Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

01 September, 2016

Peria Masak Lada Hitam

Assalamualaikum w.b.t. 
1 September sudah menjengah, usia semakin tua, masa yang ada semakin singkat & amal pun tak banyak mana, cemana ni?  Allah, ampunkan dosa-dosaku & dosa-dosa2 semua muslim muslimat seluruh alam..mengingatkan waktu2 yang bersisa merasakan banyak masa terbuang tanpa amal soleh, alangkah ruginya kita kan? Doakan saya & anda semua istiqamah beramal menambah saham akhirat, meninggalkan perkara2 yang Allah tegah, semoga semuanya dalam lindungan Yang Maha Esa, InsyaAllah..Amiin..

Menu pantang, sesetengah orang tak boleh makan peria dalam pantang, saya Alhamdulillah boleh makan dengan senang hati, buat ulam celur makan dengan nasi panas2 pun sedap. Menu ni dah biasa buat tiap kali pantang bersalin, habis pantang menu sihat walafiat pun kelautan Hindi semua..huhu

Asal resepi dari majalah Seri Dewi & Keluarga Mei 2006. Jom semak resepi bagi yang nak pantang atau tengah berpantang tu..
Resepi ni dah guna sejak 9 tahun lepas(masa tu anak ke 3 kot)..makan dengan nasi panas2 ya..menanbah nanti tak sedar diri..hehe

Bahan2:

  • 2 bj peria katak dihiris nipis(ramas2 dgn air garam kalau tak suka pahit sgt)
  • Semangkuk isi ayam dihiris kecil2/ikan bilis
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1inc halia
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
  • 1/2 - 1 sudu besar pes asam jawa
  • Sedikit garam
Cara2 :
  • Bawang2 & halia dimayang halus.
  • Panaskan periuk, masukkn ayam/ikn bilis bersama bawang2 & halia, lada hitam & pes asam jawa+ sedikit air
  • Biarkan mendidih & maskkan peria katak. Biarkan peria lembut sikit.
  • Masukkan garam & tutup api. Dah masak & makan panas2..

** saya guna ikan bilis..

Selamat mencuba

01 Julai, 2014

ACAR TIMUN TAHAN LAMA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ke 2 berpuasa, baru nak ada  mood update masakan. Tapi tak tau nak sembang pasal apa..masak yang biasa2 le jugak..mata rasa nak pejam manjang..haish!!

Acar yang bagi saya sangatle sedap, ratah2 gitu pun sedap, padahal saya bukan penggemar acar2 dan yang sewaktu dengannya..rangup2 aje sayur2 tu, mehla cuba buat kengkawan...ni bila tah saya buat, lepas AlongRoz awal2 tayang dulu saya terus bgtau asben nak buat ni, maka berdezup asben pergi beli bahan2, lengkap semuanya..gembira hati..maka saya pon tanpa berlengah lagi buat acar ni 2 HARI KEMUDIAN!!
Adoiii..lemau sungguh..haha..ampoon jela wahai suami, apa nak kata, si bini kurang virus R nak berdezuup kat dapo..dah buat..haa pijar2 tangan potong cili, tapi Alhamdulillah puas hati..

Acar timun tahan lama
By: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2:
  • 1 btg Timun*
  • 1 btg Karot*
  • 2" Halia* 
  • 4 bj Cili Hijau & Merah* (* hiris spt batang mancis) 
  • 5 ulas Bwg Merah - belah dua
  • 5 ulas Bwg Putih - belah dua
  • 1 st Biji Sawi
  • 1 sb Serbuk Cili
  • 1 st Serbuk Kunyit
  • 1/2 cwn Cuka
  • 1/2 cwn Gula
  • 1 st Garam

CARA2:
  • Campurkan kesemua sayuran & gaul dgn garam.
  • Ketepikan sebentar lebih kurang 10 minit
  •  Tapis & buangkan air sayuran. 
  • Panaskan beberapa sudu minyak & tumis biji sawi, serbuk cili/kunyit dan kacau beberapa saat sahaja
  •  MAsukkan cuka & gula dgn cepat supaya tidak hangus. 
  • Masak sehingga pekat & masukkan kesemua jenis sayuran. 
  • Gaul sehingga sebati selama beberapa minit. 
  • Boleh terus di hidangkan atau masukkan ke dlm botol kaca & simpan dlm petisejuk. 
  • Boleh di simpan & tahan selama beberapa minggu. 
  • Hidangkan sebagai pembuka selera atau lauk sampingan bersama nasi.



