Sabtu, 7 Mei 2011

LEPAT PISANG

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua penghuni alam..semoga dirahmati Allah Ta'ala hendaknya..sihat2 sentiasa & ceria & gembira bersama keluarga tercinta..Dah sarapan? Jomle join kami makan Lepat Pisang yang mudah tapi pertama kali mencuba buat sendiri ni..hehe..malunya dah senja-senja usia melangkaui 30++ baru tahu buat lepat pisang..apa nak buat kan..hehe..


Kuih ni Ana buat malam tadi, dah siap masak, laju je makan suam-suam *panas-panas kang melecur lak lidah*, kebetulan ada 2 orang anak perempuan kami ni belum tidur, sempat jugak budak-budak tu makan sampai 2 3 biji sorang. Lembut kuihnya..sedap lak tu, kalau yang beli keras je kan, maklumle, tepung kena lebih, pisang ciput je..lagipun biasa yang jual diaorang letak kelapa parut, tak gemar sangat nak makan. jadi belek2 balik resepi dalam simpanan, rupanya dah ada yg Ros punya kongsikan haritu..maka terhasillah kuih ni..huhu..al-kisahnya..

 
sumber resepi Mak Kesayangan RosJintanManis
Ucapan terima kasih buat mak Ros..kirim salam ye Ros..hehe

bahan-bahannya - *Ana gandakan bahan2
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula *Ana campurkan sedikit gula merah
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam *Ana tambah
  • daun pisang secukupnye
Cara-caranya
  • Panaskan pengukus, 
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati, 
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Ana celur je daun pisang & kemudian lap kering) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas, 
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

6 ulasan:

HaSue berkata...

aku biasa mmg x letak kelapa parut naa.. buat adunan pun cam cekodok jer..hehe...terliur aku nengok lepat ko nih..meh ulo kat aku banyak2..aku suke nih

Anna Qawina berkata...

HaSue : hihi...aku takut nak godek sdri takut jd jejemput masuk kuali jer...hehe..tp biasa org bt pakai tpg gandum kan..yg ni pakai tpg beras..sedap lak..

Mas berkata...

anna...meh kat aku 10 biji lepat tu...
lama dah tak makan lepat...

tun_telani berkata...

hmmm.. nmpk kak anna wat cam sedap. tun xpernah suka mkn lepat pisang ni, ni mesti salh org yg jual tu wat x sedap. ce mai nk rasa yg kak ana wat ni sket. hehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

daun pisang tak der..camner nak wat ni..tapi layan gambar pun nampak sedap u....

kakchik berkata...

salam anna. lepat pisang ni tak pernah puas memakannya. nak buat senang, sedap pula dimakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...