05 Mei, 2011

BENGKANG/BINGKA LAPIS UBI KAYU

Assalamualaikum

Sekian lama menyimpan resepi ni, akhirnya tercapai juga hasrat membuat & merasanya..sungguh terharu & bersyukur sebab dapat ubi kayu masa balik kampung haritu, pakcik suami yang tanam & kebetulan kami balik tu dia baru cabut ubi untuk jualan..dapatle merasa rezeki hasil pakcik berbudi kepada tanah..macam-macam pakcik (Lek Odin..panggilannya..) bercucuk tanam & semuanya menjadi..sejuk tangan dia & berkat rezeki kan..kita pun tumpang kemurahan rezeki orang..hehe


Ok..berbalik kepada gambar yang tak seberapa ni, sungguhpun lenguh tangan nak memarut..hehe..tapi hasilnya berbaloi, walau pertama kali cuba parut ubi..(betul ni..)..takut gak tak jadi macam HaSue buat..dalam hati doa & selawat jela..mudah-mudahan berkat hasil keras tangan kita ni..huhu..Alhamdulillah..senang je nak buatnya tu, yang agak lama sebab parut ubi..hehe..*blend xleh ke?* ayat orang nak senang...

 

Bila makan rasanya sungguh enak, diakui oleh cik somi...pastu bagi jiran sikit, kebetulan jiran pun sedang hamil, bila tanya dia katanya..dia pun teringin nak makan bingka ubi kayu..kira dah lepas hajat ibu mengandung le ni kan..sedap rasanya mungkin sebab takde tepung pun dalam adunan ni..sape2 berkenan nak cuba leh tengok resepi yer..dah diolah sikit bagi mudah faham..hehe..

Sumber : kak Wattie
Copy : Hasue

Bahan2 yang digunakan:
  • 1 kg ubi kayu disagat ~anggaran lebih kurang 4 cawan hasil sagat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah & 3 sudu besar gula pasir (kacau dengan 1/4 cawan air panas & tapis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan air atau lebih tak kisah sebab lepas tapis air ni dibuang
  • 1 peket santan serbuk(akan di campur terus ke dalam adunan nanti)
  • sedikit margarine atau butter
  • beberapa titik pewarna kuning dan coklat

Cara-caranya: 

  • Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2 - 2 cawan air  
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih 
  • sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah 
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal melekat liat dilapisan bawah 
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk 
  • Masukkan garam dan sepeket santan serbuk & kacau rata 
  • kemudian bahagikan kepada dua bahagian sama banyak 
  • 1 bahagian = masukkan gula pasir, dan beberapa titik pewarna kuning 
  • 1 bahagian lagi = masukkan bancuhan air gula merah & gula pasir yang sudah sejuk & ditapis & beberapa titik pewarna cokelat 
  • Tuang 1 cawan adunan bewarna kuning ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 7 X 7 inci dan ratakan*untuk hasil yg lbh cantik, letak adunan coklat dulu..
  • Bakar selama 10 minit 
  • Tuang 1 cawan adunan dari bahagian berwarna cokelat (kuning)pula dan bakar lagi selama 10 minit 
  • ulang proses hingga selesai 
  • sapukan sedikit butter pada lapisan paling atas selepas 10 minit dan terus membakar selama 30 minit atau lebih ...bergantung pada tahap kerak yang anda suka. 
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....


NOTA : adunan biar pekat sikit....sebab terbukti tak perlu tambah air banyak akan menghasilkan bengkang yang kering elok jer!
**Lepas adunan di campur gula tu, akan ada air yang keluar bersama ubi tu, jangan buang lak, gunakan je terus..air yang dibuang hanya dalam step mula-mula je..

6 ulasan:

tun_telani berkata...

aduh sedapnyer.. tun pun baru nk tanya blh x blend je. kui kui... tun pandai tanam ubi kayu!! haha. tanam mende lain semua mati.. hehe

Mas berkata...

anna..aku tak pernah try lagi buat bengkang...senang tak buatnya...
sedapp jerk tengok bengkang kau tu...

Zalieda Zaliedana berkata...

Assalam kak,nmpak cam ssh gak nak wat yer,tapi bengkang ubi kayu mmg sedap kan..

Kak Sam berkata...

Bestnya kalau dapat makan banyak2. Pagi tadi makan seketul je

Anna Qawina berkata...

Tun : ada gak tgk rsp yg org blend je ubi tuh..rasanya lebih halus kot, yg akak buat ni nampak x berselirat je...pemarut tu kasar bangat..hahaha...

Mas : nampak je pjg berjela tp tgk balik step nak masak tu sikit je..kalo takmo layer ko boh terus ok apa..

Zaliedana : tk susah..nampak je remeh tp berbaloi...sedap lak tu..tryla...

Kak Sam : nape tak singgah rumah semalam? kalo x dapatle makan bnyk2...heheh

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. sedapnya bingka tu.. singgah la ke blog saya

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...