Boleh jual tak? hehe..ni baki lepas kitaorang dah makan, asalnya dapat banyak jugak..sibbaik gak ada baki, kalau tak xdenya nak update blog..Selamat Mencuba..


18 Julai, 2013

9 RAMADHAN 1434H : AYAM GORENG BERCILI & PETOLA SAYUR PEDAS

Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa hari tak sempat nak kongsi juadah, bagi idea cikai2 kat sape2 yang buntu..konoon..harini nak kongsi menu biasa2 amat kat dapur saya. Menu cenggini yang menjadi kesukaan anak-anak, pedas2 pun layan. Digandingkan pula dgn sayur air pedas, memang laju anak-anak makan menambah-nambah. Seronok kan..harap bermanfaat InsyaAllah.

RESEPI AYAM GORENG CILI PADI
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • Setengah ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah*
  • 8 ulas bawang putih*
  • halia*
  • segenggam cili api @ kurangkan jika tak mau pedas - *tumbuk lumat
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 3 sdb sos tiram
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dipotong berbaji
Cara-cara :
  • Ayam digoreng separuh garing, ketepikan
  • Tumis bahan tumbuk dengan sedikit sahaja minyak masak. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan sos tiram, air kacau hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tomato, kacau hingga sebati bersalut. Masukkan bawang besar tadi. Angkat dan hidangkan panas2.
************************************************
PETOLA SAYUR PEDAS

RESEPI PETOLA SAYUR PEDAS
Sumber : Mak saya..

Bahan-bahan :
  • 1 batang petola - dibuang kulitnya yg tajam & potong serong
  • 1 cekak pucuk daun meranti / pucuk manis (jika suka)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih *
  • 10 biji lada hitam *tumbuk lumat bersama
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping kecil asam gelugur (x suka xyah letak)
  • Air secukupnya

Cara-cara :
  • Panaskan air secukupnya dalam periuk. Masukkan sekali bahan tumbuk tadi.
  • Biarkan mendidih, masukkan petola yang dah siap potong. masak hingga petola empuk. Masukkan asam gelugur dan garam
  • Kemudian, masukkan daun meranti, biarkan mereneh seketika,bolehla tutup api & hidangkan.

SELAMAT MEMASAK

 

02 November, 2011

Masak Lemak Perut & Rebung Jeruk..sedap rupanya..

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali di alam maya setelah beberapa hari takde tayangan..asyik tayang kuih bakar tu je ya..dah basi agaknya..hehe..agak kesuntukan masa dengan macam2 hal termasuk anak2 yang macam-macam ni, adalah jugak tempahan cheese tart & kek yang simple2 tu, selebihnya dok melangut je, best jugak golek2 dengan baby Syifa' yang dah mula 'membebel' mulutnya..kalau takde orang dekat dia mulalah bising, nak orang temankan & sembang je..takde kerja ke hape nak nyembang ngan dia 24 jam..kalau ada butir2 tu takpe la jugok, ni aaaa..aaaaa..uuuuu....kuikui..takpelah nak oooii...masa ni la nak layan lebih2 kan, dah besar panjang nanti masing2 bawa haluan & terkontang kanting la mak ayah kat rumah ni..tu pun kalau panjang umur & ada rezeki kan..InsyaAllah..

Dah masak ke belum tu? Kita belum..hehe..ni lauk bila tah, dah seminggu berlalu kot, pertama kali jumpa rebung jeruk, sebelum ni mana pernah tengok, tahu pun lepas gugel resepi utk perut lembu yang cik abang beli, tak reti sangat nak masak benda ni, reti makan ye..sama tak ngan korang? Sama la tuh..


Rebung jeruk ni agak berbau 'bacin' ya..tapi dah masak memang takde bau tu kat rebung, agaknya bau tu datang sebab rebung dijeruk la kot..kot la kan..kita tak tau gak..korang jangan percaya sangat fakta ni..kihkih..Resepi ambik kat MyResipi..lubuk resepi bagi kebanyakkan orang kan..Raya Haji dah dekat ni, mesti banyak perut yang dapat kan..bolehla masak macam ni, sedap ratah rebung tu..

