5. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
  6. Rehat doh semula 20 minit.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  8. Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera.
Cara ita - Mas ikut cara Kak Ita : *sama gak..
  • Ita masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng.

7 ulasan:

Kak Rosaliza berkata...

assalam ana, gebusssnya donut tu, umah akk pun laku kalo donut2 ni

Mas berkata...

anna, best kan donut ni..aku pun nak buat lagi nanti..
anak2 ngan laki aku cakap macam donut bigg apple..muahaha

izahdaut berkata...

sedap ye?
sedap sedap

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Sari Yusa Ibrahim berkata...

akak pandai buat muchkin donut jer...

Naz berkata...

Assallamualaikum Anna..
Ana, baru nk mintak sikit tp dah abis yer..

tun_telani berkata...

kak anna, tun dh lama x mendonut nih.. bila org duk ckp sedap, mula laa tergugat je nk wat. takut xleh nk berenti makan je nnti. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...