Selasa, 12 Julai 2011

AYAM KASHMIR

 (*________*) 
Senyum..tak sempat berkata-kata...


AYAM KASHMIR
Sumber : DayangJack , Kak Nor@Secubit Garam & Mas@Duniaku 
Copy : Izah 
 
bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :

  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit daun kari
sedap dimakan dgn nasi panas, kuahnya juga sedap cicah roti

bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau.
  • Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. 
  • Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  • Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.Hidangkan setelah masak.

10 ulasan:

Mas berkata...

aiittt....ringkasss bebenor n3 kau ari ni anna..
sibuk yerk...
aku suka ayam ni..
sedappkan..

ijayuji berkata...

Salam kak anna!!! amboiiiiiiii ni mesti sedap sgt sampai tak terkata kata ya kak? wakakakaka... meh bg kita rasa sbb kita belum cuba buat lagi ayam kashmirr nii! haaaaaaaa... ni kalau pdnkan dgn ansi2 berperasa mg sedap ni kak :D jgn lupa tinggalkn kita nyer bahagian kat atas meja ya :D

tun_telani berkata...

wahh... bz ye kak anna, smp x sempat mengarang =)

quinnie berkata...

anna gi kashmir hari ni ye anna..patut la nak cepat benor...rupanya nak berjalan jauh..kekekek...kita tak cuba lagi resepi ni..tak tau la bila nak cuba...semua benda nak makan skang nih..kekekke

Diana @ Melley Mey berkata...

anna...
ayam nie dah banyak kali mengoda diana nie.. hari nie tergoda lg nie... kena buat gak suatu hari nnt nie... alahai!! lapar2...

Anna Qawina berkata...

Mas : berlari2 anak nih..hehe

Ika : tak terkata sbb dah berapa hari ni buat..bayang ayam pon dah takde dik..hahaha..

Tun : bizi tahap dewa nih..huhu

Quinnie : a'ah..nak g Kashmir jap..kihkih

Diana : hehe..kalau Dia buat lg mengancam nampak...

nOOrsha berkata...

feewiittt... kuchu kuchu hotak heyyy...shhahah...jom kak ana kite joget2 balik pokok buluh.. hihih...

Cheq Sue berkata...

ewah...kemain jauh lagi lauk ni yer...sampai ke kashmir gitu

Ida,Japan berkata...

slm kenal anna...k'ida follow sini juga, jgn malu2 ke dapur k'ida..emm, nmpk sedap ayam ni...masuk list dulu la..mekasih anna

Mamasya berkata...

Singgah dapur Anna tumpang jamu mata dg ayam Kashmir....ramai dah cuba tentu sedapkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...