RESEPI MASAK LEMAK PERUT/ BABAT & REBUNG JERUK
Sumber : DatinLulu@myr

Bahan-bahan ( 5-6 org - ikut prmintaan gak )

  • 800gm perut lembu@babat - cuci/rebus lmbut/tos/ potong
  • ~sy beli yg siap proses brsih/rebus kejap aja, 5 minit dah lmbut~
  • 1 mngkuk rebung jeruk - potong/rebus 5 minit/tos
  • *1 labu bwg besar
  • *5 biji bwg merah
  • *4 ulas bwg putih
  • *12 biji cili api (merah+hijau)
  • *2@3 inci kunyit hidup
  • *1 inci lengkuas (kalo suka)
  • 2 btg serai - d titik/ketuk
  • 3 cawan santan - sederhana pekat
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi @ 1,2 keping asam gelugor
  • srbuk maggi ckup rasa*tak letak
  • garam secukup rasa
  • daun limau purut - carik kasar

Cara-cara

  1. Panaskn sedikit aja minyak, tumis bhn*& serai hingga naik bau, x prlu garing
  2. Masukkn perut@babat, rebung, asam jawa, daun limau purut, srbuk maggi d ikuti santan. Masak dgn api sederhana hingga mndidih - kecilkn api, biar kuah mereneh prlahan-lahan
  3. Sesuai rasa garam nya, agak2 dah ok.. tutup api & bleh d hidangkn
  4. Mudah aja...selamat mncuba ;)...

ERRR..PERUT DGN BABAT TAK SAMA YE? heee...

10 Jun, 2011

MASAK LEMAK LABU

Sesekali masak lemak labu sedap gak kan..ni bukan harini punyala..dah beberapa hari dah, teringin nak makan, nanti dah bersalin tak boleh makan dah unsur2 sejuk gini kan, nk makan pun tunggu setahun lepas bersalin baru berani makan..hehe..kalau yang merancang keluarga pun kalau boleh elakkan makan labu ni, sejuk & tajam bagi peranakan wanita..itu yang diberitahu la..mana yang nak ikut boleh ikut, tak nak takper..makan ajela..

 

Harini Ana kongsikan, menu biasa2 je, tapi nak letak gak..hehe..kalau nk lagi sedap, tambahkan sayur2an berdaun seperti pucuk meranti, pucuk manis, & lagi sedap kalau ada pucuk labu tu sendiri, Ana tak letak sebab takde unsur2 daun tu semua dalam stok, daun kari adola..hehe

 

MASAK LEMAK LABU

Sumber : AnnaQawina.blogspot

 

Bahan-bahan :

  • 1/4 biji labu saiz sederhana besar 
  • 1 biji bawang besar 
  • 1 sdk pes cili
  • sedikit udang kering & ikan bilis *nak letak salah 1 pun boleh je
  • 1 cwn santan pekat + 1/2 cwn air 
  • Sayur-sayuran jika suka
  • air
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Kupas kulit labu & potong saiz ikut suka. Bersihkan
  2. Bawang besar di hiris halus/ditumbuk, ikan bilis ditumbuk halus. Udang kering dibersihkan & toskan.
  3. Masukkan labu bersama bawang, pes cili, ikan bilis tumbuk & udang kering dalam periuk bersama sedikit air..air tu biar paras labu tu je.
  4. Didihkan hingga labu empuk, masukkan santan & garam/gula secukup rasa.
  5. Kacau secara kaup balik kuahnya je, jangan kacau labu tu, nanti hancur lak. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan sayur-sayuran jika suka, biarkan lembut seketika, kemudian tutup api.
  7. Siap dihidangkan bersama nasi putih, ikan masin & sambal belacan..hehe

11 Mei, 2011

Bendi Sambal Telur

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bersiaran di hari yang indah ini..bagaimana dengan kawan2 yer..sihat hendaknya..Alhamdulillah.

Dah plan nak masak apa tengahrini ni? Pening jugak kan asyik fikir menu jer..syukur ada kemudahan untuk meng'google' segala menu yang dirasakan perlu..hehe..maka harini Ana nak ucapkan terima kasih buat Kak Dayang yang share resepi ni..biasa kalau bab sayur ni lemah sikit nak masak, maklumle, berdua je makan..anak-anak akan pilih2 je sayur yang dirasakan nak makan..Kalau bendi ni sah-sahle diaorang tak makan..

