06 Jun, 2011

PLAIN YOGURT PANCAKE

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar teman2 yang berkunjung? Harap sentiasa sihat walafiat..kepada yang tak sihat macam Kak Nor@Secubit Garam & yang lain2 tu, harap makan ubat & rehat bebanyak ye..semoga cepat sembuh..

Dah sarapan ke? Jom bersarapan dengan pancake gebu ni..Harus buat menu ni kalau ada bahan..yogurt yang dimasukkan dalam adunan tu menggebukan pancake ni, gebu betul..anak-anak makan dengan jem & ada yang nak makan dengan buttercup..menu pagi semalam sebelum tuan rumah keluar membeli barang2 dapur..tekstur kat dalamnya tak sempat nak tayang..tapi memang gebu & sedap..cubalah..


Selepas siap mengadun, perap sekejap lebih kurang 30 minit, kemudian baru dimasak..itu pesan Ros..terima kasih Ros & Izah kerana berkongsi resepi..Oppss...Ana buat 2 adunan sekaligus, dengan menggunakan sebiji telur gred A & 3 sdk baking powder..bahan2 lain tetap digandakan macam biasa..
  
Homemade Pancake Mix

Sumber : Ros@Jintanmanis

Bahan-Bahannya :

  • 100 gram tepung gandum
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 125ml susu segar *Ana guna susu cair
  • 1 sudu makan butter yang telah dicairkan  dan disejukkan sebentar ( Izah guna marjerin..Ana guna minyak masak je) 
  • tambah 2 sudu besar plain yogurt



Caranya-
  • Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi. 
  • Masukkan juga yogurt ke dalam adunan.
  • Perap adunan lebih kurang 30 minit agar adunan naik dengan cantik apabila digoreng.
  • Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. 
  • Selamat Mencuba.

9 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak selamat pagi n nak tgh hari kat mesia kan? hihihi.. kita suke pancake gemuk2 gini puas makan mcm mcm kek :D suke dgn resepi ross sbb senang :D

anymz berkata...

pheewiiiiiit,wah cunnya pancake ko ana.debab...gebu tu..hehe

Anna Qawina berkata...

Ika : dah nak tengahri ni ..hehe...a'ah gebu pancake ni..puas makan..

Kak Anim : amboi..vivit2 lagi haa...

K.Nor berkata...

ni yg sayang ana, ingat gak kat akak yg sakit ni.. tak ada ke pancake barang sekeping dua :)

Anna Qawina berkata...

alamak kak Nor : tetiba rasa tak sedap badan..hihi...nanti soh Izah buat kak..Izah rajin..haha..rehat2 le kak//pejam bijik mato tu..

Wanieyra berkata...

Salam Anna...Lepas ni kena gi cari yogurt le pulak...

hazila berkata...

Lamanya tak buat pancakes...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

huhu, baca resepi jer dah tau sedap... nyummy!

izahdaut berkata...

Anaaa.. Aku pung suke gok pancake ni. Lembut gebu gebi je kan.. lapoooo

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...