Jumaat, 10 Jun 2011

MASAK LEMAK LABU

Sesekali masak lemak labu sedap gak kan..ni bukan harini punyala..dah beberapa hari dah, teringin nak makan, nanti dah bersalin tak boleh makan dah unsur2 sejuk gini kan, nk makan pun tunggu setahun lepas bersalin baru berani makan..hehe..kalau yang merancang keluarga pun kalau boleh elakkan makan labu ni, sejuk & tajam bagi peranakan wanita..itu yang diberitahu la..mana yang nak ikut boleh ikut, tak nak takper..makan ajela..

 

Harini Ana kongsikan, menu biasa2 je, tapi nak letak gak..hehe..kalau nk lagi sedap, tambahkan sayur2an berdaun seperti pucuk meranti, pucuk manis, & lagi sedap kalau ada pucuk labu tu sendiri, Ana tak letak sebab takde unsur2 daun tu semua dalam stok, daun kari adola..hehe

 

MASAK LEMAK LABU

Sumber : AnnaQawina.blogspot

 

Bahan-bahan :

  • 1/4 biji labu saiz sederhana besar 
  • 1 biji bawang besar 
  • 1 sdk pes cili
  • sedikit udang kering & ikan bilis *nak letak salah 1 pun boleh je
  • 1 cwn santan pekat + 1/2 cwn air 
  • Sayur-sayuran jika suka
  • air
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Kupas kulit labu & potong saiz ikut suka. Bersihkan
  2. Bawang besar di hiris halus/ditumbuk, ikan bilis ditumbuk halus. Udang kering dibersihkan & toskan.
  3. Masukkan labu bersama bawang, pes cili, ikan bilis tumbuk & udang kering dalam periuk bersama sedikit air..air tu biar paras labu tu je.
  4. Didihkan hingga labu empuk, masukkan santan & garam/gula secukup rasa.
  5. Kacau secara kaup balik kuahnya je, jangan kacau labu tu, nanti hancur lak. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan sayur-sayuran jika suka, biarkan lembut seketika, kemudian tutup api.
  7. Siap dihidangkan bersama nasi putih, ikan masin & sambal belacan..hehe

4 ulasan:

Cendana Kasih berkata...

ooo..mende sejuk ek? ko pantang sampai setahun? huhh..hebatnyer ko..kalo aku, pantang jumpa jer, mesti telan..hahaha....

aku ada labu kat dapur tu, tp tak tau nk buat apa, sira labu pun sedap gak !!

ijayuji berkata...

dtg sini pulak hihihi... kita bwk sambal belacan ni kak, nak ceduk sikit sayur labu akak :D

Ayu berkata...

ana, sedap ni lauk labu masak lemak..my family suka..kenakan dengan ikan goreng or ayam goreng and yes sambal belacan or sambal tumis..ana lalu belakang pun akak tak nampak..kiki..

soalan ana akak dah jawap di comments kek tu..heheh..

Wanieyra berkata...

feberet ira ni!!!!!