Menu ikan lagi..sesekali layan tekak en.suami..hehe..dia belikan 2 ekor ikan talapia, saiznya agak besar, hari sebelumnya dah Goreng Cili, semalam masak lemak lak, itupun tanya dia dulu, nak makan ke tak, angguk setuju senang kerja tukang masak ni..hehe..kira tekan keyboard google resepi kan mudah kerjanya..terdampar lak kat MYR..cuba resepi ni..sedap cuma takde daun kunyit/cekur penambah aroma..kalau ada lagi mantop kan..Ana buat pun tak pedas sangat, anak-anak boleh makan sama, kecuali yang si kicik Hannah tu je, ambik isi ikan je bagi dia..
Sesiapa yang nak mencubanya silakan..:))
IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API
Sumber : hendrawati83@myresipi
Bahan-bahan ( Untuk 2 orang makan )
- 2 Ekor ikan Tilapia merah/ hitam saiz sederhana (goreng dahulu dengan garam & kunyit. Boleh letak lada hitam kalau nak kurangkan hanyir)
- 3 Ulas Bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi
- 1 batang serai di titik
- 2 cm halia di titik
- (tumbuk/blender dahulu bawang merah, bawang putih dan cili)
- 100 ml Santan / susu segar
- serbuk kunyit
Cara-cara
- Tumis bahan2 yang telah di tumbuk/blender tadi. Biarkan sampai kuning atau naik bau.
- Masukkan halia dan serai dan tumis lagi sampai bau serai then masukkan ikan.
- Last sekali masukkan santan. Biar sampai santan tu pecah minyak pon takpe. Kami suka dia pekat2. Ada setengah suka cair, maka bolehlah tambah air sikit..
- Agak2 dh mula menggelegak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama hirisan daun limau purut atau daun pegaga.. tak letak.
- Selamat Mencuba resepi yang mudah tapi sedap dan terangkat ni..kalau tahap toleransi pedas anda tinggi, bolehlah tambah lagi cili api tu ye..
##harap maklum..entry harini agak laju sebab hari Sabtu..kerja banyak yang menanti..mungkin juga akan keluar atau ada apa2 aktiviti tak dijangka..hehe..kunjungan anda akan dibals..InsyaAllah..
7 ulasan:
sedapnyerrr.. ni kene sedia tisu byk2 nih. lg pedas lg sedap.. tp nangis aa sambil mkn. hehe
wehhh..terliur betoi aku tengok talapia masak lemak ni..
sedappnya...
Uiiiihhhh sedapnya.. kegemaran ku ni...
belum masak tengahari ni...nampak lauk tu sungguh menyelerakan....tumpang lalu yer
aku nak sekor..kuah lebih yer naa.. aku dah lama tak makan talapia..eh jap,aku reti ke idak makan talapia ek..lupa lak
ooucch! sedapnyerrr.cukup ker sekor tuuuu? hehehe...
kena cuba la respi masak lomak ni..goreng dulu ikan tu yer..sure sedap... umah aku mmg banyak ikan tlapia ni...
Catat Ulasan