Sabtu, 4 Jun 2011

KARIPAP 'Zalin' & INTI 'Joayee'

Assalamualaikum..

Lewatnya baru kita dapat update blog..maklum, cuti sekolah ni, anak-anak taknak mengalah dengan umminya..hehe..Umminya le kena mengalah kan, lagipun hubby cuti harini, banyak kerja pun ye..Ni nak tayang karipap yang entah bila buat, dah lupa la, teringat nak buat lagi karipap, belek punya belek rupanya masih belum masukkan dalam blog lagi..jadi harini baru dapat dikongsikan kat sini..

Sedap sangat karipap ni, sesuai gandingan kulit & intinya, Ana buat separuh adunan, kecik2 pulak tu, siap frozenkan untuk bekal anak-anak ke sekolah..suka sangat budak2 tu..yelah, dah selalu sangat buat donat kan, sesekali nak jugakle makan karipap ummi diaorang buat..

Untuk pengetahuan, yang renda cantik2 tu adik Ana yang kebetulan datang bertandang masa tengah buat karipap tu buat..dia pandai, suruh dia buat sementara kita goreng karipap untuk hidangan..hehe..Ana cuma guna acuan karipap je, belum pandai lagi nak buat renda sendiri..

KARIPAP ZALIN

Bahan-bahan kulit karipap :
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sk  garam halus
  • 225 gm margerin  
  • 25 gm minyak masak
  • 350ml air

Cara-caranya :-

  • Garam Halus digaulkan dengan tepung....
  • Margerin dan minyak masak disatukan dan dipanaskan hingga menggelegak...
  • Campuran margerin dan minyak masak yang dah menggelegak di masukkan ke dlam adunan tepung tadi...kalau pakai mixer, terus uli sampai nampak dah bergaul semuanya...kalau pakai tangan, lepas campurkan tu, jangan terus uli coz campuran tu kan panas...melecur pulak tangan...kacau2 pakai senduk sekejap...rasa macam dah sejuk sikit baru uli pakai tangan..
  • Last sekali masukkan air...uli sampai nampak adunan tu dah sebati dengan semua bahan2 tadi...
  • Kalau pakai mixer, keluarkan adunan dan letak dalam besen...tutup dengan plastik...kalau pakai tangan, lepas uli, terus tutup dengan plastik...
  • Boleh la dibulat2kan dulu...
  • Dah boleh dah kalau nak mula buat karipap...

INTI KARIPAP

Bahan-bahan ( 60 biji karipap )

  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 500gm bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn daging - potong halus
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara

  1. dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut , menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  2. kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potatato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  3. masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

4 ulasan:

anymz berkata...

salam ana,lambat2 pun janji ado..hehe

meh sini karipap tu dah bertahun tak buat..asek beli je kat warung kak minah..

ijayuji berkata...

Salam kak anna! sedapnyer epok2 kak, kita ni rajin nak buat kalau ada mesin penggelek dia tu malas betul tang nak menggelek adunan jd nipis pastu nak bentuk lagi hihihi... sukelah tgk epok2 yg berjerawat ni sbb rangup! kan kan kan :D minggu depan nak cariklah mesin penggelek tuuu :D

Mas berkata...

makcik..rajinnya buat karipap...
meh kat aku sikittt...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

belum pernah cuba buat karipap..kita ambil resepi dulu yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...