Khamis, 2 Jun 2011

LEPAT PISANG lagi...sedapnya..

Assalamualaikum

Malam baru dapat bersiaran di dapur maya ni..badan tak larat nak ngadap pc..cuma sempat BW je sepanjang hari ni kat mana2 blog yang sempat..kepada yang sudi menyinggah, terima kasih daun keladi diucapkan..lain kali datang lagi..

Menu minum petang tadi, hajatnya nak buat sarapan esok pagi tak tahule sempat ke tak, nampak dah tak banyak..harini buat 3 adunan sekaligus, maklumle, pisang banyak tengah ranum..Resepi macam sebelum ni, dari Ros@Jintanmanis..anak-anak suka makan ni, mak ayah pun sama..hehe..


Jom layan...abaikan daun pisang yang dah kehitaman tu..huhu..kiriman emak dari kampung, dah nak masuk 2 minggu dah tu..

RESEPI LEPAT PISANG
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahannya - *Ana gandakan bahan2
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula *Ana campurkan sedikit gula merah
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam *Ana tambah
  • daun pisang secukupnye
 
Cara-caranya
  • Panaskan pengukus, 
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati, 
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Ana celur je daun pisang & kemudian lap kering) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas, 
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

9 ulasan:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

sedapnya lepat pisang...kita pun ada daun pisang yg nak hitam tu..hhuhh...

Nieza berkata...

uishhh sedapnya lama dah tak mkn lepat ni...tapau skit buat berbuka ni...hehe

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Ana

Lepat pisang....sedapnya...dh lama knur tk mkn lepat pisang...

Kak Rose berkata...

waaaa.... ni pebret kak rose ni... apa saja lepat mmg kak rose suker makan... buatnya malas!

Lovely Kitchen berkata...

lamanya x makn lepat pisang...sedap tu tambah2 klu org yang buatkan..hihii

dZana berkata...

sedapnya .. akk mmg suke lepat pisang.. lama tak buat ...kene cari pisang jugak la ni..

izahdaut berkata...

mencik mencik.. ada lagi ke pisang nye.. campak kat aku skittt

Diana @ Melley Mey berkata...

wah lepat pisang kegemaran sekeluarga nie.. tp x perna lg buat... nampak sedap sesgt... nak2!

HaSue berkata...

aku suka tau lepat pisang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...