Izinkan Ana kongsikan resepi mudah & sedap ni kat sini lak, ratah gitu je pun sedap ni..kira bendi ni lebihan buat asam rebus semalam..
**Tips yang jumpa kat blog Izah,..katanya dari Kak Nor Secubit Garam..agar bendi yang dipotong tidak berlendir**
-bersihkan bendi kemudian toskan bagi kering airnya/lap kering bendi sebelum dipotong
-pastikan pisau & alatan yang digunakan juga kering.
**dah cuba..berjaya..hiii..terima kasih untuk tips tu..

Bendi Sambal Telur
Sumber : DJ@Dapurku Sayang


bahan-bahan : tiada sukatan

  • bendi secukupnya (dicuci bersih dengan air bergaram dan dipotong menyerong)
  • bawang merah (dikisar/ditumbuk lumat)
  • sedikit belacan bakar (ditumbuk)*Ana guna petis udang
  • sedikit ikan bilis halus (ditumbuk kasar)
  • sedikit cili giling (DJ guna cap Puteri)
  • telur (sebiji pun cukup)
  • kicap manis
  • sos tiram - optional
  • garam jika perlu
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan tumbuk dan cili giling hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan kicap, sos tiram dan garam jika perlu. Kemudian, pecahkan telur. Kacau rata-rata.
  3. Akhir sekali masukkan bendi. Gaul-gaulkan hingga masak.
  4. Angkat dan hidangkan.

10 Mei, 2011

ASAM PEDAS BENDI

Menu semalam...............taknak story panjang, sebab dalam hati rasa berbuku..maaf *tenet yang melemaukan harini...*heeee..

Sesekali layan menu rebus2 kira sihatkan badan kan..rasa masam2 pedas sikit..layan jela..

Sumber : ati hayat@myresipi

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


  • seikat bendi
  • 3 cm kunyit (tumbuk lumat)
  • 3 cm halia (tumbuk lumat)
  • 3 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih*
  • setengah genggam ikan bilis*
  • 1 cawan air asam jawa (kalau xde, guna asam keping pun boleh)
  • garam (secukup rasa)
  • 2 cawan air
  • 6 biji cili api (belah, tp x putus)

Cara-cara


  1. tumbuk kunyit dan halia sampai lumat, kemudian tumbuk bahan2 bertanda * separa lumat
  2. masukkan rencah, cili api, air asam jawa, air ke dalam periuk, tunggu sehingga mendidih
  3. setelah mendidih, masukkan bendi. kemudian, perasakan dengan garam
  4. agak-agak bendi dah empuk, matikan api, sedia untuk dihidang

07 Januari, 2011

Lemak "KaMun" Cendawan & Tenggiri Pedas

Assalamualaikum...
 
Hari dah meghampiri senja jugak harini masuk dapo...heheh..pelik ke nama "KaMun" tuh? Sebenarnya ini menu makan malam semalam. "KAMUN"..sebenarnya sayur timun campur kacang panjang..saje nak pendekkan citer..huhu...jgn marah ye...nak gandingkan dengan sayur tu Ana masak Ikan tenggiri goreng pedas..


Menu sayur sebenarnya jumpa kat Mamajay, petang semalam ternampak MamaJay tu yang buat, tengah cari idea nak masak, laju je tengok semua bahan ada, maka jadilah masakan yang simple tapi sedap la, lagipun dah agak lama juga tak buat masak lemak sayur ni..

Tenggiri Pedas :

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri sederhana besar
  • Garam & kunyit (utk perap ikan)
  • 1 senduk cili kisar
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 labu bawang besar * potong bulat
  • 1 biji tomato * potong 4 / 6
  • sos tiram
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
  • Perap ikan yang dipotong dengan garam & kunyit
  • Goreng dalam minyak panas sehingga separuh garing, angkat & ketepikan.
  • Keluarkan minyak gorengan ikan tadi & tinggalkan sedikit utk menumis.
  • Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan sos tiram & sedikit air jika suka.
  • Kemudian masukkan pula ikan yang dah digoreng tadi bersama bawang besar & tomato.
  • Rasa garam & gula..secukup rasa..kacau biar airnya agak kering & bolehlah diangkat.
 
 Masak Lemak "KaMun" ..hehe


 Bahan-bahan :
  • 5 urat kacang panjang *dipotong serong
  • 1 batang timun *dipotong memanjang
  • 2 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • segenggam ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji lada merah *dibelah 2
  • garam secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • Cendawan Tiram

Cara-cara :

  • Tumbuk sehingga lumat bawang merah dengan ikan bilis.
  • Satukan kesemua bahan2 (kecuali cendawan) kedalam periuk dan masak sehingga sayur empuk.
  • Kacau selalu di atas apai sederhana kecil..Bila dah mendidih masukkan cendawan, kacau2 seketika & bolehla di angkat
SELAMAT MENJAMU SELERA (",)

01 Disember, 2010

TEMPE GORENG

Assalamualaikum..

Ni menu petang semalam ni tau. Sebelum ni kalau tempe Ana cuma tahu tumis dengan bilis/kentang je, takpun masukkan dalam sayur mayur, pernah makan tempe goreng tapi tak tahu buatnya macamana, ingatkan goreng gitu-gitu je, rupa2nya ada gak rempah ratusnya kan..


Terima kasih buat Kak Lin yang tayang tempenya kelmarin, kebetulan Cik Abe Ana beli 1 ketul besar gakla, nak jugak cuba, pastu call en.suami tu dia cakap "boleh, sedap tu"...heee..senang kerja.."mestilah boleh, tekak jawa tu kan.." lepas siap masak tu Ana cuba rasa, makaiii sedap yang amat le..hihi..macam jakun jek ek...maklum..tekak ni kenal budu ja sejak lahir, tempe2 ni baru kenal  dlm 8 - 9 tahun ni sejak kawen ngan orang jawa ..hehe..eh..testimoni lak ek..

Copy resepi dari : kak lin Terima kasih kak
Bahan-Bahan:-

5          Keping Tempe – Di Kerat Dua
3          Ulas Bawang Putih
1          Sudu Teh Ketumbar
1          Inci Kunyit Hidup *Ana guna serbuk kunyit
-           Sedikit Air
-           Sedikit Garam
-           Sedikit Gula
  
Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Kunyit, Bawang Putih Dan Ketumbar.  Masukkan Sedikit Garam Dan Gula Kemudian Tumbuk Lagi. Masukkan Sedikit Air.

Gaulkan Tempe Dengan Bahan-Bahan Yang Di Tumbuk Tadi Kemudian Goreng.

Bahan Utk Sambal Kicap:-

10        Biji Cili Padi
1          Biji Bawang Putih
-           Kicap Manis
-           Sedikit Gula
  
Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Cili Padi Dan Bawang Putih. Kemudian Masukkan Kicap Manis Dan Gula.
Makan dengan tempe goreng..:-)

15 Oktober, 2010

PERIA GORENG TEPUNG

Salam & Selamat Petang...

Mesti kejutz nih tengok n3 Ana harini besar skt kan? hihi...sebab n3nya sikit je, nak siapkan kek coklat lak lepas ni...

Harini Ana nak keluarkan menu petang semalam je, nak letak semalam dah tak sempat, Cik Abe balik dah siap untuk makan malam, maka sudahnya tertunggaklah ia..hihi...
Korang suka makan peria? Eeeee...pahit lerrr...tapi kena gak masak sebab Cik Abe dah beli, sebelum tu dah celur buat ulam cicah budu je, Cik Abe Ana cadangkan goreng dgn tepung, katanya pernah makan kat kedai tempat dia kerja...


Hmm...agak2 apa rasanya yea? Sedaappp...!!! bila gigit tu tak rasa sangat tang pahit2 peria, kalau ada tepung goreng ayam ala2 KFC tu boleh guna yang tu, tapi Ana buat tepung sendiri sebab takde tepung instant tuh...aii, macam tudung je ada instant2 nih..hahaha...meh layaaannn...

Peria Katak..dipotong bulat, keluarkan bijinya & rendam dalam air garam. Keringkan & ketepikan.

Tepung jagung secukupnya
serbuk kari ayam secukup rasa
garam & gula secukupnya
serbuk lada sulah

*Semua bahan campuran tepung tersebut digaul sebati, golek2kan peria tadi dalam tepung, ketepikan.
*Panaskan minyak untuk menggoreng & goreng sehingga kekuningan & garing.
*Angkat & toskan minyak, hidangkan panas2...rangup...

heee...cubalah...(",)

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

28 September, 2010

Cencaru Sambal & Jantung Masak Lemak

Fuuuhhh...lega dah siap masak..boleh goyang-goyang kaki je petang2 ni sambil tunggu kek pisang siap...biasa masa ni belum apa-apa lagipun...hihi...saje terrajin sikit...pasni nak out ler, nak layan Hannah jer...sebelum melabuhkan tirai blog untuk hari ini..Ana tayangkan ajer menu ringkas yang semua orang tahu buat nih...makan ngan nasi panas2 memang sedap tambah2 ada lak petai jeruk tuh pasti teeerrrangkat Cik Abe Ana nanti..haha..ada yang marah nanti dengar pasal petai nih...

iniler rupa cencaru sumbat sambal kiter...hensem tak??

Ini pulak masak lemak jantung pisang abu...

Masak lemak jantung pisang..bukan jantung orang yer...
Cara buatnya :
Jantung pisang dicelur...dibelah/potong ikut suka

Bahan Blend : 
  • Bawang besar
  • Ikan bilis
  • Cili merah
Bahan lain :
  • Santan
  • Ikan bilis
  • Daun kunyit..jika suka

  1. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk bersama sebahagian lagi ikan bilis & santan.
  2. Biar sehingga santan mendidih, sentiasa kacau supaya tidak berketul..
  3. Dah mendidih masukkan jantung pisang yang dah siap dipotong tadi, tambah garam & gula secukup rasa
Okey kawan-kawan...salam mesra buat semua & jumpa lagi esok...InsyaAllah

22 Ogos, 2010

JANTUNG PISANG TUMIS PEDAS

Salam buat teman2 & pengunjung dapo Ana, pagi2 ni Ana nak tunjuk menu makan malam semalam, selain asam pedas ikan baung & daging goreng ada gakla menu sayur ni..biasa kalau jantung pisang kita celur buat ulam je, takpun buat masak lemak pun sedap kan..sekali sekala cuba tumis lak, pun sedap..

Jantung pisang tumis pedas
 Guna je jantung apa pun boleh..opppsss..jangan jantung hati udah ler, jantung pisang yea..

Cara buat : 
  • Celur dulu jantung pisang tu, kemudian potong serong @ ikut sukala nak potong macamana..
  • Tumis macam nak tumis sayur lain gakle, buat pedas2 sikit, makan lak dengan nasi panas, takke berasap??
 Salah 1 menu kami...
asam pedas ikan baung
 SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

23 Julai, 2010

TAUHU JEPUN SAWI CINA

Salam buat semua...malam-malam baru nak letak n3 ye..biasala, siang-siang sibuk je..buat-buat sibuk pun ya gak...eheheee...dah malam-malam ni nak tunjukle menu harini..tauhu lembut..ada yg panggil tauhu telur, tauhu jepun *kat jepun nun asalnya kot..*apa-apapun tauhu ni memang sedap, nak tumis ke nak letak dalam sup pun ok...


Pertama kali Ana & suami rasa makanan ni masa kat Raub, dulu pernah menetap kat Raub & ada 1 restoran mualaf yang sediakan makanan jenis ni...
Nak buatnya senang je...

--->Celur sawi cina yang dah dibersihkan tanpa dipotong..kira sepokok terusla..ikutla nak banyak mana..
--->Potong tauhu ikut suka & goreng sekejap dalam minyak panas sampai kekuningan & toskan minyak.
--->Letak sawi celur bersama tauhu goreng di dalam pinggan & ketepikan

  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji buah keras* ditumbuk/cincang halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • sedikit tepung jagung *utk memekatkan kuah...tak boh pun takpe
  • air secukupnya
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak lebihan menggoreng tauhu tadi
  • Tumiskan bahan tumbuk sampai kekuningan
  • Masukkan sos tiram dan air bersama tpg jagung secukupnya
  • Masukkan garam & gula secukup rasa, dah mendidih & sedikit pekat, tuangkan kuah ke atas tauhu & sawi.
  • Siap untuk dimakan...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...